Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra
Moto "Tekun, Usaha, Jaya"
Ditubuhkan 1973
Dirasmikan 1978 oleh Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail
Jenis Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
Pengetua En. Pesol Bin Md Saad
Lokasi Jalan Padang Behor, Behor Pulai, 01000 Kangar, Perlis


Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra atau SMSTSP diasaskan pada tahun 1973, dengan nama Sekolah Menengah Sains Perlis. Semua pelajar SMSPs. telah menumpang belajar di Sekolah Menengah Derma, Kangar dengan Penyelia yang pertamanya ialah Mr. B.P. Chopra dan Penolong Kanan En. Othman bin Mat. Pada bulan Jun 1974, semua warga SMSPs. telah berpindah ke bangunan baru di Behor Pulai. Penyelia SMSPs. pada waktu itu ialah En. Othman bin Mat dan Pen. Kanannya En. Baharom bin Mohamad. Seterusnya Pengetua SMSPs. yang pertama dilantik untuk menerajui SMSPs. ialah En. Abd. Rahim bin Abd. Majid iaitu pada bulan September 1974. Sekolah ini kini berstatus Sekolah Kluster Kecemerlangan dan merupakan salah satu daripada 20 buah sekolah pertama yang mendapat status Sekolah Berprestasi Tinggi.[1]

Isi kandungan

[sunting] Profil sekolah

[sunting] Lagu sekolah

Kami penuntut semua

Pelbagai turunan bangsa

Datang dari rata-rata

Bumi Malaysia tercinta


Prinsip Rukun Negara

Menjadi pegangan kami

Berkat Tekun Usaha Jaya

Dukung sains teknologi


Maju SMTSP

Harum SMTSP

Selama-lamanya


Kamikan berjanji

Tekun dan berusaha

Semoga berjaya


Prinsip Rukun Negara

Menjadi pegangan kami

Berkat tekun Usaha Jaya

Teguh semangat berbakti

[sunting] Visi

Menjadikan Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra sebagai sebuah institusi pendidikan bertaraf dunia yang terus cemerlang dan terbilang menjelang tahun 2020

[sunting] Misi

sebuah Sekolah Berasrama Penuh yang komited untuk merealisasikan pendidikan berkualiti bagi membina insan yang berpersonaliti unggul serta mempunyai kecemerlangan akademik. kemapanan sahsiah, kesejagatan kepimpinan, kejituan patriotisme dan kehebatan kokurikulum serta kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terki

[sunting] Moto

Tekun Usaha Jaya


[sunting] Pengetua-pengetua SMSTSP

Pn Natrah Bt Samat AMP [MAY] [[2011]MASIH BERKHIDMAT

[sunting] Pencapaian Akademik

  1. PMR 2007: 82% semua A
  2. PMR 2008: 83% semua A
  3. PMR 2009: 71% semua A
  4. PMR 2010: 69% semua A
  5. PMR 2011:

[sunting] Anugerah yang pernah dimenangi

  1. PMR 2003 - Anugerah Emas SBP (Kemahiran Hidup Pilihan 1)
  2. PMR 2003 - Anugerah Emas SBP (Kemahiran Hidup Pilihan 2)
  3. PMR 2004 - Anugerah Emas SBP (Kemahiran Hidup Pilihan 1)
  4. PMR 2004 - Anugerah Emas SBP (Kemahiran Hidup Pilihan 2)
  5. PMR 2005 - Anugerah Emas SBP (Kemahiran Hidup Pilihan 1)
  6. PMR 2005 - Anugerah Emas SBP (Kemahiran Hidup Pilihan 2)
  7. PMR 2005 - Anugerah Emas SBP (Bahasa Melayu)
  8. PMR 2006 - Anugerah Emas SBP (Kemahiran Hidup Pilihan 1)
  9. PMR 2006 - Anugerah Emas SBP (Kemahiran Hidup Pilihan 2)
  10. PMR 2006 - Anugerah Emas SBP (Bahasa Melayu)
  11. PMR 2006 - Anugerah Emas SBP (Integrated Science)
  12. PMR 2006 - Anugerah Khas Kementerian Pelajaran Malaysia - "Top Performing School"

[sunting] Pautan luar

  • [2] Kedudukan di GoogleMap.
Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan