Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong
Lokasi
Karak, 28600, Bentong, Pahang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Berasrama Penuh
MotoSUPERB Unggul Pencetus Reformasi Berintegriti
Ditubuhkan11 Jun 2012
Autoriti pendidikanBentong
Nombor sekolah09-222 1898
Kod sekolahCRA0001
Pengerusi PIBGYohanis Ahmad
PengetuaWan Bukhari bin Wan Adnan
Tenaga pengajar144
Jumlah penuntut754
Kelas ditawarkanAliran sains tulen dan sains agama
Bahasa pengantarBahasa Melayu
GPK Pentadbiran dan AkademikFadilah binti Alias
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridNoorazlan bin Mohamed
Penolong Kanan KokurikulumAizasharizam bin Abdullah Zawawi
Laman sesawang
Map


Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong (SMAP Bentong) atau lebih dikenali sebagai SUPERB (berasal daripada Sekolah Ugama Persekutuan Bentong) (Bahasa Arab: المعهد الإسلامي الفدرالي بنتوغ; Bahasa Inggeris: Bentong Federal Islamic Secondary School) ialah Sekolah Berasrama Penuh ketujuh di negeri Pahang. Sekolah ini juga merupakan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) yang pertama ditubuhkan di Pahang dan yang ketiga di Malaysia selepas Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang. Di samping itu, SMAP Bentong ialah sekolah berasrama penuh yang pertama dan sekolah perintis dalam melaksanakan program oleh Kementerian Pelajaran (Malaysia) iaitu Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) sejak 2014 di mana pelajar akan menjalani program Tahfiz dalam sepanjang 5 tahun pengajian, yang mana program ini akan disepadukan dengan akademik mereka. Dengan status 'SBP Tahfiz Model Ulul Albab', SMAP Bentong bertujuan untuk melahirkan pelajar al-huffaz muda dan proaktif dengan keputusan kokurikulum dan akademik yang cemerlang dan sangat baik. Program ini akan diikuti oleh beberapa SBP dipilih selepas pelaksanaan pertama di SMAP Bentong.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pembinaan SM Agama Persekutuan Bentong bermula pada 10 April 2008 dan telah disiapkan pada Oktober 2011 dengan jumlah kos RM56.6 juta. Sekolah ini telah dibina di atas 40 ekar tanah, dibina dengan berinfrastruktur moden. SMAP Bentong telah beroperasi sepenuhnya pada 11 Jun 2012 dengan bantuan guru-guru dan kakitangan terawal (20 orang guru dan 8 orang kakitangan). 11 Jun 2012 ialah salah satu hari bersejarah bagi SMAP Bentong kerana ia merupakan hari pendaftaran bagi kumpulan yang paling awal (EON 99') untuk menyambung pengajian di SM Agama Persekutuan Bentong. Kemudian pada tahun berikutnya, SM Agama Persekutuan Bentong menerima dua lagi kumpulan yang dinamakan sebagai Predominate 1317 dan Valours 1314. Dengan tenaga tiga 'batch' ini, SMAP Bentong telah menerima beberapa anugerah dan sijil sepanjang tahun seperti Program Simposium Antarabangsa SBP, Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh dan lain-lain. SUPERB semakin giat apabila menerima masuk 2 lagi kumpulan awal iaitu Batch Camaraderie 1418 dan Panthera 1415. Mahallah SMAP Bentong (SUPERB) telah dianugerahkan "Anugerah Platinum" oleh Sekolah Berasrama Penuh (SBP) semasa majlis Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) kerana kemampuannya dalam menyediakan asrama yang kondusif, sistematik dan bersih untuk pelajar.

Pada tahun 2014, SMAP Bentong telah menjadi sekolah berasrama penuh pertama yang melaksanakan program Tahfiz Model Ulul Albab oleh Kementerian Pendidikan di mana semua pelajar akan menjalani program tahfiz Al-Quran selama lima tahun pengajian.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

SMAP Bentong telah dibina di sebuah pekan kecil bernama Mempaga (FELDA Mempaga) yang agak jauh dari bandar (Pekan terdekat ialah Bentong iaitu 30 minit dengan bas dan Karak). Lokasi geografi SMAP Bentong benar-benar membuat sekolah ini tempat yang sangat selesa kepada pelajar untuk belajar di mana kawasan sekolah dipenuhi dengan pemandangan indah dan memukau dengan bukit dan pokok-pokok kelapa sawit. Kedudukan sekolah ini menjadi lebih kondusif dan selamat.

Slogan SUPERB[sunting | sunting sumber]

"Melangkaui Kecemerlangan" atau dalam bahasa Inggeris "Exceeding Excellence". Hal ini adalah atas kecemerlangan dalam kedua-dua pencapaian akademik dan kurikulum yang hebat.

Visi Misi Motto[sunting | sunting sumber]

Visi[sunting | sunting sumber]

SM Agama Persekutuan Bentong (SUPERB) melahirkan insan rabbani berintelek terbilang

Misi[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong (SUPERB) sentiasa memastikan kecemerlangan Akademik , Keunggulan Sahsiah dan

Kepimpinan Terbilang bagi memenuhi Aspirasi Pendidikan Negara Melalui Penerapan Nilai-Nilai Islam Secara Menyeluruh Dan Bersepadu.

Motto[sunting | sunting sumber]

SUPERB Unggul Pencetus Reformasi Berintegriti

Moto ini meletakkan kepentingan menimba ilmu pada satu tahap yang sangat tinggi kepada warga SUPERB yang mampu mencetus dan membina perubahan serta meningkatkan nilai dan kualiti diri seiring dengan ketetapan syarak dengan berpandukan al Quran dan Sunnah, juga menegaskan bahawa hanya dengan usaha yang gigih mereka akan memperoleh kejayaan dan kecemerlangan seterusnya kegemilangan Dunia dan Akhirat.

Prinsip sekolah[sunting | sunting sumber]

SM Agama Persekutuan Bentong (SUPERB) menekankan 3 prinsip utama kehidupan iaitu AGAMA (AGAMA / IMAN), ILMU (BERPENDIDIKAN) dan AMAL (JASA). Kombinasi antara tiga elemen ini adalah penting untuk menjadikan para pelajar yang cemerlang dalam kedua-dua apek iaitu duniawi dan ukhrawi.

Logo sekolah[sunting | sunting sumber]

Logo SUPERB

Maksud di sebalik logo SUPERB

  • Warna latar belakang hitam dan putih

Mencerminkan warna negeri Pahang Darul Makmur, kerana SUPERB terletak di daerah Bentong, salah satu daerah di Pahang.

  • Kitab dan rehal

Imej Al-Quran menggambarkan SUPERB sebagai salah satu sekolah agama dan yang Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) ketiga dalam Malaysia.Ia juga mencerminkan SUPERB sebagai sekolah perintis program 'Ulul Albab' oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Di samping itu, imej juga boleh dilihat sebagai sebuah buku, yang menunjukkan pengetahuan ialah tonggak penting ke arah kejayaan.

  • Simbol atom

Mencerminkan kombinasi pemodenan, sains, teknologi dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kajian untuk membolehkan pelajar lebih berdaya saing dan produktif di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

  • Gading

Gading menunjukkan harapan dan aspirasi pelajar untuk meneruskan pengajian mereka sehingga universiti, atau lebih dikenali sebagai 'Menara Gading'. Ia juga mencerminkan kerohanian, kekuatan, keyakinan dan kualiti pelajar. Gading juga bermaksud Pahang sebagai simbol negeri ini.

  • Slogan di tengah-tengah lencana (AGAMA, ILMU, AMAL)

Ia bermakna agama dan kepercayaan adalah sangat penting bagi manusia sebagai khalifah Allah. Adalah menjadi teras dan keutamaan setiap manusia di dunia ini. Elemen pengetahuan (ilmu) juga penting bagi setiap Muslim, kerana ia ialah kewajipan bagi setiap muslim untuk mencari ilmu dalam kehidupan. Di samping itu, kombinasi Agama dan ilmu itu sendiri boleh dibangunkan dengan jayanya demi Allah dan demi ummah.

Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

Menjunjung tinggi wawasan Al-Quran,

Penuh inspirasi menjadi terbilang,

SMAP Bentong SUPERB nilai pendidikan,

Ilmu dijana untuk umat cemerlang,

  • Keteguhan ilmu, iman dan amal,

Keupayaan pendidik berwawasan,

Obor insan sepanjang zaman,

SMAP Bentong SUPERB terus ke hadapan,

Berdiri bangsa kerana ilmuwan,

SMAP Bentong SUPERB menyahut cabaran,

Modal insan penuh ketakwaan,

Untuk generasi masa hadapan.

  • Ulang Korus

Subjek akademik[sunting | sunting sumber]

Menengah Rendah (Tingkatan 1–Tingkatan 3)[sunting | sunting sumber]

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Pendidikan Agama Islam
  • Sejarah
  • Geografi
  • Maharat Al-Quran
  • Hifz Al-Quran
  • Bahasa Arab
  • Reka Bentuk Dan Teknologi
  • Asas Sains Komputer
  • Muzik

Menengah Atas (Tingkatan 4 dan Tingkatan 5)[sunting | sunting sumber]

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sejarah
  • Matematik Tambahan (Additional Mathematics)
  • Fizik (Physics)
  • Kimia (Chemistry)
  • Biologi (Biology)
  • Sains
  • Pendidikan Agama Islam
  • Pendidikan Syari'ah Islamiah
  • Pendidikan Al-Quran dan Sunnah
  • Bahasa Arab
  • Maharat Al-Quran
  • Hifz Al-Quran
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  • Bahasa Antarabangsa

Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)[sunting | sunting sumber]

Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) yang telah dilaksanakan di SMAP Bentong sejak 2014 ialah gabungan antara Kurikulum Kebangsaan,Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) dan ko-kurikulum dengan 3 pendekatan seperti yang dinyatakan di bawah:

* Pendekatan Al-Quran

Kaedah yang membolehkan pelajar untuk menghafal 30 juzuk Al-Quran dan memahami kandungannya berdasarkan konsep BIFFAS (Baca, Ingat, Faham, Fikir, Amal dan Sebar) dalam tempoh lima (5) tahun pengajian.

* Pendekatan ensiklopedia

Kaedah ini menyediakan asas kepada pelajar untuk menguasai pelbagai ilmu dan bahasa, yang berkemahiran tinggi dan dapat bertindak sebagai sumber rujukan kepada rakan-rakan mereka.

* Pendekatan Ijtihadik

Satu kaedah untuk melahirkan pelajar yang dapat menyuarakan pandangan dan pendapat untuk menyelesaikan masalah, dan memaksimumkan keupayaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) secara kreatif dan inovatif. Pelajar diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti ko-kurikulum seperti menunggang kuda, berenang dan memanah

Kemudahan dan infrastruktur sekolah[sunting | sunting sumber]

Kemudahan Penerangan
Kompleks Akademik Menempatkan kelas dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5, Pejabat, Bilik Guru dan lain-lain
Perpustakaan (Dar Al-Hikmah) Perpustakaan sepenuhnya berpenghawa dingin, terdapat bilik multimedia, bilik akses dan bilik audio visual untuk sesi pembelajaran
Pejabat Pentadbiran (Pejabat Utama) Bilik Pengetua, Penolong Kanan (Pentadbiran dan Kurikulum), Penolong Kanan (Hal Ehwal Pelajar), Penolong Kanan (Kokurikulum), Ketua Bilik Jabatan dan Bilik Persidangan.
Mahallah (Asrama) Dua (2) Mahallah pelajar besar, Mahallah Uwais Al-Qarni untuk pelajar lelaki dan Mahallah Aishah Al-Humaira untuk pelajar perempuan
Pejabat Penyelia Asrama Terletak di tingkat bawah Mahallah Uwais al-Qarni, pejabat digunakan untuk pentadbiran Mahallah, kediaman dan tujuan kebajikan pelajar.
Dewan Makan (Dar Al-Ni'amah) Menyediakan sajian kepada para pelajar dan digunakan untuk Majlis Makan Malam atau Lailatul Mutafawwiqin
Surau (Raudhah Al-Falihin) Pelajar SUPERB bertanggungjawab untuk melaksanakan lima solat berjemaah sehari di surau. Ia juga digunakan untuk aktiviti peningkatan keagamaan dan kerohanian.
Kuarters Guru Penempatan guru-guru SUPERB
Rumah Warden Penempatan warden-warden SUPERB
Dewan Besar(Dewan Az-Zahrawi) Dewan besar untuk perhimpunan rasmi mingguan, acara sekolah atau acara formal seperti Majlis Graduasi untuk pelajar tingkatan 5, Majlis Anugerah Kecemerlangan (MAKA) dan lain-lain.
Ruang Legar (Dewan Terbuka) Berfungsi sebagai alternatif kepada Dewan Perdana. Biasanya ia akan digunakan untuk acara-acara seperti beramah akademik, program-program sekolah, mesyuarat pelajar, aktiviti ko-kurikulum dan sebarang acara formal.
Grand Stand (ASTAKA) Stadium mini yang terletak di padang utama di sekolah dan digunakan untuk acara sukan atau lain-lain seperti aktiviti Merentas Desa, Hari Sukan Sekolah dan sukan lain dan.
Gelanggang Pelbagai kemudahan gelanggang sukan
Kantin (KAFETERIA) Menyediakan hidangan kepada warga SUPERB
Makmal ICT Kawasan sepenuhnya berhawa dingin, mempunyai liputan wifi untuk peningkatan kemahiran pelajar.
Makmal-makmal Menempatkan makmal sains seperti Makmal Fizik, Makmal Kimia dan Makmal Biologi untuk sesi pembelajaran Sains
Bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling Menyediakan terapi psikologi, nasihat pembelajaran dan bimbingan untuk pelajar
Leadership Room (Bilik Kepimpinan Pelajar) Diperuntukkan untuk mesyuarat Badan kepimpinan Pelajar seperti Pengawas dan Pembimbing Rakan Sebaya
Bilik Mesyuarat Bilik mesyuarat utama yang terletak di pejabat sekolah. Ia menyediakan bilik persidangan kondusif, berhawa dingin sepenuhnya untuk guru-guru sekolah, kakitangan dan pelawat formal
Bilik Rekreasi Disediakan di Mahallah masing-masing kepada pelajar untuk berehat terutama pada hujung minggu. Televisyen disediakan di bilik ini untuk membenarkan pelajar untuk menonton hiburan multimedia.
Bilik Kesihatan Sebuah bilik khas yang menyediakan kemudahan kesihatan dan rawatan. Doktor dan jururawat dari hospital / klinik berdekatan melawat sekolah untuk program kesihatan berasaskan sekolah seperti program pergigian, vaksinasi dan program derma darah.
I-Kiosk Diperuntukkan untuk pelajar memperoleh maklumat dan menerapkan konsep pembelajaran abad ke-21
SUPERB Square (Dataran Perhimpunan) Terletak di tengah-tengah blok pentadbiran untuk majlis perhimpunan harian dan majlis-majlis lain


Pautan luar[sunting | sunting sumber]