Sekolah Menengah Sains Kepala Batas
Sekolah Menengah Sains Kepala Batas terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang.
Isi kandungan |
Sejarah awal[sunting]
Sekolah Menengah Sains Kepala Batas dibuka seawal tahun 2009. Dalam usia beberapa bulan saja, ia dikenali hampir seluruh rakyat Pulau Pinang. Sekolah ini dirasmikan oleh YB Tun Abdullah bin Ahmad Badawi. Merupakan sekolah yang berasrama penuh, ia menjadi rebutan calon UPSR dan PMR untuk mendapat tempat di sini. Tidak seperti Sekolah Sains Pulau Pinang, sekolah ini merupakan sekolah perempuan-lelaki, iaitu sekolah yang diketuai oleh seorang lelaki. Seramai lebih kurang 300 orang pelajar diambil sebagai perintis sekolah ini.
Lagu Sekolah[sunting]
Bermula langkah menuju kejayaan
SMSKB jadi kebanggaan
Berganding bahu atas satu harapan
Bersama menjana kegemilangan
Guru mendidik penuh dedikasi
Kami berjanji akan menghargai
Kami berjanji akan berbakti
Tersemat kukuh di hati kami
Kualiti pemangkin kecemerlangan
Menjadi budaya sepanjang zaman
Pembakar semangat teras perjuangan
Sehingga Kejayaaan Dalam Genggaman
SMSKB sekolah yang tercinta
Seindah namanya kebanggaan semua
Mendidik dan menbina
Anak-anak bangsa
Mencipta nama di persada dunia
Pengetua dan staf kanan pertama[sunting]
Sekolah ini ditadbir oleh Puan Hajah Jamaah Haji Taman yang merupakan Pengetua Cemerlang yang diiktiraf daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Onn Butterworth. Pembantunya pula ialah PK Akademik Encik Zambri Sabri, PK Hal Ehwal Murid Encik Ishak Harun, PK Kokurikulum En. Haris Ghanae.
Badan Kepimpinan Pelajar[sunting]
Presiden - Mohd Zakee bin Zailan Naib Presiden - Faizatul Alia binti Ibrahim Extara Ketua Asrama (Timbalan Presiden 2) - Aimie Nazerin bin Azmi
Badan Amal Makruf Nahi Munkar (AMAN) Ketua AMAN(Timbalan Presiden 3) - Abdul Qhani bin Dali Penolong Ketua AMAN (Naib Presiden 3) - Noor Aliza
Setiausaha Agong - Amirah Kamaliah binti Kamarul Zaman Bendahari Kehormat - Mohamad Zahir bin Mohd Pauzi
Sistem rumah sukan[sunting]
Sekolah ini mengamalkan sistem rumah sukan. Antara rumah sukannya ialah Orion, Serphen, Phoenix dan Delphinus . Nama-nama ini diambil dari buruj-buruj. Sistem ini dapat mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar dan meningkatkan semangat kerjasama. Jika salah seorang ahli rumah sukan mencipta rekod, markah untuk rumah sukan akan ditambah dan sebaliknya.
Keunikan sekolah[sunting]
Sekolah ini tidak mempunyai tong sampah kecuali tong sampah besar sebagai sumber pembuangan. Hal ini diadakan kerana untuk memupuk para pelajar untuk mengurus sampah dengan bijak. Jika Kolej Melayu Kuala Kangsar mempunyai kemudahan sukan renang, sekolah ini pula mempunyai kemudahan Permainan Video.
Pencapaian awal[sunting]
- September 09: Tuan rumah untuk Pertandingan Paintball Peringkat Zon Utara.
- Oktober 09: Johan Pertandingan Badminton Zon Utara.
- Mei 2010: Johan Forum Remaja Peringkat Negeri
- International Star Gazing and Space Camp
- Book of Record Malaysia(Roket Air)