Anugerah Juara Lagu ke-16

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anugerah Juara Lagu 2001)
Lompat ke: pandu arah, cari
Anugerah Juara Lagu ke-16
TV3
Tarikh 30 Disember 2001
Tempat Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Shah Alam
Pengacara Aidil Abd. Ghafar
Zalina Azman
Tempoh 2 jam 30 minit
Juara Lagu "Mimpi Laila"
nyanyian Yasin Sulaiman
(gubahan: Yasin Sulaiman/
lirik: Yasin Sulaiman)
 < 2000 Anugerah Juara Lagu 2002 > 

Anugerah Juara Lagu 2001 atau Juara Lagu 2001 ialah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu" bagi tahun 2001. Anugerah Juara Lagu ke-16 mengekalkan pengacara dan lokasi yang sama dari tahun sebelumnya dan diadakan pada 30 Disember 2001. Jika pada tahun sebelumnya, Anugerah Juara Lagu diadakan sebelum bulan Ramadhan dan Aidilfitri, tetapi Juara Lagu 2001 diadakan selepas Ramadhan dan Aidilfitri.

Finalis[sunting | sunting sumber]

Kategori Irama Malaysia & Etnik Kreatif[sunting | sunting sumber]

Sila rujuk di sini untuk peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 16

  • "Mimpi Laila"
    • Nyanyian: Yasin Sulaiman[1]
    • Gubahan: Yasin
    • Penulis: Yasin
  • "Ya Maulai"
    • Nyanyian: Siti Nurhaliza
    • Gubahan: Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah)
    • Penulis: Hairul Anuar Harun
  • "Raikan Cinta"
    • Nyanyian: M. Nasir
    • Gubahan: M. Nasir
    • Penulis: M. Nasir
  • "Desa Tercinta"
    • Nyanyian: Nora
    • Gubahan: Johan Nawawi
    • Penulis: Lukhman S.

Kategori Pop Rock[sunting | sunting sumber]

  • "Engkau Bagaikan Permata"
    • Nyanyian: Siti Nurhaliza
    • Gubahan: Helen Yap
    • Penulis: Sham Amir Hussain/Siti Nurhaliza
  • "Marilah Maria"
    • Nyanyian: Def Gab C
    • Gubahan: Masterpiece
    • Penulis: Masterpiece
  • "Bahagia"
    • Nyanyian: Dayang Nurfaizah
    • Gubahan: Ajai
    • Penulis: Syed ENV
  • "Maafkanku"

Kategori Balada[sunting | sunting sumber]

  • "Seandainya Masih Ada Cinta"
    • Nyanyian: Dayang Nurfaizah
    • Gubahan: Ajai
    • Penulis: Syed ENV
  • "Percayalah"
  • "Andainya Aku Bersuara"
    • Nyanyian: Liza Hanim
    • Gubahan: Azmeer
    • Penulis: Azmeer
  • "Menyemai Cinta Bersamamu"
    • Nyanyian: Nora
    • Gubahan: Azlan Abu Hassan
    • Penulis: Ucu


Pemenang[sunting | sunting sumber]

  • Juara Lagu: "Mimpi Laila" (Yassin/Yassin/Yassin)
  • Juara Kategori:
    • Etnik Kreatif: "Mimpi Laila" (Yassin/Yassin/Yassin)
    • Balada: "Seandainya Masih Ada Cinta" (Dayang Nurfaizah/Ajai/Syad ENV)
    • Pop Rock: "Engkau Bagaikan Permata" (Siti Nurhaliza/Helen Yap/Sham Amir Hussain/Siti Nurhaliza)

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Kemenangan Yassin bagi juara keseluruhan Juara Lagu menjadikan beliau penyanyi/pencipta lagu/penulis lirik kedua selepas M. Nasir yang menang dengan lagu nyanyian/ciptaan/lirik sendiri.
  • Juara Lagu kali ini merupakan kali ketiga Siti Nurhaliza berentap dalam ketiga-tiga kategori selepas Juara Lagu 1998 & Juara Lagu 1999. Ini menjadikan telah tiga tahun beliau bertanding bagi tiga kategori yang berbeza (1998, 1999, & 2001).
  • Pertama kali Siti Nurhaliza menang kategori Pop Rock setelah dua kali gagal pada tahun 1998 (Bisikan Asmara) dan 1999 (Satu Cinta Dua Jiwa).
  • Juara Lagu kali ini juga merupakan kali ketiga Siti Nurhaliza mengungguli Anugerah Persembahan Terbaik selepas memenanginya pada tahun 1996 menerusi lagu Jerat Percintaan dan 1997 (Aku Cinta Padamu).
  • Buat julung kalinya penjurian di AJL melibatkan Sistem Pesanan Ringkas SMS (untuk kategori Persembahan Terbaik sahaja) iaitu 30% SMS dan 70% Juri Profesional. Penonton hanya boleh mengundi menerusi SMS semasa artis membuat persembahan sahaja. Ini memberikan peluang sama rata kepada artis pertama dan artis terakhir yang membuat persembahan sekaligus mengelakkan ketidakadilan berlaku kepada artis yang mempunyai giliran persembahan di akhir-akhir siaran.
  • Dayang Nurfaizah yang muncul pertama kali untuk beraksi pada Anugerah Juara Lagu berjaya memenangi kategori balada yang sememangnya menjadi tumpuan dan menjanjikan saingan sengit dari pencabar terdekat beliau seperti Liza Hanim dan Nora.
  • Setelah 3 edisi sejak AJL 1998, maka Def-Gab-C mewakili kumpulan muzik (band) layak ke AJL kali ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Zachariah, Kleopatra (5 March 2013). "Yasin Sulaiman terima ugutan bunuh". Yahoo!. Dicapai pada 10 August 2013.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)