Separuh Akhir Muzik Muzik 25

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Separuh Akhir Muzik Muzik 25 ialah sebuah program televisyen yang ditayangkan di TV3 sebagai sebahagian daripada proses penentuan juara dalam program mingguan Muzik Muzik di mana ia diadakan selama tiga pusingan bagi menentukan lagu mana yang layak bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-25.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ia mula diperkenalkan pada edisi ke-7 pada tahun 1992 setelah kategori terbuka diubah kepada ktegori berasaskan genre muzik iaitu Balada, Pop Rock dan Etnik Kreatif. Ia bagi membolehkan 10 buah lagu mewakili setiap genre akan dipertandingkan bagi memenuhi empat kerusi yang layak ke peringkat akhir. Pada edisi ke- 24, penganjur kembali menggabungkan semua kategori menjadi terbuka namun separuh akhir masih dijalankan dengan memilih 30 buah lagu yang mempunyai merit yang cukup dalam carta untuk bersaing secara berperingkat selama tiga pusingan bagi merebut 12 (atau 14, bergantung kepada juri) kerusi yang layak ke peringkat akhir. Keputusan diumumkan pada minggu ketiga pertandingan. Kebiasaannya Separuh Akhir Muzik Muzik dijalankan pada pusingan mingguan ke-50 iaitu pada bulan November setiap tahun. Ia membolehkan finalis yang layak ke peringkat akhir membuat persiapan dalam tempoh hampir dua bulan sebelum acara Anugerah Juara Lagu.

Senarai Lagu Semi-finalis Muzik Muzik 25[sunting | sunting sumber]

Konsert Muzik-Muzik Separuh Akhir disiarkan pada tiga malam Isnin berturut-turut pada 8, 15 dan 22 November 2010, jam 10 malam, bersiaran langsung dari Sri Pentas 2, Shah Alam.

Pusingan Pertama (8 November)[sunting | sunting sumber]

Lagu Pencipta Penulis Lirik Penyanyi Nota
"Gerak Hati" Lake & Light Lake & Light Azlan & The Typewriter
"Inilah Cinta" Akim Ahmad Akim Ahmad Akim Ahmad
"Kebahagiaan Dalam Perpisahan" Edry Abdul Halim Edry Abdul Halim Shahir
"Mencari Konklusi" Noh Salleh Noh Salleh Kumpulan Hujan
"Cinta" Iswandy Iswandy Mohd
"Noktah Cinta" Ajai Syeikh Qalam Hafiz Suip
"Hujan Bunga Di Kuala Lumpur" Ana Raffali Ana Raffali Ana Raffali
"Bersamamu" Koko & Syaheed Johan Ishak, Joeniar Arief, Koko & Syaheed Joe Flizzow
"Cinta Sempurna" Yuna Zarai Yuna Zarai Yuna Zarai
"Oh Juwita" 6ixth Sense 6ixth Sense Nubhan Ahamad
"Sejujur Hatimu" Azlan Abu Hassan Adibah Noor Adibah Noor
"Hanyut" Audi Mok & Faizal Tahir Faizal Tahir Faizal Tahir

Pusingan Kedua (15 November)[sunting | sunting sumber]

Lagu Pencipta Penulis Lirik Penyanyi Nota
"Tika Masanya" Akmal Mirwana Akmal Mirwana & Noh Salleh Kumpulan Hujan & Kumpulan Mirwana
"Manifestasi Cinta" Kuncidemak Kuncidemak & Akmal Mirwana Fiq & Kumpulan Mirwana
"Kau Harus Ada" Noh Salleh Noh Salleh Kumpulan Hujan
"Drama King" Taja Tun Teja Kumpulan Meet Uncle Hussain & Black Hanifah
"Menggegar Dunia" Edry Abdul Halim Edry Abdul Halim Adam & Stacy
"Tolong Ingatkan Aku" Ana Raffali Ana Raffali Ana Raffali
"Jahat" Edry Abdul Halim Edry Abdul Halim Stacy
"Susun Silang Kata" Anas & Aizat Amdan Anas & Aizat Amdan Aizat Amdan
"Cinta Kosmik" Cat Farish & Adeep Cat Farish & Adeep Kumpulan The Fabulous Cats
"Ku Ada Kamu" Edry Abdul Halim Edry Abdul Halim Adira Suhaimi
"Sofea Jane" Sham Kamikaze & Iswandy Farril Black Hanifah
"Adrenalin" Audi Mok Faizal Tahir Faizal Tahir

Pusingan Ketiga (22 November)[sunting | sunting sumber]

Lagu Pencipta Penulis Lirik Penyanyi Nota
"Realiti Dewi" Omar K Zel Firdaus Hadauan Alyah
"Pelita" Loque Loque Kumpulan A.P.I
"Berlari" Tomok & Shazee Ishak Tomok Tomok
"Extravaganza" Shamsul Annuar Mohd Baharom Kumpulan Bunkface Kumpulan Bunkface
"Nadiku" Omar K Zel Sabhi Sadhi
"Selamat Malam" Audi Mok Faizal Tahir Faizal Tahir

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Nota;

Lihat juga[sunting | sunting sumber]