Kampung Tebakang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kampung Tebakang
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Tebakang
Flag
Mohor rasmi Kampung Tebakang
Mohor
Moto: 
"Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu kebangsaan: 

Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriTerengganu Darul Iman
Daerah Bukit Payong
KampungKampung Tebakang
Kerajaan
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Muhammad V
 • Perdana MenteriTun Dr. Mahathir bin Mohamad
 • Timbalan Perdana MenteriDatuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Penduduk
( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki, perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
21400
Kod kawasan+609
Lokasi Kampung Tebakang di Peta Google

Kampung Tebakang merupakan sebuah kampung yang terletak di Bukit Payong, dalam negeri Terengganu Darul Iman , iaitu sebuah negeri di timur Malaysia, dan yang bersempadan dengan Kelantan di utara, Pahang di bahagian barat dan selatannya dan Laut Cina Selatan di bahagian timur.

Kampung Tebakang adalah sebuah kampung tradisional yang terletak di Mukim Alor Limbat, Marang, Terengganu. Jarak dari bandar Kuala Terengganu lebih kurang 16 km dan dari bandar Marang lebih kurang 19.2 km. Dari pekan Bukit Payong iaitu pekan terdekat jaraknya lebih kurang 4.2 km. Luas kampung ini lebih kurang 5 km persegi. Boleh dikatakan hampir keseluruhan kampung ini dipenuhi dengan tanaman buah-buahan dan selebihnya diusahakan untuk pertanian jangka pendek.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah pembukaan kampung ini tidak dapat direkodkan dengan tepat kerana kekurangan maklumat daripada generasi terdahulu. Namun demikian, di sini dapat kami gariskan serba sedikit maklumat yang dapat dicari. Kampung Tebakang diberi nama sempena dengan sejenis ikan air (Ikan Tebakang) yang banyak terdapat di kampung ini pada masa dahulu dan ianya dibuka lebih kurang 350 tahun yang lampau oleh dua buah keluarga yang diketuai oleh Penghulu Dol yang berasal dari Kampung Pulau Manis, Kuala Terengganu. Beliau dibantu oleh seorang Syed yang nama sebenarnya tidak diketahui. Kepimpinan bertukar ganti dari masa beliau hingga hari ini dengan beberapa pemimpin seperti Penghulu Dohman, Penghulu Salleh, Penghulu Mat, Penghulu Embong (Tok Mbong), Pak Da, Tuan Hj. A. Rahman M. Zin dan seterusnya kepada En. Md Ali Bin Tahar yang ada pada masa ini.

Pada masa pentadbiran Md Ali Bin Tahar, wujudnya Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung. Dengan adanya JKKK ini dapatlah penduduk Kampung Tebakang mengecapi arus pembangunan dan keselesaan jalan raya dan banyak lagi kemudahan yang ada.

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

1. Tadika kemas 2. kelas fardhu ain 3. madrasah amaliyah cikgu hussin

Tempat beribadat[sunting | sunting sumber]

  1. Masjid Kampung Tebakang

Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Kampung Tebakang, Bukit Payong, Terengganu adalah 21400.[1]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]