Kementerian Pembangunan Luar Bandar Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kementerian Pembangunan Luar Bandar
كمنترين ڤمباڠونن لوار بندر
Coat of arms of Malaysia.png
Kerajaan Malaysia
Gambaran keseluruhan
Dibentuk 17 November 1959; 58 tahun yang lalu (1959-11-17)
Jenis Kerajaan
Ibu pejabat No. 47, Persiaran Perdana, Precinct 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya
Kakitangan 11,703 (2018)
Belanjawan tahunan MYR 9,483,081,600 (2018)
Menteri bertanggungjawab
Timbalan menteri bertanggungjawab
Eksekutif agensi
  • Borhan Dolah, Ketua Setiausaha
Tapak web www.rurallink.gov.my

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (Tulisan Jawi: كمنترين ڤمباڠونن لوار بندر; singkatan: KPLB) adalah merupakan sebuah kementerian yang bertanggungjawab terhadap kemajuan luar bandar di bawah kerajaan Malaysia. Menterinya terkini adalah Rina Harun.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pembangunan luar bandar merupakan agenda politik Kerajaan untuk menangani kemiskinan dan kemunduran luar bandar dengan slogan membandarkan kawasan luar bandar.

Tarikh Peristiwa
17 Nov 1959 Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar (KPNLB) ditubuhkan
1960 RIDA diserapkan ke KPNLB untuk memaju dan menggalakan perusahaan dan pemasaran keluaran luar bandar, KEMAS ditubuhkan
24 Dis 1960 KPNLB mewujudkan Jawatankuasa Khas untuk Mengkaji Semula Struktur Organisasi dan Peranan FELDA
4 Sept 1961 Bilik Gerakan Kemajuan Kebangsaan KPNLB dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama yang bertujuan menyelaras perlaksanaan, maklumbalas dan perlaksanaan projek.
1961 Pejabat Kemajuan Negeri (SDO) diwujudkan dan diletakkan di bawah tanggungjawab KPNLB untuk memperhebatkan pembangunan luar bandar
Dis 1976 KPNLB dimansuhkan dan agensi diserapkan ke kementerian Lain
18 Julai 1981 YAB Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri mengumumkan penubuhan semula KPNLB
Okt 1990 KPNLB ditukar nama kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Perpindahan masuk agensi Lembaga Kemajuan Wilayah (KEJORA, KETENGAH, PERDA, KEDA, KESEDAR, DARA dan LKWJ) dan Lembaga Kemajuan Tanah (RISDA dan FELCRA) di bawah KPLB
1993 Perpindahan keluar FELDA dan JHEOA daripada KPLB
1994 Pelancaran Falsafah & Strategi Luar Bandar (FSBPLB) ke arah 2020 sebagai landasan pembangunan luar bandar.
8 Mei 1995 Portfolio pembasmi kemiskinan dipindahkan dari UPP,JPM ke KPLB
31 Jan 2001 JHEOA diletakkan di bawah tanggungjawab KPLB
27 Mac 2004 - KPLB dinamakan sebagai Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan kemasukkan tiga agensi, iaitu Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak, Lembaga kemajuan Bintulu dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA)
- Program pembasmi kemiskinan bandar dipindahkan ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
15 Ogos 2005 Perpindahan keluar PERDA ke Jabatan Perdana Menteri

Misi[sunting | sunting sumber]

Kami memajukan desa secara menyeluruh dan berkesan berteraskan nilai-nilai murni, daya tahan dan daya pasaran selaras dengan wawasan negara.

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Meningkatkan pendapatan penduduk desa ke tahap 80% daripada penduduk bandar.
  • Mewujudkan desa berkualiti (Desa Q).
  • Mewujudkan 30% penduduk desa terlibat dalam aktiviti keusahawanan.
  • Mewujudkan masyarakat berilmu dan berkemahiran.
  • Mempercepatkan pelaksanaan konsep dan program pembangunan bersepadu.
  • Meningkatkan kesejahteraan masyarakat desa.
  • Mencapai liputan 100% prasarana asas, utiliti dan infrastruktur.
  • Memastikan penduduk desa mendapat 100% manafaat teknologi maklumat dan komunikasi.

Jabatan/Agensi[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]