Berita RTM: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Baris 183: Baris 183:
'''i-Dusun''' merupakan sebuah rancangan berbentuk berita ber[[bahasa Dusun]] yang ke udara sekali sahaja yang disiarkan pada jam 6:45 petang setiap hari.
'''i-Dusun''' merupakan sebuah rancangan berbentuk berita ber[[bahasa Dusun]] yang ke udara sekali sahaja yang disiarkan pada jam 6:45 petang setiap hari.


== Penyampai Berita==

=== Penyampai Berita===
=== Penyampai Berita===
*
*

Semakan pada 05:08, 16 September 2023

Ketersediaan
Terestrial
Malaysia MYTVSaluran 123 (HD)
Media penstriman
Malaysia MYTVMYTV Mana Mana
Malaysia RTMKlikTonton secara langsung
Malaysia YoutubeTonton secara langsung

Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).[1] Moto utamanya ialah Yang Sahih di Berita RTM dan stesen ini majlis pelancaran rasmi sepenuhnya bermula umum secara nasional sebagai stesen televisyen terestrial kerajaan digital bersiaran percuma nasional selama 24 jam pertama di Malaysia yang dipancarkan dalam definisi tinggi (HD) pada 25 Jun 2020 memulakan siaran rasmi dengan rancangan Pelancaran Saluran Berita RTM mula tepat sejak sekitar jam 7:45 malam hingga 8:00 malam Waktu Piawai Malaysia dalam masa 15 minit sehingga pelancaran rasmi ini rancangan pertama yang disiarkan adalah Berita Perdana mula tepat sejak sekitar jam 8:00 malam hingga 9:00 malam Waktu Piawai Malaysia dalam masa 1 jam dan bersiaran menerusi MYTV saluran 123.[2][3] Ia menyiarkan berita khusus merangkumi hal ehwal semasa dan bual bicara yang dipancarkan dalam definisi tinggi (HD). Majlis pelancaran Berita RTM telah rasmi majlis pelancaran oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah[4] sebagai sebahagian daripada inisiatif Putrajaya untuk menentang apa yang disebut "berita palsu".[5][6]

TV1, TV2, TV6, TV Okey, Berita RTM, Sukan RTM dan stesen radio dikawal oleh RTM yang mana siarannya berpusat di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Berita RTM kini bersiaran di MYTV saluran 123 dalam format HD (definisi tinggi).

Ini juga bagi melihatkan Malaysia juga mampu berdaya saing dalam produk berita seperti Berita Perbadanan Penyiaran British iaitu BBC News.

Pada mulanya, Saluran Berita RTM menggunakan nama panggilan Berita RTM hanya digunakan semasa dalam siaran di RTM.

Kandungan rancangan

Berita RTM memberi fokus kepada berita dan rancangan berkaitan berita yang bersiaran 24 jam sehari meliputi 8 bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil, Bajau (Sabah), Dusun (Sabah), Kadazan (Sabah) dan Iban (Sarawak). Saluran itu menawarkan 25 slot berita setiap hari, 12 bicarawara seminggu, lima hari berita perniagaan dan dua program majalah seminggu yang menyumbang kepada pemerkayaan minda masyarakat dengan pelbagai maklumat. Berita RTM juga membolehkan penonton menyaksikan siaran berita radio pelbagai bahasa selain siaran langsung dari konti-konti radio RTM di seluruh negara yang turut membicarakan isu-isu khusus berkaitan di peringkat negeri.[7] Di samping itu, ia juga menampilkan rancangan Pastikan Sahih yang disiarkan pada jam 6.30 petang dari Isnin hingga Jumaat, sebuah rancangan yang didedikasikan untuk membanteras berita palsu tular.[8][9] Pada 29 Oktober 2021, siaran Berita Wilayah di Berita RTM telah direhatkan sementara untuk memberi laluan kepada siaran langsung pembentangan bajet 2022 oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Rancangan Tambahan

Bual bicara

  • Diari Rawat atau lebih dikenali sebagai Bicara Diari Rawat (Tayangan serentak di TV1)
  • Bicara Naratif (Tayangan serentak di TV1)
  • Cuit Sikit Jangan Sentap (Tayangan serentak di TV1)
  • Selamat Pagi Malaysia (Tayangan serentak di TV1)
  • Lensa IPT (Tayangan serentak di TV1)
  • Vasantham (Tayangan serentak di TV2)
  • What Say You (Tayangan serentak di TV2)
  • Selamat Malam Malaysia
  • Fresh Brew (Tayangan serentak di Okey).
  • Bual Konti/Conty Chat
  • Bicara Politikonomi (2019-2021)
  • Bicara Pengguna (2019-2021)
  • Bicara Inspirasi (2019-2021)
  • Glosari (2020-2021)
  • Cerita Kita (2020-2021)
  • Seleksi Konti Radio RTM
  • Pesona XY

Bual bicara niaga

  • Biz Malaysia (Tayangan serentak di TV1).

Rancangan khas

  • Bicara Khas (Tayangan serentak di TV1).
  • Hari Kebangsaan Malaysia (Secara langsung dan tayangan serentak bersama TV1).
  • Perutusan Khas bersama Y.A.B Perdana Menteri.

Sidang Media

  • Sidang Media bersama YAB Perdana Menteri.
  • Sidang Media bersama YBhg Ketua Pengarah Kesihatan & Menteri Kesihatan.
  • Sidang Media bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
  • Sidang Media bersama Menteri Pendidikan.
  • Sidang Media bersama Menteri Pertahanan.
  • Sidang media bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Parlimen

  • Langsung Dari Parlimen (Tayangan serentak di TV1).

Jenis berita Berbahasa Melayu dan Inggeris

Pada hari-hari biasa berita-berita dalam stesen televisyen ini bersiaran satu jam secara maksimum atau setengah jam dan berita berbahasa Inggeris bersiaran selama setengah jam. Kesemua berita ini disiarkan di Berita RTM, TV1 dan TV2.

Berita Pagi (TV1 dan Berita RTM)

Berita Pagi merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan pada jam 7:00 pagi setiap hari selama 30 minit. Siaran berita ini merupakan siaran berita yang pertama keudara bagi pada setiap hari. Kebanyakkan beritanya berkisar mengenai kejadian dan isu atau berita-berita yang telah berlaku pada hari sebelumnya. Ia dikenali sebagai Berita Nasional Pagi, Warta Pagi dan Nasional 7.

Berita Pagi Sabah (TV1 dan Berita RTM)

Berita Pagi Sabah merupakan sebuah rancangan berbentuk berita dari Sabah yang ke udara sekali sahaja yang pada jam 7:30 pagi setiap hari selama 15 minit.

Berita Pagi Sarawak (TV1 dan Berita RTM)

Berita Pagi Sarawak merupakan sebuah rancangan berbentuk berita dari Sarawak yang ke udara sekali sahaja yang disiarkan pada jam 7:45 pagi setiap hari selama 15 minit.

Conty News (TV1 dan Berita RTM)

Conty News atau Nama dalam Bahasa Melayunya ialah Berita Konti Bervisual merupakan sebuah rancangan berbentuk berita radio yang bersiaran dari Wisma Berita Angkasapuri RTM Kuala Lumpur yang pada jam 10:00 pagi dan 11:00 pagi setiap hari selama 5 minit. Ia menyiarkan berita-berita dari dalam negara sahaja, ekonomi, sukan, hal ehwal semasa, isu-isu terkini, hiburan. Berita Radio Bervisual juga ialah satu-satunya rancangan berita di Malaysia yang yang asalnya boleh didengari di Radio RTM tetapi dengan teknologi terkini membolehkan ia divisualkan dan bersiaran di TV RTM. Berita Radio Bervisual ini mula bersiaran pada Mei 2019.

Stadium RTM (TV1 dan Sukan RTM)

Stadium RTM merupakan sebuah rancangan berbentuk berita sukan berbahasa Melayu yang disiarkan pada jam 12:00 tengah hari dan 4:00 petang setiap hari. ia memaparkan berita-berita sukan dari dalam dan luar negara.

Updates@Noon (TV2 dan Berita RTM)

Updates@Noon merupakan sebuah rancangan berbentuk berita dalam berbahasa Inggeris yang disiarkan pada jam 12:30 tengah hari. Kebanyakan beritanya berkisar mengenai kejadian dan isu atau berita-berita mengenai hal ehwal semasa, politik, ekonomi, sukan dan luar negara. Ia dikenali sebagai News On 2.

Berita Tengah Hari (TV1 dan Berita RTM)

Berita Tengah Hari merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan bermula pada jam 1:00 tengah hari pada setiap hari Sabtu hingga Khamis. Manakala pada setiap hari Jumaat jam 12:00 tengah hari di TV1 sahaja. Ia dikenali sebagai Berita Nasional Tengah Hari, Nasional 1 dan Warta 1.

Berita Semasa (TV1 dan Berita RTM)

Berita Semasa merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan pada jam 3:00 petang setiap hari. Ia memaparkan berita-berita semasa yang dikemaskini dari semasa ke semasa dari dalam negara sahaja.

Berita Wilayah (TV1 dan Berita RTM)

Berita Wilayah merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan pada jam 5:00 petang memaparkan berita-berita yang berkaitan dengan berita-berita tempatan dari negeri-negeri di Malaysia. Ia dikenali sebagai Berita Nasional Petang, Warta Negeri atau N5. Berita dari Sabah dan Sarawak adalah tetap, manakala berita dari Negeri-negeri Semenanjung, Labuan, Kuala Lumpur dan Kompleks Islam Putrajaya dipaparkan secara bergilir-gilir setiap hari.

Kanta 744 (TV1 dan Berita RTM)

Kanta 744 merupakan sebuah rancangan berbentuk berita berbahasa Melayu yang ke udara sekali sahaja yang disiarkan pada jam 7:44 malam setiap hari.

Berita Perdana (TV1 dan Berita RTM)

Berita Perdana merupakan sebuah rancangan berbentuk berita waktu perdana yang disiarkan pada jam 8:00 malam hingga 8:30 malam setiap hari dalam masa 30 minit. Ia memaparkan berita-berita dari dalam negara sahaja, Berita Perdana juga ialah satu-satunya rancangan berita di Malaysia dengan terjemahan melalui seorang penyampai Bahasa Isyarat terletak di bawah kanan skrin televisyen. Ia dikenali sebagai Berita Nasional Malaysia, Warta Perdana dan Berita Nasional Malam. Selain itu, Berita Perdana juga akan mengadakan segmen H-Klik dan Stadium RTM ia juga dikenali sebagai B-Diva dan Edisi Sukan bermula pada 1 April 2023.

Malaysia Tonight (TV1 dan Berita RTM)

Malaysia Tonight merupakan sebuah rancangan berbentuk berita waktu perdana dalam berbahasa Inggeris yang disiarkan pada jam 8:30 malam. Ia menyiarkan berita-berita dari dalam dan luar negara, ekonomi, sukan, hal ehwal semasa, isu-isu terkini, hiburan. Ia dikenali sebagai News On 1.

Berita Parlimen (TV1 dan Berita RTM)

Berita Parlimen merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan pada jam 10:30 malam setiap hari Isnin hingga Khamis. Ia memaparkan berita-berita dari sesi pembahasan usul dan Rang Undang-Undang (RUU) di Parlimen, sesi soal jawab lisan, sesi perbentangan belanjawan bagi setiap tahun dan sesi pembahasan.

Berita Dunia (TV1 dan Berita RTM)

Berita Dunia atau Bes Dunia merupakan rancangan berbentuk siaran berita perkembangan luar negara yang disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 11:00 malam. Ia memaparkan berita-berita peperangan, pergolakan, bencana, isu semasa, ekonomi, hiburan dan juga sukan.

Berita Tengah Malam (TV1 dan Berita RTM)

Berita Tengah Malam merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan Pada jam 12:00 tengah malam. Siaran berita ini merupakan siaran berita yang terakhir keudara pada setiap hari. Ia dikenali sebagai Berita Nasional Tengah Malam atau Nasional 12.

Jenis berita Berbahasa lain

Berita Mandarin (TV2 dan Berita RTM)

Berita Mandarin merupakan sebuah rancangan berbentuk berita berbahasa Mandarin yang disiarkan pada jam 12:00 tengah hari dan 7:00 malam setiap hari. Berita nama Berita Mandarin (华语新闻 Hua Yu Xin Wen), ia memaparkan berita-berita dari dalam dan luar negara, ekonomi, sukan, hal ehwal semasa, isu-isu terkini dan hiburan.

Berita Tamil (TV2 dan Berita RTM)

Berita Tamil merupakan sebuah rancangan berbentuk berita berbahasa Tamil yang ke udara sekali sahaja yang disiarkan pada jam 7:30 malam setiap hari. Berita nama Berita Tamil (தமிழ்ச் செய்திகள் Tamil Seithigal), ia memaparkan berita-berita dari dalam dan luar negara, ekonomi, sukan, hal ehwal semasa, isu-isu terkini dan hiburan. Manakala di Saluran Berita RTM, Berita Tamil cuma siaran hingga 7.43 malam kerana memberi laluan kepada Kanta 744.

i-Kadazan (OKEY dan Berita RTM)

i-Kadazan merupakan sebuah rancangan berbentuk berita berbahasa Kadazan yang ke udara sekali sahaja yang disiarkan pada jam 10:30 pagi setiap hari.

i-Iban (OKEY dan Berita RTM)

i-Iban merupakan sebuah rancangan berbentuk berita berbahasa Iban yang disiarkan dua kali iaitu Setiap Hari jam 10:45 pagi dan 6:30 petang.

i-Bajau (OKEY dan Berita RTM)

i-Bajau merupakan sebuah rancangan berbentuk berita berbahasa Bajau yang ke udara sekali sahaja yang pada jam 2:00 petang setiap hari.

i-Dusun (OKEY dan Berita RTM)

i-Dusun merupakan sebuah rancangan berbentuk berita berbahasa Dusun yang ke udara sekali sahaja yang disiarkan pada jam 6:45 petang setiap hari.

Penyampai Berita

Penyampai Berita

Rujukan

  1. ^ Zaidi Mohamad (25 Jun 2020). "Saluran Berita RTM dilancar". Berita Harian. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  2. ^ "Majlis Pelancaran Saluran Berita RTM". Radio Televisyen Malaysia. 25 Jun 2020.
  3. ^ Syafil Syazwan Jefri (25 Jun 2020). "Saluran berita RTM lebih kompetitif". Harian Metro. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  4. ^ "Saifuddin launches new TV channel 'Saluran Berita RTM'". The Edge Markets. 26 Jun 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-06-26. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  5. ^ Jerry Choong (25 Jun 2020). "Saifuddin launches RTM's own 24-hour news channel, aimed at combatting 'fake news'". The Malay Mail. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  6. ^ "Saifuddin launches new TV channel Saluran Berita RTM". New Malaysia Times. 26 Jun 2020. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  7. ^ "Saluran berita RTM dilancar, tangani berita palsu". ProjekMM. 26 Jun 2020. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  8. ^ Tahir Alhamzah (26 Jun 2020). "#Showbiz: RTM's brand new news channel to quash fake news". New Straits Times. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  9. ^ "Saluran Berita RTM dilancar, medium tambahan perangi berita palsu". Astro Awani. 26 Jun 2020. Dicapai pada 26 Jun 2020.

Pautan luar