Palestin (wilayah): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 10: Baris 10:
|largest_city = [[Baitulmuqaddis]]
|largest_city = [[Baitulmuqaddis]]
|official_languages = [[Bahasa Arab]], [[Bahasa Ibrani|Ibrani]]
|official_languages = [[Bahasa Arab]], [[Bahasa Ibrani|Ibrani]]
|government_type = [[Republik]] [[Presiden|Semi-presiden]]
|government_type = [[Republik]]
|leader_title1 = [[Presiden Palestin|Presiden]]
|leader_title1 = [[Presiden Palestin|Presiden]]
|leader_title2 = [[Perdana Menteri Palestin|Perdana Menteri]]
|leader_title2 = [[Perdana Menteri Palestin|Perdana Menteri]]
Baris 16: Baris 16:
|leader_name1 = [[Mahmoud Abbas]]
|leader_name1 = [[Mahmoud Abbas]]
|leader_name2 = [[Ismail Haniyeh]]<br>[[Salam Fayyad|Dr. Salam Fayyad]]
|leader_name2 = [[Ismail Haniyeh]]<br>[[Salam Fayyad|Dr. Salam Fayyad]]
|leader_name3 = Abdul Salam ibn Muhammad ash-Syafi'i
|leader_name3 = [[Abdul Salam ibn Muhammad ash-Syafi'i]]
|population_estimate = 3,935,249<ref name="Ref_b">http://www.pcbs.gov.ps/Portals/_pcbs/child/demog.htm</ref>
|population_estimate = 3,935,249<ref name="Ref_b">http://www.pcbs.gov.ps/Portals/_pcbs/child/demog.htm</ref>
|area_rank = ke-165
|area_rank = ke-165

Semakan pada 10:11, 21 Februari 2013

Negara Palestin
نكرا فلسطين
Bendera Palestine
Bendera Jata
Lagu kebangsaanBiladi
Lokasi Palestine
Ibu negaraRamallah (Tebing Barat)
Gaza (Semenanjung Gaza)
Bandar terbesarBaitulmuqaddis
Bahasa rasmiBahasa Arab, Ibrani
KerajaanRepublik
• Presiden
Mahmoud Abbas
Ismail Haniyeh
Dr. Salam Fayyad
Abdul Salam ibn Muhammad ash-Syafi'i
Kemerdekaan
• Pengisytiharaan
15 November 1988
• Perlembagaan semasa
29 November 2012
Keluasan
• Jumlah
6,220 km2 (2,400 bt2)
Tebing Barat: 5,860 km2,
(water=Laut Mati: 220 km2),[1]
Semenanjung Gaza: 360 km2 [2] (ke-165)
• Perairan (%)
3.5
Populasi
• Perkiraan 2009 (Julai)
3,935,249[3] (ke-126)
KDNK (PPP)2009
• Jumlah
$$12.95 bilion (-)
$2,900 (-)
HDI (2007) 0.731
Ralat: Nilai IPM tidak sah · ke-106
Mata wangSheqel
(ILS)
Zon waktuUTC+2 ( )
• Musim panas (DST)
UTC+3 ( )
Kod panggilan+970
Kod ISO 3166PS
DPT internet.ps
1 Di peringkat antarabangsa, PBB juga mengiktirafkan negara Palestin sebagai negara pemerhati bukan anggota di PBB pada 29 November 2012.
Peta Negara Palestin
Peta Wilayah Tebing Barat dan Semenanjung Gaza
Peta Baitulmuqaddis Timur
Imej satelit yang menunjukkan keseluruhan kawasan Mandat British Palestin
Wang syiling lama Palestin
Setem lama Palestin
Pasport lama Mandat British Palestin

Rencana ini berkenaan sebuah kawasan geografi. Untuk "negara Palestin", lihat Pihak Berkuasa Palestin.

Palestin (bahasa Arab:فلسطين Falasṭīn, bahasa Ibrani: פלשתינה Palestina) ialah nama yang digunakan dengan meluas sejak era Rom lagi untuk merujuk kepada kawasan di Timur Tengah di antara Laut Mediterranean, Terusan Suez dan Sungai Jordan . Dalam pengertian geografi yang luas, Palestin merujuk kepada kawasan yang merangkumi wilayah-wilayah Palestin, di samping sebahagian daripada Jordan, Lubnan dan Syria. Dalam pengertian yang sempit pula, ia merujuk kepada kawasan di dalam sempadan bekas Mandat British Palestin (1920-1948), di sebelah barat Sungai Jordan.

Hari ini, Palestin boleh digunakan untuk merujuk kepada "Negara Palestin" yang dicadangkan oleh Pihak Berkuasa Palestin yang berpusat di Tebing Barat.

Di dalam konteks Konflik Israel-Palestin, istilah Palestin mempunyai konotasi politik yang amat berat dan boleh mencetuskan kontroversi.

Sejarah Palestin

Mandat British Palestin
Sejarah Palestin bermula sejarak zaman prasejarah.

Selepas pembubaran Empayar Turki Uthmaniyyah pada 1922 selepas Perang Dunia Pertama, Liga Bangsa telah membahagikan tanah jajahan empayar tersebut antara Tentera Bersekutu. Bahagian yang dikenali sebagai Israel, Jordan, Tebing Barat dan Jalur Gaza hari ini diserahkan kepada pihak British sebagai Mandat British Palestin.

Pada 1948, Negeri Israel diisytiharkan merdeka dan menduduki tanah di bekas Mandat British yang dibahagikan kepada "negara Yahudi" di bawah Rancangan Pemecahan Bahagian PBB 1947 (tidak termasuk Tebing Barat). Cetusan Perang Arab-Israel 1948 pula mengubah lagi sempadan di tanah suci itu. Nerikutan perang itu, Jaluran Gaza diilhakkan oleh Mesir, manakala Tebing Barat diilhakkan oleh Jordan. Perjanjian Gencatan Senjata 1949 yang dimeterai oleh Israel dan negara-negara Arab menentukan sempadan antara Israel, Jaluran Gaza dan Tebing Barat.

Perang Enam Hari 1967 melihatkan Israel menceroboh Semenanjung Gaza, Tebing Barat dan Bukit Golan, Syria dalam satu operasi ketenteraan. Sehingga kini, Israel menjajah kebanyakan kawasan di Tebing Barat. Banyak petempatan Yahudi juga dibina sejak pengiilhakan tersebut.[4]

Perkembangan Islam

Pemerintahan Saidina Umar

Semasa pemerintah Saidina Umar, empayar Islam berkembang dengan pesat; menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empayar Parsi (berjaya menamatkan Empayar Parsi), dan menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara, dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur). Ada diantara pertempuran ini menunjukkan ketangkasan tentera Islam seperti Perang Yarmuk yang menyaksikan tentera Islam yang berjumlah 40,000 orang menumpaskan tentera Byzantine yang berjumlah 120,000 orang. Hal ini mengakhiri pemerintahan Byzantine di selatan Asia Kecil.

Pada tahun 637, selepas pengempungan Baitulmuqaddis yang agak lama, tentera Islam berjaya menakluk kota tersebut. Paderi besar Baitulmuqaddis iaitu Sophronius menyerahkan kunci kota itu kepada Saidina Umar. Beliau kemudiannya mengajak Saidina Umar supaya bersembahyang di dalam gereja besar Kristian iaitu gereja Church of the Holy Sepulchre. Saidina Umar menolak dan sebaliknya menunaikan solat tidak beberapa jauh daripada gereja tersebut kerana tidak ingin mencemarkan status gereja tersebut sebagai pusat keagamaan Kristian. 50 tahun kemudian, sebuah masjid yang digelar Masjid Umar dibina di tempat Saidina Umar menunaikan solat.

Saidina Umar banyak melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan Islam seperti menubuhkan pentadbiran baru di kawasan yang baru ditakluk dan melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan. Semasa pemerintahannya juga kota Basra dan Kufah dibina.

Saidina Umar juga amat dikenali kerana kehidupannya yang sederhana.

Geografi

Palestin terletak di bagian barat benua Asia yang membentang antara garis lintang meridian 15-34 dan 40-35 ke arah timur, dan antara garis lintang meridian 30-29 dan 15-33 ke arah utara.

Palestin membentuk bahagian tenggara dari kesatuan geografi yang besar di belahan timur dunia Arab yang disebut dengan negeri Syam. Selain Palestin, negeri Syam terdiri dari Lubnan, Syria dan Jordan. Pada awalnya negara-negara ini mempunyai perbatasan yang kolektif di luar perbatasannya dengan Mesir.

Perbatasan Palestin dimulai dengan Lubnan di Ras El-Nakoura di wilayah laut Mediterranian (Laut Tengah) dan dengan garis lurus mengarah ke timur sampai ke daerah di setelah kota kecil Lubnan iaitu kota Bent Jubayel, di mana garis pemisah antara kedua negara ini miring ke utara dengan sudut yang hampir lurus. Pada titik ini, perbatasan berada mengitari mata air sungai Jordan yang menjadi bagian dari Palestin dalam jalan kecil yang membatasinya dari wilayah Timur dengan wilayah Syria dan danau Al Hola, Lout dan Tabariyya.

Perbatasan dengan Jordan dimulai di wilayah selatan danau Tabariyya pada pembuangan sungai Al Yarmouk. Terus sepanjang sungai Jordan. Dari mata air sungai Jordan, perbatasan ini ke arah selatan membelah pertengahan Laut Mati secara geometrikal dan lembah Araba, hingga sampai pada daerah Aqaba.

Perbatasan dengan Mesir dapat digambarkan dengan garis yang hampir membentuk garis lurus yang membelah antara daerah semi-pulau Seena dan padang pasir Al Naqab. Perbatasan ini dimulai di Rafah di Laut Tengah hingga sampai ke daerah Taba di Teluk Aqaba.

Di bahagian Barat, Palestin terletak di sebelah perairan lepas antarabangsa dari Laut Tengah dengan jarak sekitar 250 km dari Ras El-Nakoura di belah selatan hingga Rafah di bahagian selatan.

Kerana lokasinya terletak di pertengahan negara-negara Arab, Palestin membentuk kombinasi geografi yang natural dan humanistik bagi medan daratan yang luas yang memuat kehidupan orang-orang asli Badui di wilayah selatan dan gaya pendudukan yang sudah lama di bagian utara. Tanah Palestin mempunyai keistimewaan dibanding dengan daerah lain kerana merupakan sebahagian dari tempat tinggalnya manusia pertama, tempat diturunkannya semua agama samawi, tempat di mana peradaban kuno muncul, menjadi jambatan aktiviti komersil dan tempat penyusupan ekspedisi ketenteraan di sepanjang era bersejarah yang berbeza. Lokasi strategik yang dinikmati Palestin memungkinkannya untuk faktor penghubung antara berbagai benua bagi dunia kuno Asia, Afrika dan Eropah. Palestin juga menjadi tempat yang dijadikan pintu masuk bagi perjalanan ke tempat-tempat jiran. Ia menjadi jambatan penghubung bagi manusia sejak dahulu kala, sebagaimana ia juga menikmati lokasi sentral yang memikat seluruh orang yang mau bermukim dan hidup dalam kemakmuran. Maka dari itu sangat alami kalau Palestin menjadi pusat bagi kerakusan banyak orang yang ingin berkuasa dan mengeksploitasi keistimewaannya.

Daerah

Palestin dibahagi kepada dua kawasan utama iaitu:

Politik

Negara Palestin merupakan sebuah republik semi-presiden yang ditadbir oleh Pihak Berkuasa Palestin. Ketua negara Palestin sekarang ialah Mahmoud Abbas selaku Presiden Palestin ke-2 selepas Yasser Arafat. Ketua kerajaan Palestin pula ialah de-facto Dr. Salam Fayyad manakala Ismail Haniyeh Perdana Menteri Gaza. Ini membuktikan bahawa Paletin mempunyai 2 perdana menteri.

Majlis Perundangan Palestin

Majlis Perundangan Palestin merupakan badan perundangan Negara Palestin yang mempunyai 132 ahli yang dipilih dari Tebing Barat dan Gaza.

Pilihanraya umum yang terakhir diadakan pada 25 Januari 2006.

Komposisi

Parti Jumlah undian Peratus (%) Jumlah kerusi
Hamas 440,409 44.45 74 (29/45)
Fatah 410,554 41.43 45 (28/17)
Syahid Abu Ali Mustafa 42,101 4.25 3 (3/0)
Alternatif (Al-Badeel)
  • Barisan Demokratik Pembebasan Palestin
  • Parti Rakyat Palestin
  • Kesatuan Demokratik Palestin
  • Bebas
28,973 2.92 2 (2/0)
Palestin Merdeka
  • Inisiatif Kebangsaan Palestin
  • Bebas
26,909 2.72 2 (2/0)
Hala Ketiga 23,862 2.41 2 (2/0)
Calon bebas - - 4 (4/0)
Jumlah 990,873 100 132 (66/66)

Ketua Parlimen Palestin

1. Ketua Parlimen Abdul Salam ibn Muhammad ash-Syafi'i

Menteri Kabinet

Berikut merupakan Menteri Kabinet Palestin yang sah sehingga kini:

1.Presiden Mahmoud Abbas
2.Perdana Menteri I Ismail Haniyeh
3.Perdana Menteri II Dr. Salam Fayyad, beliau juga memegang jawatan Menteri Kesukanan Palestin
4.Timbalan Perdana Menteri Nasseredine al-Shaer, beliau juga memegang jawatan Menteri Pelajaran Palestin
5.Menteri Kewangan Omar Abdulrazek
6.Menteri Hubungan Luar Mahmoud al-Zahhar
7.Menteri dalam Negeri Fathi Hamad
8.Menteri Ekonomi Alandine Al-Aaraj
9.Menteri Penerangan Yussef Rizqa
10.Menteri Keadilan Ahmed Al-Khaldi
11.Menteri Kesihatan Bassem Naim
12.Menteri Kerajaan Tempatan Issa al-Jahari
13.Menteri Kerja Raya Ziad al-Zhazha
14.Menteri Tenaga Buruh Mohammed Barghouthi
15.Menteri Teknologi dan Komunikasi Jamal al-Khodari
16.Menteri Hal Ehwal Tahanan Wasfi Kabha
17.Menteri Kebudayaan Attallah Abu al-Sabeh
18.Menteri Perancangan Samir Abu al-Sabeh
19.Menteri Pelancongan Jawdath Mourqos,beliau beragama kristian
20.Menteri Pengangkutan Abdelrahman Zidane
21.Menteri Pertanian Mohammed al-Agha
22.Menteri Hubungan Sosial Fakhri al-Turkmani
23.Menteri Wanita Mariam Saleh
24.Menteri Agama Nayeb Rajub
25.Menteri Hal Ehwal Baitulmaqdis Khaled Abu Arafeh
26.Menteri Hal Ehwal Pelarian Atef Edwane

Bandar-bandar utama

Bandar-bandar utama
Center Population
Al-Bireh 40,000
Betar Illit 29,355
Bethlehem 30,000
Gush Etzion 40,000
Hebron 120,000
Jericho 25,000
Baitulmuqaddis 400,000
Jenin 47,000
Ma'ale Adummim 33,259
Modi'in Illit 34,514
Nablus 100,000
Qalqilyah 40,000
Ramallah 60,000
Tulkarm 75,000
Yattah 42,000

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "CIA - The World Factbook". Cia.gov. Dicapai pada 2012-11-28.
  2. ^ "CIA - The World Factbook". Cia.gov. Dicapai pada 2012-11-28.
  3. ^ http://www.pcbs.gov.ps/Portals/_pcbs/child/demog.htm
  4. ^ http://en.wikipedia.org/wiki/West_Bank

Pautan Pilihan