Bumiputera di Sabah: Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
||
Baris 15: | Baris 15: | ||
# [[Lundayeh]] |
# [[Lundayeh]] |
||
# [[Kedayan]] |
# [[Kedayan]] |
||
# [[Suku Suluk|Suluk |
# [[Suku Suluk|Suluk]] |
||
# [[Iban Merotai|Iban ''(Iban Merotai)'']] |
# [[Iban Merotai|Iban ''(Iban Merotai)'']] |
||
# [[Binadan]] |
# [[Binadan]] |
Semakan pada 17:00, 29 Oktober 2018
Penduduk Sabah adalah terdiri dari berbagai-bagai kaum dengan latar belakang dan kebudayaan masing-masing. Penduduk aslinya atau lebih dikenali sebagai bumiputera, terdiri daripada sekurang-kurangnya 31 kumpulan dengan menggunakan lebih dari 50 bahasa dan tidak kurang dari 90 dialek. Antara berikut adalah sebahagian daripada kumpulan penduduk asli di Sabah:
- Sungai
- Rungus
- Bajau/Samah
- Kadazandusun
- Melayu Brunei
- Murut
- Orang Sungei
- Iranun
- Bonggi
- Kwijau
- Paitan
- Lun Bawang
- Lundayeh
- Kedayan
- Suluk
- Iban (Iban Merotai)
- Binadan
- Bisaya [1]
- Kokos
- Rumanau
- Lotud
- Minokok
- Tidung
- Rungusĺ
- Kagayan
- Tatana[2]
- Tagaas
- Ubian
- Kimaragang
- Bajau Laut
- Ida'an
- Inokang
- sonsogon
Sebagai tambahan, kaum Cina merupakan kumpulan penduduk bukan asli yang terbesar. Mereka menetap di Sabah sejak abad yang lalu dan mereka merupakan kumpulan yang terbesar selepas kaum Kadazandusun.
Manakala, terdapat juga suku kaum bukan-pribumi Sabah yang boleh menikmati faedah Bumiputera. Ini berdasarkan Perkara 160 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang mendefinisikan "Orang Melayu" seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bertutur bahasa Melayu, menurut adat Melayu dalam kehidupan seharian. Oleh sebab yang demikian, penduduk dari Semenanjung Malaysia, Sarawak adalah dalam lingkungan takrifan ini, lantas dapat menikmati faedah Bumiputera Malaysia, walaupun bukan berasal dari kalangan Pribumi Sabah. Orang Melayu yang bukan rakyat Malaysia tidak termasuk dalam kumpulan ini.
Bahasa rasmi negeri Sabah ialah Bahasa Melayu (seperti negeri lain di Malaysia), namun terdapat bahasa-bahasa lain yang ditutur; seperti Bahasa Kadazan, Bahasa Cina (Bahasa Mandarin, Bahasa Hakka), Tombonuo, Sungai dan lain-lain. Walaupun Bahasa Melayu merupakan bahasa perantaraan utama, Bahasa Melayu Sabah yang digunakan oleh masyarakat Sabah terdapat sedikit perbezaan daripada Bahasa Melayu piawai (Bahasa Melayu Baku).
Bukan Bumiputra di Sabah
Sebahagian lagi kumpulan rakyat Malaysia yang berbangsa lain dikelaskan sebagai Bukan Bumiputera seperti rakyat berbangsa Cina dan berbangsa India.
Lihat Juga
- Orang Asli di Malaysia
- Orang Asli di Negeri Perak
- Orang Asli di Negeri Kelantan
- Orang Asli di Negeri Pahang
- Orang Asli di Negeri Selangor
- Orang Asli di Negeri Terengganu
- Orang Asli di Negeri Johor
- Orang Asli di Negeri Sembilan
- Orang Asli di Negeri Melaka
- Orang Asli di Negeri Pahang
- Bumiputra di Sabah
- Bumiputra di Sarawak