Orang Melayu Brunei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Melayu Brunei)
Lompat ke: pandu arah, cari
Orang Brunei
Brunei
Jumlah populasi
(Anggaran 330,000[1] (anggaran 1999))
Kawasan ramai penduduk
 Brunei
(Seluruh negara Brunei)
 Malaysia
(Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu, Labuan, Lawas, Limbang, Miri, Papar)
Bahasa
Melayu Brunei, Malaysia, Inggeris
Agama
Islam Sunah
Kumpulan etnik yang berkaitan
Demografi Brunei, Melayu

Orang Melayu Brunei[nota 1] (اورڠ ملايو بروني dalam Tulisan Jawi) adalah kumpulan etnik asli yang menetap di seluruh negara Brunei dan di kawasan pantai barat selatan negeri Sabah dan sebelah utara negeri Sarawak.

Asal usul panggilan[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan statistik bancian terdahulu, panggilan "Melayu Brunei" hanya diiktiraf secara rasmi selepas "Bancian Kategori Etnik Brunei 1921", yang mana ianya berbeza dari bancian pada tahun 1906 dan 1911 yang hanya menyatakan "Barunays" (Brunei atau Orang Brunei). Pengubahsuaian berkemungkinan dilakukan berikutan kesedaran masyarakat Brunei berkenaan identiti Melayu mereka.[2]

Keturunan[sunting | sunting sumber]

Hampir separuh daripada penduduk kaum Melayu di Malaysia Timur (kawasan pantai barat selatan negeri Sabah dan sebelah utara negeri Sarawak) adalah etnik atau berketurunan Melayu Brunei dan hampir seluruh penduduk Melayu di selatan negeri Sabah seperti daerah Sipitang, daerah Kuala Penyu, daerah Beaufort dan daerah Papar serta Wilayah Persekutuan Labuan termasuk penduduk Melayu yang menetap di kawasan sebelah utara negeri Sarawak seperti daerah Limbang, daerah kecil Lawas dan bandar raya Miri adalah berketurunan Brunei.

Hubungan dengan Kedayan[sunting | sunting sumber]

Hubungan Orang Melayu Brunei dan Kedayan sentiasa erat. Kedua-dua kumpulan etnik tersebut seperti adik beradik. Ini diperkukuhkan lagi dengan perkahwinan campur di antara Orang Melayu Brunei dan etnik Kedayan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Adrian Clynes. "Occasional Papers in Language Studies, Department of English Language and Applied Linguistics, Universiti Brunei Darussalam, Volume 7 (2001), pp. 11-43. (Brunei Malay: An Overview1)" (PDF). Universiti Brunei Darussalam. Diarkibkan daripada original (PDF) pada 16 October 2013. Dicapai pada 21 August 2013.  line feed character dalam |title= di posisi 83 (bantuan)
  2. ^ B. A. Hussainmiya (2010). "The Malay Identity in Brunei Darussalam and Sri Lanka" (PDF). Universiti Brunei Darussalam. m/s. 67, 68 dan 69/3, 4 dan 5. Dicapai pada 29 Oktober 2014. 

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Melayu Brunei melalui kata lain boleh dikenalpasti dengan negara, kumpulan etnik dan wilayah.

Buku[sunting | sunting sumber]

  1. Laporan banchi pendudok Brunei, 1971 (Bahagian Ekonomi dan Perangkaan, Jabatan Setia Usaha Kerajaan), 1971.
  2. Mohd. Nor bin Long; Perkembangan pelajaran di Sabah (Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia), 1978.
  3. Sabihah Osman, Muhamad Hadi Abdullah, Sabullah Hj. Hakip; Sejarah Brunei menjelang kemerdekaan (Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia), 1955.