Orang Melayu Johor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Orang Melayu Johor
اورڠ ملايو جوهر
Muhyiddin Yassin (51087589446) (cropped).jpg
Джохан бин Джаафар.jpg
Sufian Suhaimi on MeleTOP.jpg
Kawasan ramai penduduk
seluruh Johor, selatan Melaka (daerah Jasin), selatan Negeri Sembilan (daerah Tampin), selatan Pahang (daerah Rompin), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Selangor
Bahasa
Bahasa Malaysia dalam loghat atau dialek seperti Bahasa Banjar, Bahasa Jawa, Bahasa Bugis dan Bahasa Melayu piawai, Inggeris, Arab
Agama
Sunni Islam
Kumpulan etnik berkaitan
Melayu Malaysia

Orang Melayu Johor merupakan antara sub-suku etnik Melayu yang merupakan penduduk di negeri Johor dan juga kawasan-kawasan sempadan seperti selatan Pahang (Daerah Rompin), Daerah Tampin di Negeri Sembilan serta Daerah Jasin di Melaka malah sebilangan besar komuniti penghijrah serta keturunan mereka yang lahir atau membesar di Metropolitan Lembah Klang iaitu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya serta bandar-bandar besar utama di negeri Selangor. Majoriti penduduk negeri Johor dari kalangan orang Melayu Johor terdiri daripada kalangan dari suku Jawa, Banjar dan Bugis.

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Orang Melayu Johor kebanyakannya berasal dari suku Jawa dan Bugis dari Jawa Tengah, Jawa Timur dan juga Sulawesi Selatan, Indonesia, tetapi sebilangan daripada mereka juga berketurunan suku Banjar dari Kalimantan Selatan serta Kalimantan Tengah, Indonesia. Penghijrahan mereka secara beramai-ramai berlaku ketika pemerintahan Sultan Johor Moden pertama, Sultan Abu Bakar ketika pembukaan besar-besaran ladang gambir.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Semasa pemerintahan Sultan Johor Moden pertama, Sultan Abu Bakar, pembukaan banyak ladang-ladang gambir di Johor menyebabkan kepada keperluan untuk mendapatkan tenaga kerja. Baginda telah membuka pintu kepada para penduduk asal Indonesia untuk bekerja dan menetap di Johor. Kebanyakan daripada mereka berasal dari suku Jawa dan Bugis.[3]

Nama etnik[sunting | sunting sumber]

Pada hari ini, kebanyakkan etnik Melayu Johor menggelar diri mereka sebagai Bangsa Johor.[4]

Bahasa[sunting | sunting sumber]

Bahasa Melayu Johor boleh dibahagikan kepada beberapa sub-dialek Bahasa Melayu (piawai), Bahasa Jawa dan Bahasa Bugis[5]

Bahasa Melayu Johor Bahasa Melayu Standard
Pak kal Nasiblah
Semangka Tembikai
Kopek Buka
Taruk Letak
Nengok Tengok
Oter Ubah
Kememeh Suka menangis
Sarap Sarapan
Johor Johor Bahru
Tak semenggah Tak senonoh
Dedor Nak demam
Longgor Longgar
Sokkabor Surat khabar
Kecur Terliur
Terejal Nakal

Adat dan budaya[sunting | sunting sumber]

Sebahagian besar adat serta budaya masyarakat Melayu Johor mempunyai persamaan dengan Melayu Semenanjung Malaysia. Perbezaan utama ialah dialek mereka yang agak berbeza dengan Bahasa Melayu standard. Antara Kebudayaan Melayu Johor ialah:

Tokoh-tokoh Melayu Johor[sunting | sunting sumber]

Perdana Menteri Malaysia ke-8, Muhyiddin Yassin

Rujukan[sunting | sunting sumber]