Orang Melayu Kedah
Kawasan ramai penduduk | |||||
---|---|---|---|---|---|
Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Malaysia), selatan Thailand & selatan Myanmar | |||||
Bahasa | |||||
Bahasa Malaysia dalam loghat atau dialek seperti Bahasa Melayu Kedah, Bahasa Melayu Baling dan Bahasa Malaysia piawai, Thai, Burma, Inggeris | |||||
Agama | |||||
Sunni Islam | |||||
Kumpulan etnik berkaitan | |||||
Melayu Malaysia |
Orang Melayu Kedah merupakan antara masyarakat subetnik Melayu yang terbesar. Rata-rata mereka tinggal di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia. Selain itu, orang Melayu-Kedah juga turut membentuk komuniti di luar negara khususnya di wilayah-wilayah Selatan Thailand dan bahagian selatan wilayah Tanintharyi di selatan Myanmar.
Pengenalan[sunting | sunting sumber]
Suku Melayu Kedah merupakan antara sub-suku Melayu yang terbesar di Malaysia. Mereka merupakan antara penghuni terawal Semenanjung Tanah Melayu[perlu rujukan]. Kumpulan ini membentuk kira-kira 15% Suku Melayu di Malaysia.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Kerajaan Kedah pernah menjadi salah satu kerajaan purba yang terbesar di Nusantara. Kerajaan ini membentang daripada Tanintharyi di selatan Myanmar sehingga ke bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu.Empayar Kedah juga pernah meliputi seluruh bahagian selatan Thailand. Ini menyebabkan sehingga ke hari ini majoriti Melayu Myanmar dan sebahagian Melayu Thailand berketurunan daripada Melayu Kedah[perlu rujukan].
Menurut sumber sejarah, Kerajaan Kedah merupakan salah satu kerajaan yang terkenal oleh pedagang dari Semenanjung Arab. Ini menyebabkan perkahwinan campur antara suku Melayu dengan pedagang Arab. Disebabkan kuatnya pengaruh arab terhadap Bahasa Melayu Kedah, kita boleh menyimpulkan bahawa sebahagian besar daripada Melayu Kedah mempunyai darah campuran Arab. Namun, ini tidak bermakud bahasa setiap Melayu Kedah merupakan keturunan arab. Misalnya, sebagian mereka yang di Pulau Pinang berkemungkinan mempunyai darah India, manakala mereka yang berada berdekatan Thailand mempunyai darah campuran Orang Thai.
Lembah Kedah[sunting | sunting sumber]
Majoriti daripada penduduk Lembah Kedah merupakan berketurunan suku Melayu Kedah. Lembah ini meliputi Phuket, Satun, Krabi, Phang Nga, Trang di Thailand & Tanintharyi di Myanmar serta 3 negara bahagian utara Malaysia (Perlis, Kedah dan Pulau Pinang) dan juga bahagian negeri Perak Utara sehingga ke daerah Manjung dan Pulau Pangkor. . Ia meliputi kawasan berkeluasan kurang lebih 25,908 km persegi.
Nama etnik[sunting | sunting sumber]
Pada hari ini, kebanyakkan etnik Melayu Kedah menggelar diri mereka sebagai Orang Utara berikutan tempat asal mereka di utara Semenanjung Malaysia. Begitu juga bahasa mereka yang dikenali sebagai Bahasa Utara atau loghat utara.
Bahasa[sunting | sunting sumber]
Bahasa Melayu Kedah boleh dibahagikan kepada beberapa sub-dialek, antaranya Kedah Pesisiran (Standard), Kedah Utara, Perlis-Langkawi, Pulau Pinang, Satun dan lain-lain.
Bahasa Melayu Kedah | Bahasa Melayu Standard |
---|---|
Hang | Kamu |
Cek | Saya |
Depa | Mereka |
Hangpa | Kalian |
Kalot | Tergesa-gesa |
Pi | Pergi |
Mai | Datang, Mari |
Awat, Pasepa | Mengapa |
La | Sekarang |
Sat | Sebentar, Sekejap |
Mengkala | Bila, Apabila |
Ketegaq | Degil |
Jom | Ayuh, Mari |
Kot | Mungkin, Barangkali |
GeRek | Basikal |
Adat dan budaya[sunting | sunting sumber]
Sebahagian besar adat serta budaya masyarakat Melayu Kedah mempunyai persamaan dengan Melayu Semenanjung Malaysia. Perbezaan utama ialah dialek mereka yang agak berbeza dengan Bahasa Melayu standard. Antara Kebudayaan Melayu Kedah ialah:
- Seni Tari - Tarian Mek Mulung, Tarian Inai (Kedah Darul Aman), Tarian Canggung (Perlis Indera Kayangan), Tarian Boria (Pulau Pinang Pulau Mutiara)
- Pakaian - Baju Kurung Kedah[pautan mati kekal]
- Seni Muzik - Ghazal Kedah Diarkibkan 2009-04-13 di Wayback Machine
- Seni Teater - Wayang Kulit Gedek
- Senibina - Rumah Kedah Diarkibkan 2010-03-22 di Wayback Machine, Rumah Perlis Diarkibkan 2010-09-04 di Wayback Machine, Rumah Pulau Pinang Diarkibkan 2010-08-21 di Wayback Machine
- Lagenda - Mahsuri, Raja Bersiong
- Seni mempertahankan diri - Silat Cekak Diarkibkan 2010-06-04 di Wayback Machine
Tokoh-tokoh Melayu Kedah[sunting | sunting sumber]
- Sultan Abdul Halim Muadzam Shah - Sultan yang memerintah Negeri Kedah dari 1958 hingga 2017.
- Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj - Perdana Menteri Malaysia Pertama, Bapa Kemerdekaan Malaysia, Keluarga diraja Kedah
- Tun Dr Mahathir bin Mohamad - Pertana Menteri Malaysia Keempat
- Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi - Perdana Menteri Malaysia Kelima
- Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Bekas Naib Perdana Menteri Malaysia
- P. Ramlee - Seniman Malaysia
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- Asmah Haji Omar (2008). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
- (Inggeris) Dato’ James F. Augustin (1996) Bygone Kedah. Alor Setar: Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman
- Intisari Kebudayaan Melayu Kedah (1986). Alor Setar: Majlis Kebudayaan Negeri Kedah.