Laksamana Upin & Ipin: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
CTMakerbot (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Teg: Suntingan sumber 2017
Baris 9: Baris 9:
}}
}}


'''''Laksamana Upin & Ipin''''' ialah filem animasi kedua yang diterbitkan oleh syarikat animasi [[Malaysia]], [[Les' Copaque Production]], dibintangi oleh dua watak animasi tempatan terulung di negara, iaitu [[Upin & Ipin]] yang sebelum ini merupakan watak pembantu dalam filem ''[[Geng: Pengembaraan Bermula]]''. Filem ini dikatakan merupakan susulan kepada episod-episod "Kembara di Pulau Harta Karun" dalam siri TV ''Upin & Ipin'', di mana Upin dan Ipin direka semula sebagai wira bernama Hang Upin dan Hang Ipin dalam pengembaraan di pulau harta karun bersama kawan-kawan Upin & Ipin yang 'berlakon' sebagai lanun, nelayan, orang asli dan sebagainya.
'''''Laksamana Upin & Ipin''''' ialah filem animasi kedua yang diterbitkan oleh syarikat animasi [[Malaysia]], [[Les' Copaque Production]], dalam siri ''[[Upin & Ipin]]'' selepas filem ''[[Geng: Pengembaraan Bermula]]''. Filem ini dikatakan merupakan susulan kepada episod-episod "Kembara di Pulau Harta Karun" dalam siri TV ''Upin & Ipin'' di mana Upin dan Ipin direka semula sebagai wira bernama Hang Upin dan Hang Ipin dalam pengembaraan di pulau harta karun bersama kawan-kawan Upin & Ipin yang berlakon sebagai lanun, nelayan, orang asli dan sebagainya.


Filem ini dijangka keluar pada tahun 2012.
Filem ini diterbitkan pada tahun 2012.


==Am==
==Am==

Semakan pada 17:21, 14 Disember 2019

Laksamana Upin & Ipin
PengarahMuhammad Usamah Zaid Yasin[1]
Dihasilkan olehBurhanuddin Md Radzi
Negara Malaysia

Laksamana Upin & Ipin ialah filem animasi kedua yang diterbitkan oleh syarikat animasi Malaysia, Les' Copaque Production, dalam siri Upin & Ipin selepas filem Geng: Pengembaraan Bermula. Filem ini dikatakan merupakan susulan kepada episod-episod "Kembara di Pulau Harta Karun" dalam siri TV Upin & Ipin di mana Upin dan Ipin direka semula sebagai wira bernama Hang Upin dan Hang Ipin dalam pengembaraan di pulau harta karun bersama kawan-kawan Upin & Ipin yang berlakon sebagai lanun, nelayan, orang asli dan sebagainya.

Filem ini diterbitkan pada tahun 2012.

Am

Pengumuman filem Laksamana Upin & ipin mula-mula dibuat di sebuah sidang media pada 27 Mei 2010[1]. Setahun sebelumnya, projek filem Upin & Ipin: Angkasa yang bertema penerokaan angkasa lepas diperkenalkan kepada umum, tetapi akhirnya dibatalkan dan diganti dengan projek Laksamana. Menurut penerbitnya, Burhanuddin Md Radzi, pihaknya tidak dapat meneruskan projek Angkasa kerana dirasakan tidak dapat memenuhi citarasa penonton di Indonesia, gara-gara "jalan ceritanya mungkin terlalu moden dan tidak sesuai dengan budaya di Indonesia".[1]

Filem ini juga dijanjikan akan muncul dalam format filem 3D yang diterbitkan dengan kaedah teknologi stereoskopik seperti yang diamalkan untuk filem Avatar.[2] Seramai 70 orang tenaga produksi tempatan di bawah arahan pengarah Muhammad Usamah Zaid Yasin akan memulakan projek filem itu pada Ogos ini.[2]

Rujukan