Pergi ke kandungan

Noraini Idris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yg Berbahagia Datuk
Noraini Idris
PGDK, JP (Sabah), ASDK
Ahli Dewan Negara Malaysia
Dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Sabah
Dalam jawatan
10 Disember 2021 – 9 Disember 2024
Berkhidmat with Bobbey Ah Fang Suan
PenggalPertama
Didahului olehDonald Peter Mojuntin
Digantikan olehEdward Linggu
Ketua Wanita UMNO Sabah
Menyandang jawatan
2023
PresidenAhmad Zahid Hamidi
Ketua Wanita UMNO PusatNoraini Ahmad
Didahului olehJainab Ahmad Ayid
Maklumat peribadi
Lahir
Noraini Binti Idris

1969 (umur 55–56)
Penampang, Sabah
Parti politik UMNO
PekerjaanAhli Politik
Bidang pengkhususanPeguam

Datuk Noraini Idris (lahir 1969) adalah ahli politik wanita Malaysia. Beliau merupakan mantan Ahli Dewan Negara (Senator) mewakili Dewan Undangan Negeri Sabah selama sepenggal (2021-2024). Beliau juga merupakan mantan Setiausaha Politik kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Yakubah Khan.[1] Di peringkat parti beliau ialah Ketua Wanita UMNO Sabah dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Penampang sehingga kini.

Noraini memulakan kerjaya di bidang perundangan apabila diterima masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak pada tahun 1994. Beliau berpengalaman selama lebih 30 tahun dari tahun 1994 sehingga kini sebagai Peguambela dan Peguamcara. Selain daripada itu, beliau mempunyai firma guaman sendiri, Alamin Idris & Associates.

Mula berkecimpung dalam dunia politik apabila menyertai parti UMNO Sabah pada tahun 2001. Beliau merupakan antara pemimpin terawal dalam Puteri UMNO Sabah apabila Puteri Umno mula ditubuhkan di negeri Sabah di mana dia dilantik sebagai Setiausaha. Dia kemudiannya dilantik sebagai Ketua Puteri UMNO bahagian Penampang. Pada tahun 2004 dia telah terpilih sebagai Exco Puteri UMNO Malaysia.

Noraini kemudiannya terpilih sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Penampang pada tahun 2013 dan dilantik sebagai Ketua Penerangan Wanita UMNO Negeri Sabah pada tahun 2019.[2]

Pada November 2020 dia telah dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Sains Teknologi dan Innovasi Sabah. Kemudian pada 9 Disember 2021, beliau telah dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Sabah untuk menjadi Ahli Dewan Negara Malaysia.[3]

Penghargaan

[sunting | sunting sumber]

 Sabah

- JP - Justice Of Peace (2009) Sabah