Pergi ke kandungan

Hussin Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hussin Ismail
Ahli Dewan Negara
Lantikan Dewan Undangan Negeri Terengganu
Dalam jawatan
15 Mac 2023 – 14 Mac 2026
PenggalPertama
Maklumat peribadi
Lahir (1955-05-10) 10 Mei 1955 (umur 71)
Marang, Terengganu Terengganu
KewarganegaraanMalaysia Malaysia
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganRosemunainah Noor Asmuni
Anak9

Tuan Haji Hussin Ismail ialah seorang aktivis kemanusiaan di Malaysia kelahiran Terengganu. Beliau telah mengasaskan Unit Amal PAS pada tahun 1988[1]. Beliau merupakan pengasas dan Presiden Yayasan Amal Malaysia sejak ditubuhkan pada 2001. Beliau turut mengasaskan rangkaian sekolah tahfiz, Akademi Al-Quran Amalillah pada 2017. Beliau telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Terengganu pada 2020[2]. Beliau juga merupakan Pengerusi Tetap Muktamar Tahunan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sejak 2015[3].

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Hussin Ismail dilahirkan pada 10 Mei 1955 di Marang, Terengganu. Beliau mendirikan rumahtangga dengan Rosemunainah Noor Asmuni, dan dikurniakan sembilan anak dan kesemua mereka adalah penghafaz al-Quran[2][4].

Beliau mendapat pengajian menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, Kuala Terengganu selama tiga tahun (1968-1970). Selepas menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), dia melanjutkan persekolahan ke tingkatan empat di Sekolah Menengah Alam Shah, Cheras sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat universiti[5].

Beliau memulakan kerjaya awal sebagai guru sains di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan di Kuala Berang, Hulu Terengganu, kemudian meneruskan kerjayanya dalam bidang korporat[6].

Kemanusiaan

[sunting | sunting sumber]

Beliau telah terlibat dalam pertubuhan bukan kerajaan sejak 1973 dan telah mengetuai pelbagai program-program di peringkat antarabangsa antaranya misi dakwah bukan Islam di rantau Afrika dan pembangunan semula Marawi di selatan Filipina[6]. Di peringkat antarabangsa, beliau turut menjadi Presiden Persekutuan Antarabangsa bagi Bantuan dan Pembangunan (IFRD), sebuah badan yang dibentuk oleh pertubuhan kemanusiaan dari 10 buah negara[7].

Penghargaan

[sunting | sunting sumber]
  • Terengganu :
    • Setia Sultan Mizan Zainal Abidin of Terengganu (SMZ) (2025)[8]
  1. ^ Izwan (2023-02-16). "32 tahun Jabatan Amal Malaysia: Cetusan sejarah penubuhan". Harakahdaily (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-05-14.
  2. ^ a b Rahayu Mustafa (20 Ogos 2020). "Presiden Yayasan Amal Malaysia penerima Tokoh Maal Hijrah Terengganu". Sinar Harian. Dicapai pada 20 November 2021.
  3. ^ Bernama (Mei 20, 2015). "Senarai calon bertanding pemilihan PAS 2015-2017". Astro Awani. Dicapai pada 20 November 2021.
  4. ^ Helmy Abd Rahman (September 20, 2019). "9 anak jadi hafiz". Harian Metro. Dicapai pada 20 November 2021.
  5. ^ Zaid Salim (Ogos 20, 2020). "Dua tokoh bertemu semula selepas 50 tahun". Harian Metro. Dicapai pada 20 November 2021.
  6. ^ a b Rosalinda Md Said (20 Ogos 2020). "Presiden Yayasan Amal Malaysia, Tokoh Maal Hijrah Terengganu". Utusan Malaysia. Dicapai pada 20 November 2021.
  7. ^ "Terengganu Tuan Rumah Bincang Kesengsaraan Marawi". TRDI. 18 Julai 2019. Dicapai pada 20 November 2021.
  8. ^ "HEBAHAN PENGURNIAAN BINTANG-BINTANG DARJAH KEBESARAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN TAHUN 2025 SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KEENAM PULUH TIGA HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN TERENGGANU" (PDF). sukpengurusan.terengganu.gov.my.