Husain Awang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berhormat Senator Tuan Guru Dato' Haji

Husain Awang

DPMT (Terengganu)
Ahli Dewan Negara
Dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu
Memegang jawatan
15 September 2021
Berkhidmat dengan Nuridah Mohd Salleh
Dalam jawatan
17 Julai 2018 – 16 Julai 2021
Berkhidmat dengan Nuridah Mohd Salleh
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
Memegang jawatan
2017
Didahului olehSatiful Bahari Mamat
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu
Dalam jawatan
1999 – 2004
Didahului olehDato' Haji Abdul Rahman bin Mohd
Digantikan olehDato' Haji Che Mat bin Jusoh
Butiran peribadi
Lahir (1946-08-10) 10 Ogos 1946 (umur 77)
Besut, Terengganu
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
Sekutu gabungan
politik lain
(2020-Kini)
KediamanTerengganu Terengganu
PekerjaanAhli politik, Pendakwah

Yang Berhormat Senator Tuan Guru Dato' Haji Husain Awang adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Husain merupakan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu dari 1999 hingga 2004[1] dan merupakan Ahli Majlis Syura Ulama PAS serta Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat yang dilantik sejak 2013 sehingga sekarang.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Besut Terengganu pada 10 Ogos 1946 dan mempunyai 10 orang cahaya mata dari seorang isteri, To' Puan Hajjah Meliah Muhammad. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Padang Luas, Jerteh Besut dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama (Atas)  Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu[2]. Kemudian beliau memperoleh ijazah pertama dari Universiti Islam Madinah, Arab Saudi dan pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Kuala Terengganu dan Kolej Islam Kelang[2].

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Kerusi yang ditandingi Husain Awang
Tahun Kawasan Individu Undian Lawan Undian Peratus Mengundi Majoriti
1986 DUN Hulu Besut, Terengganu Husain Awang (PAS) 2,701 Ahmad @ Daud Abu Bakar (BN-UMNO) 3,412 83.14% 711
1990 DUN Kuala Besut, Terengganu Husain Awang (PAS) 3,502 Dato' Wan Zakaria Wan Abd Rahman (BN-UMNO) 3,704 82.96% 202
1995 Parlimen Setiu Husain Awang (PAS) 13,155 Tengku Mahmud Mansur (BN-UMNO) 17,963 82.79% 4,808
2008 Parlimen Besut Husain Awang (PAS) 18,786 Abdullah Md Zin (BN-UMNO) 29,376 84.49% 10,590

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

  •  Terengganu
    • Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) - Dato' - 2002

Rujukan[sunting | sunting sumber]