Mohamad Fatmi Che Salleh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Muhammad Fahmi Che Salleh)
Senator Tan Sri Dato' Haji

Mohamad Fatmi Che Salleh

PSM; DJMK (Kelantan); DMSM (Melaka)
Ahli Dewan Negara Malaysia
Memegang jawatan
25 April 2022
RajaAl-Sultan Abdullah
Butiran peribadi
LahirMohamad Fatmi bin Che Salleh
(1957-04-12) 12 April 1957 (umur 66)
Kota Bharu, Kelantan, Malaya
Parti politik UMNO
PasanganPuan Sri Hajah Norsiah binti Haji Musa
Anak-anak6 (termasuk Fikhran Hamshi)
KediamanKota Bharu, Kelantan, Malaysia
PekerjaanAhli politik

YB Senator Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh adalah salah seorang pegawai yang paling lama berkhidmat sebagai Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Malaysia kepada Mohd Najib Abdul Razak[1][2].

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Mohamad Fatmi mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Ismail (1), Kota Bharu dan pendidikan menengah di Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat dan mendapat ijazah Sarjana Muda Sains Pemasaran dari Southern Illinois University, Carbondale, Illinois, dan kemudian melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dengan Master of Business Administration (MBA) Finance dari Tulane University, New Orleans, Louisiana pada tahun 1981.

Berketurunan peranakan Cina-Melayu[sunting | sunting sumber]

Fatmi datang dari keturunan Cina Islam. Moyang beliau (Abdul Halim) datang dari China dan diterima oleh Sultan Kelantan .Kemudian Moyang beliau telah dihantar ke Mekah untuk belajar agama Islam dan kembali sebagai seorang ulama agama. Beliau diterima baik di kalangan masyarakat Cina dan Melayu di Kelantan kerana persona dan kesopanan beliau.[3].

UMNO Bahagian Kota Bharu[sunting | sunting sumber]

Mohamad Fatmi telah dipilih sebagai Ketua UMNO yang baru bagi Bahagian Kota Bharu. Sebelum ini, jawatan tersebut dipegang oleh seorang Ahli Politik terkenal dan juga bekas ahli UMNO, Menteri Undang-Undang dan bekas ahli Pakatan Rakyat, Datuk Seri Zaid Ibrahim.[4].

Mengiringi Sultan Kelantan[sunting | sunting sumber]

Mohammed Fatmi adalah salah seorang yang mengiringi rombongan Sultan Kelantan semasa ziarah Sultan ke Tanah Suci Mekah dari 10 November 2010 hingga 23 November 2010. Antara lain dalam rombongan itu Menteri Besar Kelantan Datuk Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dan Menteri Perdagangan Antarabangsa Persekutuan dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed.

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Mohamad Fatmi telah dianugerahkan gelaran Datuk selepas menerima Darjah Mulia Seri Melaka daripada Yang di-Pertua Negeri Melaka pada tahun 1994. Beliau juga menerima Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) yang membawa gelaran Dato' daripada Sultan Kelantan pada tahun 2006 dan Darjah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri daripada Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2016.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]