Orang Melayu Indonesia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Melayu Indonesia
ملايو ايندونيسيا
Sepasang pengantin memakai pakaian kahwin adat Melayu Deli di Istana Maimun, Medan, Sumatra Utara, Indonesia
Jumlah penduduk
8,753,791 (2010)[1][a]
Kawasan ramai penduduk
 Indonesia:
Sumatra Selatan3,139,000
Riau2,880,240
Kalimantan Barat1,259,890[3]
Bangka-Belitung936,000
Jambi914,660
Kepulauan Riau600,108
Sumatra Utara582,100
Lampung269,240
Jakarta165,039
Bengkulu125,120
Kalimantan Tengah87,222
Bahasa
Melayu, Indonesia
Agama
Islam (Sunni) 98,77%, Kristian (Protestan dan Katholik) 0,98%, Lainnya 0,25%
Kumpulan etnik berkaitan
Melayu Singapura, Melayu Malaysia, Melayu Brunei, Melayu Thai, Melayu Cocos

Orang Melayu Indonesia (Tulisan Jawi: ملايو ايندونيسيا) ialah suku Melayu yang tinggal di Indonesia, sebagai salah satu suku bangsa asli negara Indonesia. Ada beberapa bilangan kerajaan Melayu di Indonesia yang meliputi pesisir timur pulau Sumatera dan pesisir Kalimantan, yang mana sesetengahnya yang terkenal ialah Srivijaya, Kerajaan Melayu, Kesultanan Jambi, Kesultanan Deli, Kesultanan Riau-Lingga dan Kesultanan Sambas.

Walaupun ia kerap dikata bahawa konsep Kemelayuan di Indonesia berbeza dengan yang terdapat di Malaysia, iaitu Melayu itu adalah semua penduduk yang tinggal di Asia Tenggara Maritim dan bukan hanya suku atau bangsa, itu adalah satu kesalahfahaman, kerana Orang Melayu telah mengamalkan asimilasi budaya (Melayuisasi atau "masuk Melayu") sejak dulu lagi. Menurut itu, pengiktirafan bangsa-bangsa Islam di Nusantara sebagai orang Melayu bukan secara langsung, dan untuk seorang dari bangsa lain (seperti Jawa, Bugis, atau Minangkabau) yang beragama Islam dikenali sebagai orang Melayu, dia perlulah tinggal bersempena orang Melayu, mengamalkan adat bangsanya dan bertuturan dalam bahasa Melayu.

Kekeliruan ini didatangi oleh kerana Johann Friedrich Blumenbach telah menggelarkan semua suku-suku rumpun Austronesia sebagai "kaum Melayu"(Malay race) hanya atas sebab bahasa Melayu adalah lingua franca yang digunakan di perantauan Nusantara pada masa itu, dan bukan berdasarkan apa-apa konsep Kemelayuan dalam kebudayaan Melayu. Sebenarnya, tiada apa-apa pun dalam perpandangan kebudayaan Melayu yang menganggap Melayu itu sebagai rumpun bangsa-bangsa lain yang mendiami seluruh Asia Tenggara Maritim. Kerajaan Malaysia melaksanakan pengamalan masuk Melayu secara rasmi, maka setiap orang Pribumi Nusantara beragama Islam yang menjadi warga Malaysia akan diiktiraf sebagai orang Melayu (pada orang luar, ini boleh dianggap sebagai pengiktirafan semua umat Islam di Nusantara adalah Melayu berdasarkan teori Blumenbach). Sebaliknya, Indonesia tidak melakukan benda yang sama, tetapi walaupun begitu, ia masih diamalkan secara tidak rasmi oleh komuniti-komuniti Melayu di sana; jikalah orang yang bukan Melayu hidup bersama orang Melayu sehingga menganuti budaya dan gaya hidup di sekelilingnya, dia juga akan dianggap sebagai orang Melayu oleh komunitinya. Kerana itu, terdapat beberapa suku Melayu di Indonesia yang walaupun bangsa asalnya bukan Melayu, mereka tetap Melayu oleh kerana mereka telah diasimilasi oleh masyarakat Melayu yang mempengaruhi gaya hidup mereka, dan juga kerana mereka sendiri menganggap dirinya sebagai Melayu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sumatera[sunting | sunting sumber]

Terdapat banyak kerajaan Melayu yang terdapat di pulau Sumatera: iaitu Kerajaan Melayu, Kerajaan Adat Kepaksian Pernong Sekala Brak, Sriwijaya, Kerajaan Deli, Kerajaan Jambi, Kerajaan Siak Sri Indrapura dan Kerajaan Riau-Lingga.

Kalimantan[sunting | sunting sumber]

Dalam Pontianak incidents semasa pendudukan Jepun di Hindia Timur Belanda, tentera Jepun membunuh kebanyakan golongan elit Melayu dan memancung kepala semua sultan Melayu di Kalimantan.

Semasa kejatuhan Suharto, ada kebangkitan dalam kebangsaan dan pengenalan Melayu di Kalimantan dan orang Melayu dan Dayak di Sambas membunuh Madura beramai-ramai semasa rusuhan Sambas.

Perihalan kaum Melayu di Indonesia[sunting | sunting sumber]

Golongan Melayu Muslim di Indonesia mengikut banci tahun 2000 terdiri daripada:

Suku Melayu Sumatera[sunting | sunting sumber]

Suku Melayu Kalimantan[sunting | sunting sumber]

  • Melayu Pontianak (muslim)
  • Melayu Sambas (muslim)
  • Melayu Bengkayang (muslim)
  • Melayu Kapuas Hulu (muslim)
  • Melayu Kayong Utara (muslim)
  • Melayu Ketapang (muslim)
  • Melayu Kubu Raya (muslim)
  • Melayu Landak (muslim)
  • Melayu Melawi (muslim)
  • Melayu Mempawah (muslim)
  • Melayu Sanggau (muslim)
  • Melayu Sekadau (muslim)
  • Melayu Sintang (muslim)
  • Melayu Singkawang (muslim)
  • Melayu Kotawaringin (muslim)
  • Suku Berau (muslim)
  • Suku Bulungan (muslim)
  • Suku Suluk (muslim)

Orang Melayu Indonesia yang terkenal[sunting | sunting sumber]

Sastera[sunting | sunting sumber]

Kerabat diraja[sunting | sunting sumber]

Putera Melayu dari Rumah Diraja Deli, Langkat dan Serdang Sumatera Timur (sekarang Sumatera Utara)

Politik[sunting | sunting sumber]

Hiburan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Angka ini berdasarkan pengelasan etnik yang dikemukakan dalam Ananta et al. 2015, yang memasukkan angka bagi setiap kelompok dengan "Melayu" pada nama mereka serta orang-orang Jambi, Bengkulu, Serawai, Semendo, tetapi mengecualikan angka bagi orang-orang Palembang, Bangka, dan Belitung.[2]

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ananta dll. 2015, m/s. 119.
  2. ^ Ananta dll. 2015, m/s. 35–36, 42–43.
  3. ^ "Propinsi Kalimantan Barat - Dayakologi". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-05. Dicapai pada 2012-09-07.
  4. ^ Tedjasukmana, Jason (25 Jun 2010). "Sex Video Scandal and Indonesia's Porn Obsession". TIME magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-07. Dicapai pada 25 Jun 2010. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.