Orang Aceh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Suku Aceh)
Jump to navigation Jump to search
Orang Aceh اورڠ اچيه
COLLECTIE TROPENMUSEUM Groepsportret met Teuku Umar en gevolg TMnr 10001809.jpg
Jumlah populasi
(4.2 - 4.4 juta)
Kawasan ramai penduduk
Aceh, Indonesia, Malaysia, Amerika Syarikat, Singapura, Eropah, Australia, Paraguay
Bahasa
bahasa Aceh, bahasa Indonesia dan bahasa Melayu
Agama
Islam Sunni
Kumpulan etnik yang berkaitan
suku Gayo, suku Melayu dan Orang Cham

Orang Aceh ialah nama sebuah kaum yang berasal daripada hujung utara Pulau Sumatra iaitu provinsi Aceh, Indonesia. Mereka beragama Islam, Orang Aceh mempunyai beberapa nama lain seperti Lam Muri, Lambri, Akhir, Achin, Asji, A-tse dan Atse. Bahasa asal yang dipertuturkan oleh mereka adalah Bahasa Aceh, bahasa ini memiliki hubungan dengan Rumpun Bahasa Melayu-Polenesia Barat, Seperti Bahasa Cham, iaitu suatu bahasa yang dipertuturkan oleh masyarakat Melayu Cham di Kemboja dan Vietnam.

Orang Aceh sebenarnya adalah keturunan dari berbagai suku, kaum, dan bangsa yang menetap di tanah Aceh. Pengikatan perpaduan budaya tribal Aceh terutama dalam bahasa Aceh, agama dan kebiasaan.

Mengikut anggaran Biro Pusat Perangkaan Kerajaan Indonesia tahun 2010, bilangan suku Aceh mencapai 3,526,000 yang kebanyakannya tinggal di Provinsi Aceh, Indonesia. Sebagai tambahan kepada Indonesia, terdapat juga sejumlah besar minoriti diaspora Aceh di Malaysia[1], Australia [2][3], Singapura [4], Jerman [5], Kanada [6][7], Amerika Syarikat [8], Eropah, Arab Saudi[9], Paraguay[10] dan negara-negara Skandinavia [11][12].

Orang Aceh pada zaman pra-modern hidup dengan matrilok dan komuniti. Mereka tinggal di penempatan yang dipanggil gampong. Perikatan gampong terbentuk mukim. Masa keemasan budaya Aceh dimulai pada abad ke-16, bersama dengan kejayaan Kesultanan Aceh Darussalam, dan kemudian mencapai puncaknya pada abad ke-17. Orang Aceh biasanya dikenali sebagai pemegang amanah ajaran Islam, dan juga sebagai pejuang militan terhadap penaklukan penjajah Portugis dan Belanda.

Tokoh-tokoh terkemuka berketurunan Aceh[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]