Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Schnauzer besarFail:Schnauzer-giant.jpg Seekor schnauzer besar yang bulunya dijaga untuk persembahan.
Nama lain Schnauzer München,[1] anjing München,[1] schnauzer beruang Rusia[2] Negara asal Jerman Trait Berat
35–47 kg (77–104 lb)[3] Tinggi
Jantan
65–70 cm (25.5–27.5 in)[4]
Betina
60–65 cm (23.5–25.5 in)[4] Bulu
Padat, berdawai Warna
Hitam atau "lada dan garam" Saiz perinduk
5–8 ekor[5] Jangka hayat
10–12 tahun[6]
Anjing (Canis lupus familiaris )
Schnauzer besar (Jerman : Riesenschnauzer ; Inggeris : giant schnauzer ) ialah satu baka anjing pekerja yang dikembangkan pada abad ke-17 di Jerman . Ia merupakan yang terbaik daripada tiga baka schnauzer —selebih dua merupakan schnauzer piawai dan schnauzer kecil . Banyak baka digunakan dalam pengembangannya, termasuk anjing Denmark besar hitam, anjing lembu Flandre , dan pincer Jerman . Pada asalnya dibiakbakakan untuk membantu di ladang dengan menggiring haiwan ternakan ke pasar dan menjada harta milik peladang, baka ini akhirnya berpindah ke kota, tempat ia bekerja menjaga kilang bir , kedai penyembelih , kandang dan kilang. Ia tidak dikenali di luar Bavaria sehingga ia menjadi popular sebagai anjing ketenteraan pada Perang Dunia I dan Perang Dunia II .
Ia mempunyai bulu kasar padat yang melindunginya daripada cuaca dan daripada haiwan perosak. Schnauzer besar terdapat dalam dua corak warna: Hitam pejal dan warna yang dikenali sebagai lada dan garam , dengan jejalur berselingan bulu putih dan hitam, kelihatan bulu kelabu dari jauh. Di tempat yang membenarkannya, ia ditunjukkan dengan telinga dan ekor terpotong . Seperti schnauzer lain, ia mempunyai janggut dan bulu kening tersendiri. Kini, schnauzer besar menyertai banyak sukan anjing , termasuk schutzhund . Ia juga digunakan sebagai anjing polis.
^ a b Stahlkuppe, Joe; Earle-Bridges, Michele (1 Mac 2002). Giant Schnauzers: Everything About Purchase, Care, Nutrition, Training, and Wellness . Hauppauge, New York: Barron's Educational Series. m/s. 5–11. ISBN 0-7641-1884-6 . OCLC 47289437 .
^ Rice, Dan (1 Mac 2001). Big Dog Breeds . Hauppauge, New York: Barron's Educational Series. m/s. 166–167. ISBN 0-7641-1649-5 . OCLC 44860848 .
^ "FCI-Standard № 181 – Giant Schnauzer (Riesenschnauzer)" (pdf) . Persekutuan Kinologi Antarabangsa . 18 April 2007. Dicapai pada 28 Julai 2016 .
^ a b "Giant Schnauzer" . AKC Meet The Breeds . American Kennel Club. Dicapai pada 3 Februari 2013 .
^ Kern, Kerry V.; Vriends, Matthew M. (1988). The New Terrier Handbook: Everything about Purchase, Care, Nutrition, Breeding, Behavior, and Training . New York: Barron's Educational Series. m/s. 115. ISBN 0-8120-3951-3 . OCLC 17508196 .
^ Welton, Michele (15 Oktober 2000). Your Purebred Puppy, Second Edition: A Buyer's Guide, Completely Revised and Updated . Neptune City, New Jersey: Macmillan. m/s. 137. ISBN 0-7938-3094-X . OCLC 50295276 .