Teh jagung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Teh jagung
Nama Korea
Hangul옥수수차
Hanja옥수수
Perumian Semakanoksusu cha
McCune–Reischaueroksusu ch'a
Oksusu-cha

Teh jagung (옥수수차 oksusu-cha) adalah teh herba Korea tradisional yang diperbuat daripada jagung panggang yang direbus. Teh ini tidak mengandungi Camellia sinensis, iaitu daun teh.

Untuk menyiapkan oksusu cha, biji jagung yang benar-benar kering dibakar sehingga berubah perang keemasan atau perang. Jagung bakar itu direbus dengan air mendidih sehingga warna minuman itu berubah menjadi kuning pucat. Teh tersebut kemudian ditapis dan jagung itu dibuang. Walaupun secara aslinya minuman ini berasa manis, gula boleh ditambah ke dalam oksusu cha jika tambahan rasa manis dikehendaki.

Jenis jagung paling sering digunakan adalah Gang-naeng-i (강냉이), yang biasanya tumbuh di daerah Gangneung, sebuah bandar di Gangwon-do, Korea Selatan sehingga minuman ini popular di wilayah itu. Teh jagung sangat mudah untuk disediakan dari awal dengan memanggang biji jagung segar dalam oven, kemudian direbus atau direndam dalam air mendidih selama beberapa minit. Minuman ini juga boleh didapati dalam teh uncang siap.

Oksusu cha sering digabungkan dengan bori cha (teh barli bakar), kerana kemanisan jagung mengurangkan sedikit pahit barli itu.

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]