Tteokbokki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tteokbokki
Tteokbokki.JPG
Nama alternatifDdeokbokki
Jenis sajianSnek
Tempat asalKorea
Bahan utamaTteok, gochujang, kek ikan
di Wikibuku Buku Masakan: Tteokbokki  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Tteokbokki
Tteokbokki
Hangul떡볶이
Perumian SemakanTteokbokki
McCune–ReischauerTtŏkpokki

Tteokbokki (떡볶이; juga diketahui sebagai teokbokki, ddeokbokki, topokki, dan dukboki)[1][2] ialah makanan snek Korea yang popular daripada kek beras yang lembut, kek ikan dan sos cili merah yang manis.[3] Makanan ini amat mudah didapati daripada gerai tepian jalan atau pojangmacha. Asalnya ia dikenali sebagai tteok jjim (떡찜) dan merupakan hidangan hirisan kek beras, daging, telur dan perisa.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tteokbokki ialah makanan jalanan tradisional Korea yang boleh dibeli dari gerai jalanan juga dipanggil “pojangmacha” dalam bahasa Korea. Sejarah tteokbokki membawa kepada lewat Dinasti Joseon. Terdapat banyak tekaan dan kontroversi tentang asal usul sebenarnya. Menurut data bibliografi, teokbokki pertama dalam sejarah Korea dikatakan muncul dalam buku masakan bernama “시의정서 (Siui jeongseo)” ditulis ketika lewat zaman Dinasti Joseon. Walau bagaimanapun, berdasarkan fakta yang tteok (bahan utamanya, juga dikenali sebagai kek beras) diperkenalkan sebelum zaman Tiga Kerajaan, adalah mungkin untuk diandaikan yang sejarahnya adalah lebih lama daripada apa yang dijangka. Tteokbokki turut dijumpai dalam rekod perubatan: buku yang diberi nama “신뇨찬요 (Shingnyo chanyo)” ditulis oleh Jeon Sunui, pegawai perubatan pada zaman Dinasti Joseon (1460). Tujuan buku ini ditulis adalah untuk merawat pesakit melalui makanan dan tteokbokki adalah sebahagian daripadanya.

Tteokbokki juga adalah sebahagian daripada juadah santapan diraja Korea pada zaman Dinasti Joseon. Sementara tteokbokki versi moden adalah kemerahan dan pedas, versi asalnya adalah perang dan rasa biasa. Ia dikenali sebagai "궁중 떡볶이 (gungjung tteokbokki)", Tteokbokki Istana. Seperti namanya, gunjeon tteokbokki adalah contoh makanan mewah Korea. Ia terdiri daripada gabungan tteok, daging, sayuran dan pelbagai jenis bahan perasa. Selepas gochujang (pes pedas Korea yang diperbuat daripada cili) diperkenalkan akibat pengaruh Jepun pada zaman Joseon, tteokbokki menjadi merah dan pedas. Adalah dipercayai yang peralihan utama daripada tteokbokki biasa kepada pedas berlaku sekitar 1950-an selepas kemerdekaan Korea. Pada masa kini, kebanyakan tteokbokki dijual yang di gerai adalah merah dan pedas.

Tteokbokki, kini, sering dianggap sebagai hidangan jalanan yang boleh didapati di gerai tepian jalan (pojangmacha) dan bar snek kecil. Kebelakangan ini, walau bagaimanapun, terdapat usaha menjadikan tteokbokki daripada hidangan jalanan kepada francais makanan. Ini disebabkan permintaan makanan tersebut secara berterusan di kalangan penduduk Korea. Tteokbokki kini dianggap oleh sesetengah orang mempunyai potensi besar untuk dijadikan perniagaan besar. Maka, banyak restoran rantaian dan pelbagai jenama yang menjual tteokbokki hmuncul sejak 2009. Tambahan pula, terdapat usaha untuk menjadikan tteokbokki dikenali seluruh dunia di pasar raya makanan antarabangsa. Kerajaan Korean telah mewujudkan makmal tteokbokki pada 2009 dalam usaha mengglobalkan makanan tersebut dan menyediakan sokongan teknikal untuk pemantapannya. Setiap tahun, lebih kurang satu bilion won Korea dibelanjakan untuk projek kerajaan ini untuk menjadikan tteokbokki menjadi produk antarabangsa. Untuk mencapai hasrat tersebut, terdapat penyelidikan dalam kajian pasaran, pembuatan sos, jenis kek beras dan kaedah masakan untuk menyesuaikannya kepada negara-negara lain. Ejaan “topokki” diberikan secara rasmi oleh institut ini untuk memudahkan panggilan kepada pasaran antarabangsa. Hari ini, kebanyakan tteokbokki diperbuat oleh tepung tetapi selepas projek kerajaan tersebut, terdapat usaha untuk menggunakan beras. Hal ini disebabkan beras dianggap lebih sihat berbanding tepung dan membantu dalam menaikkan pasaran beras tempatan. [4] [5]

Sejarah moden[sunting | sunting sumber]

Mi ddeokbokki (쫄볶이)

Berikutan Perang Korea, tteokbokki jenis baru menjadi sangat popular. Sementara versi yang lama lebih berasa savori, jenis yang baharu ini adalah lebih pedas dan menjadi cepat popular berbanding versi tradisional. Sebagai tambahan kepada bahan tradisional, tteokbokki tersebut menggunakan gochujang, pes terawet pedas yang diperbuat daripada cili, bersama kek ikan. Bahan lain yang ditambah kepada tteokbokki termasuklah telur, mandu (ladu Korea) goreng, sosej, ramyeon (yang menjadikannya rabokki/labokki 라볶이), pelbagai sayuran goreng, dan keju. Kebelakangan ini, banyak jenis tteokbokki yang popular seperti tteokbokki makanan laut (해물 떡볶이) atau tteokbokki beras (쌀떡볶이). Tteokbokki tepung popular pada suatu masa dahulu tetapi lewat ini, tteokbokki beras adalah lebih popular.

Sindang-dong di Seoul, tempat tteokbokki pertama kali dijual, masih terkenal dengan makanan ini dan dikenali sebagai pusat bagi tteokbokki. Sejak tteokbokki menjadi satu daripada makanan paling popular, seseorang amat mudah mendapatinya di Korea.

Bahan tteokbokki[sunting | sunting sumber]

Bahan biasa bagi tteokbokki kek beras rebus ("tteok"), Surimi ("eomuk"), daun bawang, sos soya cili ("gochujang"), bawang, bawang putih, garam, gula dan pelbagai jenis perasa bergantrung kepada cita rasa. Bahan lain termasuklah telur rebus, mandu goreng, sosej, ramyeon (versi Korea bagi ramen), dan pelbagai makanan laut dan sayuran goreng (yang dikenali sebagai “twigim” dalam bahasa Korea).

Kepelbagaian[sunting | sunting sumber]

Tteok jjim, adalah tteokbokki moden versi awal, merupakan sebagai daripada juadah santapan diraja Korea.[6] Topokki jenis ini diperbuat daipada Garaetteok rebus, Kamaboko, daging, sayuran, telur, dan bahan perasa dalam air, dan disaji dengan diletakkan di atasnya kacang ginkgo dan kacang walnut. Dalam bentuk asalnya, tteokbokki, yang dahulu dikenali sebagai gungjung tteokbokki, adalah juada yang disaji di istana diraja dan dianggap sebagai contoh makanan mewah. Tteokbokki asal adalah garaetteok (가래떡, tteok berbentuk silinder) yang digoreng kilas bersama pelbagai bahan, seperti daging, tauge mung, daun bawang, cendawan shiitake, lobak merah, dan bawang besar serta diperisakan dengan sos soya.[7]

Jenis tteokbokki yang berlainan[sunting | sunting sumber]

Disebabkan kepopularan tteokbokki, terdapat banyak jenis tteokbokki yang diwujudkan. Seperti makanan popular lain, tteokbokki melalui pelbagai jenis perubahan dan gabungan. Sebagai contoh, tteokbokki dengan sos kutlet daging. Terdapat jenis lain yang dikenali sebagai "Shanghai Topokki" yang menggantikan sos cili tradisional dengan sos tiram Cina yang terkenal. Salah satu gabungan tteokbokki yang terkenal di kalangan rakyat Korean ialah rabokki, gabungan tteokbokki dan ramyeon (ramen versi Korea). Bagi mereka yang sibuk, tteokbokki dijual dalam bentuk yang dicucuk dengan lidi yang dipanggil “Tteok kkochi”. “Tteok kkochi" lazimnya digoreng berbanding direbus dan sosnya berlainan sedkit. Terdapat banyak lagi versi gabungan untuk tteokbokki, seperti tteokbokki kari, tteokbokki makanan laut, tteokbokki pasta, tteokbokki keju, tteokbokki ayam, dan lain-lain. [8]

Tteokbokki sos krim (atau tteokbokki Carbonara)[9] pula ialah gabungan sos Carbonara gaya Korea dengan kek beras yang berlainan dari kebiasaan sosnya yang merah dan pedas.

Iringan[sunting | sunting sumber]

Sundae, Omuk (sejenis kek ikan), dan cucur Korea adalah makanan snek popular Korea. Sundae, dan cucur mempunyai rasa yang sedap bersama sos pedas tteokbokki.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ themoodkitchen (18 June 2013). "Tteokbokki/Topokki (Spicy Korean Rice Cakes) Recipe". publisher. 
  2. ^ "Festival to Promote Tteokbokki Held in Seoul". Chosun Ilbo. 30 March 2009. Dicapai 28 July 2012. 
  3. ^ Lee, Jiyeon (29 May 2012). "Don't say we didn't warn you: Korea's 5 spiciest dishes". CNN Go. Dicapai 2 June 2012. 
  4. ^ 한국전통음식 연구소
  5. ^ http://news.naver.com/main/read.nhn?mode=LSD&mid=sec&sid1=101&oid=001&aid=0002539397
  6. ^ Goldberg, Lina "Asia's 10 greatest street food cities" CNN Go. 23 March 2012. Retrieved 2012-04-11
  7. ^ Click Korea: Access to Korean Arts & Culture
  8. ^ 떡볶이 연구소
  9. ^ "떡의 재발견… 트렌디 더하니 눈과 입이 행복하네~". kukinews. 2014-01-10. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]