Wikipedia:Gambar pilihan/2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Wikipedia:GP arkib atas

Minggu 1 2010[sunting sumber]

Seorang pekerja miskin ketika Zaman Meleset

Zaman Meleset ialah satu tempoh penuh drama yang menyaksikan kemerosotan ekonomi dunia sekitar 1920-an dan 1930-an. Tempoh ini dianggap sebagai zaman kemelesetan ekonomi terbesar dan paling penting di dalam sejarah dunia.

Artis: Dorothea Lange

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 2 2010[sunting sumber]

Empangan Gordon

Empangan Gordon merupakan satu empangan gerbang melengkung, berdinding dua lapis setinggi 140 m yang dibina merintangi Sungai Gordon di Tasmania, Australia. Tasik Gordon (kanan) terbentuk ekoran pembinaan empangan ini.

Artis: Noodle snacks

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 3 2010[sunting sumber]

Kiub Rubik

Kiub Rubik ialah sebuah mainan teka-teki mekanik yang dicipta pada tahun 1974 oleh Ernő Rubik, pengarca dan profesor seni bina Hungary. Kiub plastik ini boleh didapati dalam empat versi: "Kuib Poket" (2×2×2), Kiub Piawai (3×3×3), "Dendam Rubik" (4×4×4) dan "Kiub Profesor" (5×5×5).

Artis:Booyabazooka

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 4 2010[sunting sumber]

Jagung hibrid

Jagung merupakan bijirin makanan ruji dari Mesoamerica, spesies Zea mays ssp. mays. Jagung merupakan tanaman yang ditanam berasal dari teosinte Zea mays ssp.

Artist: Asbestos

Minggu 5 2010[sunting sumber]

Kuda

Kuda ialah sejenis mamalia ungulat besar yang mempunyai bilangan jari kaki yang ganjil dan merupakan salah satu daripada sepuluh spesies moden dalam keluarga Equus. Nama saintifiknya Equus caballus atau Equus ferus caballus.

Kredit: Mikel Ortega

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 6 2010[sunting sumber]

Menara Eiffel

Menara Eiffel ialah menara besi yang dibina di Champ de Mars bersebelahan Sungai Seine di Paris, Perancis. Menara Eiffel adalah bangunan tertinggi dan paling menonjol di Paris dan dikenali di dunia sebagai simbol Perancis.

Artis: standblog.org

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 7 2010[sunting sumber]

Sahara

Sahara (Arab: الصحراء الكبرى, aṣ-ṣaḥrā´ al-kubra) merupakan padang pasir yang terbesar di dunia. Dengan keluasan melebihi 9,000,000 km² yang meliputi keseluruhan Afrika Utara, luas Sahara hampir menyamai keluasan negara Amerika Syarikat atau benua Eropah. Ia terbentang dari Laut Merah termasuk sebahagian Laut Mediterranean sehingga ke pinggir barat Lautan Atlantik.

NASA

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 8 2010[sunting sumber]

Panorama bilik bacaan bulat.

Muzium British di London, England adalah salah satu muzium terhebat mengenai sejarah dan kebudayaan manusia. Himpunan objeknya yang berjumlah melebihi 13 juta barangan, adalah antara himpunan muzium yang terbesar dan paling komprehensif dan berasal dari semua benua.

Diliff

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 9 2010[sunting sumber]

Salah satu gendang yang digunakan dalam Gamelan

Gendang adalah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kerbau, kambing atau lembu. Ia merupakan salah sebuah alat muzik dalam keluarga genderang.

Artis: Fir0002

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 10 2010[sunting sumber]

Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco

Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco merupakan lapangan terbang terbesar di Kawasan Teluk San Francisco, dan lapangan terbang paling sibuk dalam negeri California selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles.

Andrew Choy

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 11 2010[sunting sumber]

Penyamaran ikan flounder

Penyamaran ialah satu kaedah kripsis (mengelak dari diperhati) yang membolehkan sesuatu hidupan atau objek yang nyata menjadi tidak jelas dalam persekitarannya secara perdayaan.

Moondigger

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 12 2010[sunting sumber]

Enjin jejari dalam permandangan potongan.

Enjin jejari adalah tatarajah sebuah enjin pembakaran dalaman, di mana kedudukan silinder disusun mengelilingi pusat aci engkol seperti jejari pada roda.

Artis : Duk

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 13 2010[sunting sumber]

Agama Batu Kenya (Agama lionotus) di Kenya

Agama merupakan satu genus biawak kecil, berekor panjang, memakan serangga. Genus agama terdiri daripada 31 spesies yang tersebar di seluruh Afrika. Salah satu spesiesnya adalah agama batu kepala merah (Agama agama).

Artis : Chris huh

Minggu 14 2010[sunting sumber]

Satu 4 tan blok ais, di pantai Iceland

Ais boleh merujuk kepada mana-mana 14 pepejal fasa air. yang diketahui. Walau bagaimanapun, dalam konteks bukan saintifik, ia selalu menggambarkan ais Ih, di mana ia merupakan yang paling banyak di biosfera bumi.

Artis : Andreas Tille

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 15 2010[sunting sumber]

Bandar raya Frankfurt

Frankfurt adalah bandar raya terbesar di negeri Hesse, serta bandar raya kelima terbesar di Jerman. Terletak di tebing sungai Maine, bandar raya ini merupakan tempat Bank Pusat Eropah, Bursa Saham Frankfurt, dan pusat kewangan terbesar di benua Eropah. Frankfurt juga merupakan bandar raya terkaya di Kesatuan Eropah.

Nicolas17

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 16 2010[sunting sumber]

Pepatung

Pepatung merupakan sejenis serangga dalam order Odonata, suborder Epicrota atau, lebih tepat lagi di bawah infraorder Anisoptera. Ia dikategorikan bedasarkan ciri-ciri mata bersegi besar, mempunyai 2 pasang sayap yang kuat dan lutsinar, dan berbadan panjang.

Aka

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 17 2010[sunting sumber]

Gábor Talmácsi menunggang Aprilia 125 cc di GP British 2007

Kejohanan Dunia Grand Prix Motosikal merujuk kepada perlumbaan motosikal utama yang setaraf dengan Formula Satu. Ia terbahagi kepada 3 kategori perlumbaan iaitu 125cc, Moto2 (dulu 250cc) dan MotoGP. MotoGP menggunakan motosikal khas yang hanya digunakan dalam perlumbaan dan tidak terdapat di jalan raya.

Artis: Richard Mushet

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 18 2010[sunting sumber]

Kabus pagi

Kabus ialah wap air yang berada dekat permukaan tanah terkondensasi dan menjadi seperti awan. Hal ini biasanya terjadi ketika hawa dingin dan kadar kelembapan mendekati 100%. Ia juga boleh terbentuk akibat aktiviti gunung berapi. Kabus yang tebal dipanggil kabut.

Artis: Fir0002

Minggu 19 2010[sunting sumber]

Burung Camar Pasifik

Burung Camar Pasifik (Larus pacificus) adalah seekor Burung Camar sangat besar, berasal dari pantai Australia. Ia biasa antara Carnarvon di barat, dan Sydney di timur.

Artis: Noodle snacks

Minggu 20 2010[sunting sumber]

Sebuah kapal tunda yang menuju ke hujung Caribbean terusan

Terusan Panama (bahasa Sepanyol: Canal de Panamá) ialah terusan kapal utama yang merentasi Segenting Panama di Amerika Tengah dan menghubungkan Lautan Atlantik dengan Lautan Pasifik. Pembinaan terusan ini merupakan salah satu projek kejuruteraan terbesar dan paling sukar pernah dilakukan.

Kredit : Stan_Shebs

Minggu 21 2010[sunting sumber]

Pelangi

Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung terluar dan ungu di lengkung terdalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.

Artis: Wing-Chi Poon

Minggu 22 2010[sunting sumber]

Mona Lisa

Mona Lisa merupakan sebuah karya agung lukisan Leonardo Da Vinci abad ke-15. Kini ia disimpan di Muzium Louvre, Paris, Perancis. Lukisan Mona Lisa popular kerana hasil seninya menampakan lukisan itu seperti bernyawa.

Artis : Leonardo da Vinci (1452–1519)

Minggu 23 2010[sunting sumber]

Kimpalan arka

Kimpalan adalah satu proses pencantuman sesuatu bahan dengan bahan yang lain dengan menggunakan suatu bahan khas, contohnya logam atau termoplastik. Proses pengimpalan ini melibatkan pencairan sesuatu jenis logam tersebut untuk menjadikannya sebagai pengikat di antara sesuatu struktur dengan struktur yang lain.

Kredit: William M. Plate Jr.

Minggu 24 2010[sunting sumber]

Planet Zuhrah

Zuhrah dianggap sebagai planet kembar Bumi kerana saiz, jisim, isipadu dan ketumpatannya yang hampir sama dengan bumi. Malahan, planet Bumi dan Zuhrah terbentuk daripada awan nebula yang sama. Walau bagaimanapun, kedua dua planet ini mempunyai sifat yang berbeza.

NASA

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 25 2010[sunting sumber]

Enjin pertama Wankel di Deutsches Museum

Enjin Wankel adalah sejenis enjin pembakaran dalaman yang menggunakan rekabentuk putaran bagi menukarkan tekanan hasil pembakaran campuran udara-bahan api terus kepada gerakan putaran, berbeza dengan enjin omboh biasa yang menghasilkan gerakan salingan sebelum ditukarkan kepada gerakan putaran oleh aci engkol.

Artis: Ralf Pfeifer

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 26 2010[sunting sumber]

Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat

Lukisan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat yang dilukis oleh John Trumbull ini menggambarkan lima orang ahli jawatankuasa cadangan membentangkan kerja mereka kepada Kongres Amerika Syarikat. Lukisan ini diabadikan di belakang wang kertas $2 Amerika Syarikat. Lukisan asal digantung di rotunda Kapitol Amerika Syarikat.

John Trumbull dan Arkitek Capitol

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 27 2010[sunting sumber]

Meerkat di Victoria, Australia

Meerkat atau Suricate adalah mamalia dan kumpulan dari keluarga pulut. Meerkat memiliki habitat di Gurun Kalahari di Botswana dan Afrika Selatan.

Artist: Fir0002

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 28 2010[sunting sumber]

Lalat askar hitam sedang mengawan

Lalat askar hitam (Hermetia illucens) adalah sejenis lalat yang tidak dikategorikan sebagai pembawa penyakit. Tempoh hidup seekor lalat askar hitam dewasa adalah sekitar 5 hingga 7 hari sahaja.

Artis: Muhammad Mahdi Karim

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 29 2010[sunting sumber]

Catrinas, satu daripada perkara paling disukai pada perayaan Hari Orang Mati di Mexico.

Hari Orang Mati (Día de los Difuntos atau Día de los Muertos dalam bahasa Sepanyol) merupakan hari cuti yang biasanya dirayakan di Mexico dan masyarakat pendatang Mexico yang tinggal di Amerika Syarikat dan Kanada.

Artis: Tomascastelazo

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 30 2010[sunting sumber]

Mentadak

Mentadak ialah sejenis serangga dalam susunan Mantodea. Kebanyakannya berada dalam famili Mantidae. Sebagaimana serangga lain, mentadak mempunyai tiga segmen badan, dengan kepala, toraks, dan badan (abdomen). Mentadak betina mempunyai serkus yang besar dan kuat.

Luc Viatour

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 31 2010[sunting sumber]

Pancaran foton dari laser

Foton di dalam fizik merujuk kepada zarah asas yang bertanggungjawab terhadap penghasilan semua fenomena elektromagnet. Zarah ini membawa sinaran elektromagnet dalam semua jenis gelombang termasuk sinar gama, sinar X, sinar ultraungu (ultralembayung), cahaya tampak, sinar inframerah, mikrogelombang malah gelombang radio.

U.S. Air Force

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 32 2010[sunting sumber]

Ubur-ubur Mediterranean di Monterey Bay Aquarium.

Ubur-ubur (juga dikenali sebagai ampai-ampai) merupakan haiwan yang tergolong dalam filum cnidaria, termasuk dalam kelas biologi skifozoa. Ia juga digunakan bagi merujuk kepada kelas biologi yang berkait dengan medusa (hidrozoa) dan ampai-ampai kotak (box jellyfish) (Cubozoa).

Intandem

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 33 2010[sunting sumber]

Epal

Epal adalah sejenis buah pomaceous yang tergolong dalam spesis Malus domestica dari keluarga ros Rosaceae. Ia adalah satu daripada pokok buah-buahan yang paling banyak ditanam. Epal berasal daripada Asia Tengah. Kini, terdapat lebih dari 7,500 jenis pokok epal yang berbeza. Pada tahun 2005, sekurang-kurangnya 55 juta tan epal bernilai kira-kira AS$10 bilion dihasilkan. Daripada jumlah ini, China menghasilkan sekitar 35% daripada pengeluaran keseluruhan.

Jurema Oliveira dan SCEhardt

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 34 2010[sunting sumber]

Palau de les Arts Reina Sofía di Valencia, Sepanyol, difotokan pada waktu malam.

Istana Seni Ratu Sofia (Sepanyol: Palacio de las Artes Reina Sofía) adalah sebuah panggung opera yang terletak di Valencia, Sepanyol. Ia merupakan bangunan terakhir yang disiapkan dalam Kompleks Kota Seni dan Sains. Panggung ini direka oleh arkitek Santiago Calatrava. Struktur setinggi 14 tingkat ini mula dibuka pada 8 Oktober, 2005.

David Iliff

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 35 2010[sunting sumber]

Makmal Sains Marikh dalam misi penerokaan angkasa lepas

Makmal Sains Marikh atau MSL adalah perayau NASA yang dijadualkan dilancarkan pada September 2009 dan membuat pendaratan di atas Marikh pada Julai-September 2010. Perayau ini adalah tiga kali berat dan dua kali lebar daripada Misi Eksplorasi Perayau Marikh yang membuat pendaratan pada 2004. Perayau MSL akan dilancarkan oleh Atlas V 541.

NASA/JPL-Caltech

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 36 2010[sunting sumber]

Anggota bomba New York meminta bantuan menyelamatkan mangsa

Serangan 11 September 2001 (juga dipanggil 9/11) terdiri dari beberapa siri serangan berani mati yang dikatakan dilaksanakan secara teratur oleh kumpulan al-Qaeda ke atas Amerika Syarikat pada hari Selasa, 11 September 2001. 19 pengganas al-Qaeda telah merampas empat pesawat komersil dan berjaya melanggar World Trade Center di New York dan Pentagon di Virginia.

Preston Keres, Tentera Laut A.S.

Minggu 37 2010[sunting sumber]

Sebuah pesawat latihan SR-71B di ruang udara pergunungan Sierra Nevada

Lockheed SR-71 adalah sebuah pesawat pengawasan strategik jarak jauh termaju yang mempunyai kelajuan Mach 3+. Pesawat SR-71 secara tidak rasmi juga dinamakan sebagai Blackbird, dan dipanggil sebagai Habu oleh anak kapalnya, yang mana merujuk kepada spesies ular kapak yang terdapat di Okinawa.

NASA

Minggu 38 2010[sunting sumber]

Pergaduhan zirafah

Zirafah (Giraffa camelopardalis) adalah mamalia berkuku genap (even-toed ungulate), yang tertinggi dalam semua spesies daratan. Ia merupakan haiwan mamalia di kawasan padang rumput savana kering.

Kredit: galuzzi

Minggu 39 2010[sunting sumber]

Visualisasi pelbagai laluan Internet

Secara amnya, internet ialah rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Manakala Internet (huruf 'I' besar) ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara sejagat dan menggunakan TCP/IP sebagai protokol pertukaran paket.

Matt Britt

Minggu 40 2010[sunting sumber]

Pengusaha tuk-tuk menunggu penumpang di Bangkok

Tuk-tuk (Thai: ตุ๊กตุ๊ก atau ตุ๊กๆ, IPA: /ˈðʊkˈðʊk/), juga dikenali sebagai beca berenjin adalah sejenis pengangkutan awam beroda tiga yang digunakan secara meluas serta popular di Asia Selatan serta beberapa negara di Asia Tenggara. Ia popular di beberapa bandar raya yang mengalami masalah kesesakan jalan raya yang teruk, seperti di Bangkok.

Heinrich Damm

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 41 2010[sunting sumber]

Tupai Merah

Tupai merah atau Tupai merah Eurasia (Sciurus vulgaris) adalah satu spesies tupai pokok dari genus Sciurus yang boleh didapati di seluruh Eurasia. Tupai merah adalah seekor haiwan pengerat arboreal di dalam kategori omnivor. Ia berbulu merah di Britain; tetapi memiliki warna bulu yang berlainan di bahagian lain Eropah dan Asia.

Ray eye

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 42 2010[sunting sumber]

Penyu hijau berenang di atas batu karang di Hawaii

Penyu laut hijau (Chelonia mydas) adalah sejenis penyu laut besar dari keluarga Cheloniidae. Populasi penyu ini bertaburan dengan meluas di pantai-pantai Pasifik dan Atlantik. Tidak seperti penyu-penyu lain dari keluarganya, Chelonia mydas adalah sejenis herbivor. Jumlahnya kini semakin berkurangan ekoran dari pencemaran laut, pembangunan di kawasan penetasannya dan pengutipan telur secara haram.

Mila Zinkova

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 43 2010[sunting sumber]

Siput

Siput merupakan haiwan jenis moluska, kelas Gastropoda yang mempunyai cangkerang yang berputar tidak bertulang belakang (invertebrat) dan mempunyai kulit cangkerang yang keras.

Artis: Jürgen Schoner

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 44 2010[sunting sumber]

Big (kanan) dan Small (kiri)

Big & Small adalah sebuah siri televisyen kanak-kanak berbahasa Inggeris bertujuan untuk kanak-kanak prasekolah. Big and Small merupakan sebuah pengeluaran antara Kindle Entertainment and 3J’s Productions, dikeluarkan berkaitan dengan BBC, TV Treehouse dan Studio 100.

Kredit : Kindle Entertainment

Minggu 45 2010[sunting sumber]

Leptinotarsa decemlineata

Kumbang adalah kumpulan serangga yang terbesar, meliputi tiga perempat daripada jumlah semua serangga. Kumbang dapat dikenali daripada ciri sayap hadapan yang tebal dan keras, berfungsi melindungi sayap belakang yang nipis apabila tidak melakukan penerbangan.

Kredit: ARS

Minggu 46 2010[sunting sumber]

Bintang Tiga Beradik

Bintang Tiga Beradik (Orion's Belt) merujuk pada deretan tiga biji bintang terang di buruj Belantik. Gugusan bintang ini muncul di langit pada waktu malam bermula pada bulan Disember hingga Mac setiap tahun. Ia digunakan untuk tujuan panduan arah semasa pelayaran, perjalanan atau musim.

NASA

Minggu 47 2010[sunting sumber]

Pandangan besar bagi komputer peribadi moden

Istilah komputer peribadi (PC) telah dipopularkan oleh IBM bagi merujuk pada mikrokomputer yang harga, saiz dan keupayaannya sesuai untuk kegunaan peribadi. Sesebuah PC hari ini biasanya mengandungi komponen-komponen berikut (ditunjukkan di sini): Monitor, papan induk, CPU (mikropemproses), RAM, kad tambah, bekalan kuasa, pemacu cakera optik, cakera keras, papan kekunci dan tetikus.

Gustavb

Minggu 48 2010[sunting sumber]

Taman Botani Diraja, Kew

Taman Botani Diraja, Kew adalah sebuah kawasan yang menempatkan taman dan rumah kaca botani seluas 121 hektar yang terletak di antara Richmond dan Kew, barat daya London. Taman ini memiliki koleksi tumbuhan hidup yang terbesar di dunia (lebih dari 30,000). Selain itu, ia juga merupakan herbarium terbesar di dunia dengan menempatkan lebih dari tujuh juta spesimen.

Diliff

Minggu 49 2010[sunting sumber]

Tekukur (Streptopelia chinensis) adalah sejenis merpati kecil dan berekor panjang yang berasal dari kawasan tropika di Asia Selatan, Asia Tenggara serta selatan dan timur China. Spesis ini telah diperkenalkan ke banyak negara-negara lain seperti Filipina, Indonesia, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat. Panjangnya antara 28 sehingga 32 cm (11 to 13 in). Kedua-dua jantina memiliki penampilan yang sama.

Noodle snacks

Minggu 50 2010[sunting sumber]

Penerbangan ujian roket Pixel buatan Armadillo Aerospace

Roket Pixel buatan syarikat aeroangkasa Armadillo Aerospace ini diuji sebelum pelancaran perdana pertandingan Lunar Lander Challenge pada tahun 2006. Meskipun tidak berjaya memenangi hadiah wang tunai, Pixel berjaya mencipta sejarah kerana menjadi kenderaan VTVL buatan swasta pertama yang berjaya melakukan penerbangan.

Armadillo Aerospace

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 51 2010[sunting sumber]

Kilat yang dapat dilihat dengan jelas membentuk pemindahan tenaga.

Kilat ialah nyahcas elektrik di ruang atmosfera yang sering berlaku ketika ribut petir dan kadang kala semasa letusan gunung berapi atau ribut debu. Kilat sering diiringi oleh guruh. Dalam nyahcas keelektrikan atmosfera, perintis kilat mampu bergerak selaju 60,000 m/s dan mencapai suhu sekitar 30,000 °C (54,000 °F)

Artis: Fir0002

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 52 2010[sunting sumber]

Laser digunakan dalam penyelidikan Tentera Udara A.S.

Laser adalah sebuah peranti yang mengeluarkan cahaya melalui satu proses dipanggil pemancaran terangsang. Ia adalah sumber optik yang memancarkan foton dalam pancaran koheren.

Kredit: [1]


Gambar pilihan sebelum ini:

Wikipedia:GP arkib bawah