Zulkifly Amirudin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zulkifly Amirudin
Nama lainZul, Kap
PendidikanIjazah Sarjana Seni, Komunikasi Visual dan Media Baharu
Ijazah Sarjana Muda Sains, Teknologi Multimedia
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi Mara (2014)
Universiti Malaysia Sabah (2006)
PekerjaanPengarah Animasi
Tahun aktif2005 hingga kini
OrganisasiInspidea
Karya terkenal
Lolirock (2014-2016)

Alif & Sofia (2019-2021)

My Little Pony: Tell Your Tale (2022-2023)
Ahli lembagaTeknologis, Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT)
PasanganHalimatonor Sabran
Anak-anak3
Laman web rasmihttps://www.linkedin.com/in/zulkiflyamirudin/


Ts. Zulkifly Amirudin (lahir 31 Disember 1983) merupakan seorang Penerbit, Pengarah Animasi, juru animasi dan pelakon suara animasi dari Malaysia. Penglibatan terdahulu beliau merupakan siri animasi Alif & Sofia terbitan bersama Blindspot Studios dan Primeworks Studios. Beliau turut aktif mengajar animasi dengan menjadi pensyarah sambilan atau jemputan di kolej dan universiti awam serta swasta tempatan, dan aktif berkongsi pengetahuan di dalam bidang animasi di media sosial. Pengalaman dan kepakaran beliau di dalam bidang Art & Media (AM) diiktiraf oleh Lembaga Teknologis Malaysia, dan menggunapakai gelaran Teknologis atau Ts.

Pendidikan awal[sunting | sunting sumber]

Zulkifly dilahirkan di Klang, Selangor, dan kemudiannya membesar di Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abd Rahman Putra, dengan mengambil jurusan Sains Tulen. Seterusnya beliau mengikuti Program Matrikulasi dengan mengambil jurusan Sains Fizikal di Kolej Teknologi Timur, Sepang.

Pendedahan terhadap komputer dan teknologi maklumat sejak dari kecil menjadikan beliau amat berminat di dalam bidang multimedia. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Sains, Teknologi Multimedia di Universiti Malaysia Sabah. Setelah mengumpul pengalaman, beliau melanjutkan pengajian Sarjana Seni, Komunikasi Visual dan Media Baharu di Universiti Teknologi MARA.

Kerjaya animasi[sunting | sunting sumber]

Pada Disember 2005, Zulkifly mula menceburi industri animasi dengan menjalani latihan industri di sebuah syarikat animasi tempatan, Inspidea Sdn Bhd. Di bawah bimbingan dan didikan, beliau mendapat ilmu yang tepat dalam produksi animasi. Seterusnya beliau ditawarkan bekerja sebagai Junior Animator di syarikat yang sama setelah tamat menjalani Latihan Industri dan bergraduasi dari Universiti Malaysia Sabah. Kerja ini memberi peluang kepada beliau untuk terlibat dalam pembikinan pelbagai jenis animasi bagi pasaran dalam negeri dan antarabangsa. 'Setelah beberapa tahun, Zulkifly berpeluang dipertanggungjawabkan mengemudi pasukan animator kecil, seterusnya menjadi Assistant Supervisor dalam produksi animasi.

Pada Jun 2012, Zulkifly memulakan perniagaan sendiri dengan mengasaskan KapMedia, perniagaan rekaan grafik, cetakan, multimedia dan animasi. Pada 2013, KapMedia berpeluang membentangkan idea di Intellectual Property Creator's Challenge (IPCC) 2013 anjuran Perbadanan Kemajuan Ekonomi Digital Malaysia. Beliau kembali menyertai Inspidea pada tahun 2014 sebagai penyelia animasi bagi menghasilkan siri animasi luar negara. Pengalaman menjalankan perniagaan sendiri mendewasakan beliau dengan cabaran perniagaan dan menyeimbangkan dengan perjalanan produksi.

Pada Mac 2019, Zulkifly kembali ke industri animasi dengan menyertai Blindspot Studios Sdn Bhd sebagai Pengarah Animasi bagi siri animasi Alif & Sofia. Beliau bersama krew syarikat tersebut berusaha gigih menghasilkan 104 episod dalam tempoh yang ditetapkan. Pengalaman yang ditimba selama ini digunakan sebaiknya untuk mengemudi produksi animasi ini. Pada Januari 2021, beliau diberi kepercayaan mengemudi produksi sebagai Pengurus Produksi syarikat. Selain animasi Alif & Sofia, syarikat turut menghasilkan beberapa animasi lain.

Pada Ogos 2021, beliau menyertai Lil Critter Workshop sebagai Penolong Pengarah Animasi untuk membantu penyeliaan bagi 3 buah projek animasi. Beliau kembali menyertai Inspidea pada Jun 2023 sebagai Penyelia Animasi.

Kerjaya akademik[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2016, beliau mengorak langkah dengan menceburi dunia akademik sebagai pensyarah di Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW), Universiti Malaysia Kelantan. Pengalaman dan kepakaran yang dipelajari dan diperolehi sepanjang berada di industri dimanafaatkan sepenuhnya dalam pengajaran dan penyelidikan bidang animasi. Antara kursus yang dipertanggunjawabkan kepada beliau ialah:

  1. Sejarah & Prinsip Animasi
  2. Rekabentuk Konsep & Karekter
  3. Studio Animasi 2D
  4. Animasi Eksperimentasi

Zulkifly juga berpeluang menyumbang kepakaran dengan lantikan sebagai Pengurus Creative Accelerator Center (CAC), sebuah pusat keusahawanan kreatif inisiatif fakulti. CAC berperanan memacu keusahawanan kreatif pelajar dan warga fakulti khususnya dalam bidang pengajian masing-masing. Beliau turut diberi kepercayaan memangku dan menjalankan tugas sebagai Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Keusahawanan.

Beliau menyumbang kepakaran sebagai pensyarah sambilan di Fakulti Komunikasi & Pengajian Media (FKPM) Universiti Teknologi MARA, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) UMK, Pensyarah Adjung di MSU, Pusat Pengajian Diploma UTHM.


Filemografi[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai animasi bersiri dan filem sepanjang penglibatan beliau di dalam industri animasi. Semakan turut boleh dilakukan melalui Internet Movie Database (IMDb) melalui pautan ini.

Tahun Tajuk Jenis Penglibatan Pelakon Suara Pencapaian Anugerah
2006 Mustang Mama Football Fever Animasi Bersiri Pendek Junior Animator
2006 Milly Molly Animasi Bersiri Junior Animator
2007 Combo Ninos Animasi Bersiri Animator
2007 Cookarina Animasi Bersiri Pendek Team Leader
2008 Mustang Mama Diehard Sport Fan Animasi Bersiri Pendek Animator
2008 Happy Together Animasi Bersiri Pendek Team Leader Samurai Crab
2009 Mat Kacau Animated Series Animasi Bersiri Pendek Team Leader
2009 A Kind of Magic Animasi Bersiri Animator
2010 Boo & Me Animasi Bersiri Animator
2010 Tripura Filem Senior Animator Winner FICCI Frames BAF (Best Animated Frames) Awards 2011
2011 Arjun & The Adventure of Ice Lotus Filem Senior Animator
2011 Sons of Ram Filem Team Leader
2011 Johnny Bravo Goes To Bollywood Filem Animator
2012 Scary Larry Animasi Bersiri Assistant Animation Director
2013 Hopscothers Pembentangan Idea Creator, Writer
2014 Pak Pandir Animated Pembentangan Idea Creator, Writer
2016 Lolirock Animasi Bersiri Animation Supervisor
2019 Alif & Sofia Animasi Bersiri Pendek Animation Director Papa Alif & Sofia
2020 Alif & Sofia X Captain Gigi Iklan Animation Director
2021 Alif & Sofia Animasi Bersiri Pendek Production Manager Papa Alif & Sofia Winner Asian Academy Creative Awards 2020
Finalist Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2021
2021 Walinong Sari Filem Pendek Production Manager
2021 Peppa Pig Nursery Rhymes Animasi Pendek Assistant Animation Director
2021 Underdogs United Animasi Bersiri Assistant Animation Director Nominated 2023 Quirino Awards - Best TV Series
2021 The Pillar of Strength Filem Pendek Special Appearance Artist
2022 My Little Pony: Tell Your Tale Animasi Bersiri Pendek Animation Director Winner 2023 Kidscreen Award. Best Web/ App Series - Branded
2022 True Leaves Animasi Bersiri Pendek Producer, Director, Writer
2022 Periodic Town Animasi Bersiri Pendek Producer, Director, Writer

Sembang Animasi[sunting | sunting sumber]

Sebagai seorang animator yang mempunyai minat yang mendalam dalam mendidik dan mengembangkan lagi ilmu animasi, Zulkifly menggunakan hastag #sembanganimasi di media sosial sebagai platform perkongsian ilmu. Saluran yang digunakan adalah seperti:

  1. Telegram Channel
  2. YouTube Channel
  3. Facebook Page
  4. Instagram

Penerbitan Buku[sunting | sunting sumber]

Beliau menerbitkan sebuah buku berjudul Produksi Animasi sebagai panduan dan rujukan pelajar dan bakat baharu animasi. Pengalaman beliau sepanjang aktif di industri dan akademik, perkongsian diskusi antara rakan pemain industri animasi dimuatkan di dalam buku tersebut. Ia dijangka diluncurkan pada November 2023.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Zulkifly Amirudin di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)

Zulkifly Amirudin di LinkedIn