Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
MASwings merupakan anak syarikat Penerbangan Malaysia yang ditubuhkan pada 1 Oktober 2007 (bersempena dengan hari ulangtahun penubuhan Sistem Penerbangan Malaysia pada 1972) untuk mengendalikan perkhidmatan luar bandar RAS dari FlyAsianXpress. MASwings akan memulakan operasi secara rasmi pada 1 Oktober 2007 dengan menggunakan pesawat turboprop atau yang menggunakan kipas yang sedang dikendalikan oleh FAX - tujuh pesawat Fokker F-50 dan lima Twin Otter.
Pesawat-pesawat [sunting]
Berikut adalah pesawat-pesawat MASwings (pada 27 April 2010):
Pada 9 November 2007, MASwings telah menandatangani perjanjian untuk membeli 10 ATR 72-500 dengan 5 pilhan tambahan untuk menambah perkhidmatan di negeri Sabah dan Sarawak di Timur Malaysia. MASwings telah menerima 5 pesawat pertama tiba pada 2009 manakala lima lagi pada 2010.
Kesemua 10 buah Pesawat ATR 72 telah diberi nama sempena bandar dan destinasi pelancongan di Sabah dan Sarawak.Pesawat tersebut adalah:
- 9M-MWA: "Kuching" (Bandaraya Kuching, Sarawak)
- 9M-MWB: "Kinabalu" (Gunung Kinabalu,Sabah)
- 9M-MWC: "Mulu" (Taman Negara Mulu,Sarawak)
- 9M-MWD: "Sandakan",(Bandar Sandakan,Sabah)
- 9M-MWE: "Mukah" (Bandar Mukah,Sarawak)
- 9M-MWF: "Miri" (Bandaraya Miri,Sarawak)
- 9M-MWG: "Sipadan"(Pulau Sipadan,Semporna, Sabah)
- 9M-MWH: "Layang Layang" (Gugusan Pulau Layang Layang,Sabah)
- 9M-MWI: "Bario" (Bario,Bahagian Miri,Sarawak)-Nama tersebut telah diberikan oleh Ketua Menteri Sarawak,Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
- 9M-MWJ: "Libaran"(Pulau Libaran,Sandakan,Sabah)Pesawat Ke-10 dan terakhir.
Wilayah Persekutuan [sunting]
Kemalangan dan insiden [sunting]
- 1 Jun 2008 - Sebuah tayar pendaratan depan Fokker 50 (9M-MGJ) mendarat cemas di Sibu,akibat daripada pintu tayar pendaratan depan gagal berfungsi .Namun begitu,pesawat tersebut kembali bertugas setelah dibaiki oleh mekanik Stork Fokker.
- 13 September 2008 - Sebuah de Havilland Canada DHC-6 Siri 300 (9M-MDN) beroperasi sebagai MH3540 telah terhempas akibat mendarat lebih dari penghujung landasan Lapangan Terbang Bakelalan. Penerbangan tersebut berlepas dari Lawas pada jam 0845 dan terhempas pada jam 0934. Ia mendarat di sawah padi kira-kira 10 meter dari landasan dan berhenti 768 meter di mana ia mendarat. Ia merupakan kemalangan MASwings yang terlibat dengan tiada kematian. Keesokan hari, penyiasat telah tiba.Pesawat tersebut telah diisytiharkan sebagai 'Written off-damaged beyond repair'.
|
|
|
| Penumpang |
|
|
| Kargo |
|
|
| Tidak wujud |
|
|