AirAsia X

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
AirAsia X
IATA
D7
ICAO
XAX
Callsign
XANADU
Ditubuhkan 2007
Hab Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
Pesawat 3 (+23 tempahan)
Destinasi 5
Slogan syarikat Now Everyone Can Fly Xtra Long
Ibu pejabat Kuala Lumpur, Malaysia
Tokoh utama Tony Fernandes, Sir Richard Branson, Azran Osman Rani
Laman web http://www.airasia.com

AirAsia X adalah syarikat penerbangan tambang murah perjalanan jarak jauh yang baru berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Operasinya bermula pada 2 November 2007 dengan menyewa sebuah buah pesawat Airbus 330-300 ke Lapangan Terbang Gold Coast, Australia. Penerbangan baru ini dimiliki oleh AirAsia X Sdn. Bhd. (dahulunya FlyAsianXpress Sdn. Bhd.) yang pernah menyediakan perkhidmatan penerbangan laluan-laluan luar bandar di Malaysia. FAX membeli francais dari AirAsia, oleh itu berhak menggunakan laman web Airasia, kostum, dan pengurusan.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 17 Mei 2007, Tony Fernandes mengumumkan rancangan untuk memulakan penerbangan dari Malaysia ke Australia. Fernandes telah berkata dia akan mengelak Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney disebabkan oleh yuran yang tingginya, sebaliknya menumpukan perhatian ke atas lapangan terbang alternatif yang lebih murah seperti Lapangan Terbang Avalon berdekatan Melbourne, Newcastle dan Adelaide.

Laluan AirAsia X pertama adalah Kuala Lumpur ke Gold Coast, Australia. Tambang sehala bagi laluan ini bermula pada MYR 60 (AUD 31) tanpa cukai dan caj tambahan, dengan tambang dua hala adalah kira-kira MYR 1,900 (AUD 647) tanpa cukai tambahan.[2]

Syarikat penerbangan juga mengumumkan Sir Richard Branson dari Virgin Group akan mengambil syer sebangak 20% ke dalam AirAsia X untuk membantu operasi permulaan seperti membiayai pembelian pesawat-pesawatnya.[3][4] Branson juga meramalkan kemungkinan mengadakan hubungan rapat di antara Virgin Blue dan AirAsia X, seperti perkongsian kod dan program frequent flyer pada masa kelak.[5][6]

Pesawat pertama AirAsia X, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Malaysia pada 15 September 2007. Ia dinamakan "Semangat Sir Freddie" untuk memperingati perintis dan pengasas penerbangan kos rendah Sir Freddie Laker, Skytrain di Eropah.[7]

FlyAsianXpress[sunting | sunting sumber]

FlyAsianXpress (FAX) pernah menjadi penerbangan ketiga terbesar di Malaysia yang membuat operasi luar bandar di Sabah dan Sarawak. Penerbangan sulungnya adalah pada 1 Ogos 2006 walaupun terpaksa ditunda selama 50 minit akibat cuaca buruk.[8] FAX menegaskan bahawa mereka bukan memegang konsep penerbangan tambang rendah (LCC)[9] tetapi mengadaptasikan amalan-amalan AirAsia untuk mengurangkan kos, iaitu seperti tempahan internet dan telefon, serta sistem tidak bertiket. Walau bagaimanapun, semua operasi FAX ditamatkan selepas pengambilalihan semula laluan luar bandar oleh Penerbangan Malaysia, melalui MASwings. Oleh itu, FAX akan memfokuskan operasinya kepada AirAsia X.

FlyAsianXpress dan AirAsia X[sunting | sunting sumber]

Dengan penamatan operasi luar bandar oleh FAX, nama korporat telah ditukar menjadi AirAsia X Sdn. Bhd.

Destinasi[sunting | sunting sumber]

AirAsia X A340-300 approaching London Stansted Airport

Penerbangan pertama daripada Kuala Lumpur ke Gold Coast Australia, dengan tambang paling murah dengan hanya AU$99 untuk satu perjalanan sehala. Tempat duduk yang lebih mewah dan luas juga disediakan bagi harga premium.[10]

Asia Tenggara[sunting | sunting sumber]

Asia Timur[sunting | sunting sumber]

Oceania[sunting | sunting sumber]

Pesawat[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Mei 2007, AirAsia mengesahkan bahawa ia telah menempah 15 pesawat Airbus A330-300, 5 lebih daripada pada pengumuman asalnya. Pesawat dijadualkan untuk disampaikan pada suku keempat 2008.[13] Pada 27 Mac 2008, AirAsia menandatangani satu kontrak kukuh untuk 10 lagi Airbus A330-300 membawa jumlah tempahan syarikat penerbangan itu kepada 25.[14] AirAsia X menerima A330 pertamanya pada Oktober 31, 2008 di Toulouse, Perancis.[15]

AirAsia juga mengumumkan pada 11 Mei 2008 yang ia telah menandatangani satu perjanjian sewa dengan Orix Aviation untuk sebuah Airbus A340, untuk diguna dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke London. Ia menerima A340 pada Januari 2009 dan penerbangan komersialnya yang pertama kepada Lapangan Terbang Stansted adalah pada 11 Mac, 2009.

Syarikat penerbangan juga mengumumkan pada 27 November 2008 bahawa ia mengharapkan untuk membeli sehingga 25 pesawat Airbus A350 atau Boeing 787 sebagai sebahagian daripada pertumbuhan masa depannya.[16]

Pesawat AirAsia X
Pesawat Jumlah Dalam Tempahan Pilihan Penumpang
(XL/Economi)
Nota
Airbus A330-300 3 23 312 (36/276)
383 (28/355) [17]
9M-XAA dipajak dari AWAS
Semua (kecuali 9M-XAA) adalah 3-3-3 konfig tempat duduk & dipasang dengan AVOD IFE

9M-XAA 2-4-2 konfig tempat duduk dengan Portable IFE
1 disewa

Airbus A340-300 2 0 0 286 (30/256) Dipajak dari Orix Aviation
Pengendali sebelumnya Air Canada
Laluan London Stansted-Kuala Lumpur
Disewa
Airbus A350-900 0 10 5 Masuk dalam servis : 2016

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "X-citing deal for air travellers", The Star, 2007-01-06. 
  2. "Fly from Australia to Malaysia for $A31". 
  3. "AirAsia to fly to Victoria, Queensland", News Limited, 2007-08-10. 
  4. "Branson to take 20 per cent stake in AirAsia", The Age, 2007-08-07. 
  5. Daniel Breen. "Billionaire Branson and AirAsia X move into Avalon", The Geelong Advertiser. 
  6. "Aussies offered $31 flights to Malaysia", Herald Sun. 
  7. Welcome to AirAsia.com...now everyone can fly
  8. "A smooth debut for FAX", Daily Express, 2006-08-02. 
  9. "About FAX, FAX Told", FlyAsianXpress.com. 
  10. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan hindustantimes tidak disediakan
  11. AirAsia website
  12. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/1/21/nation/3076535&sec=nation
  13. AirAsia confirms 15 Airbus A330-300 deal [1]
  14. AirAsia X Orders 10 Additional Airbus A330 Aircraft [2]
  15. Yvonne Tan. "AirAsia X takes delivery of first Airbus A330", The Star, 2008-11-01. 
  16. "AirAsia X looking at some 25 A350s or 787s, plus more A340s", 2008-11-27. 
  17. http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/11/1/business/2428629&sec=business

Pautan luar[sunting | sunting sumber]