Maximus Johnity Ongkili
| Yang Berhormat Datuk Seri Dr Maximus J. Ongkili |
|
![]() Maximus Ongkili |
|
|
Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 18 Mac 2008 |
|
| Didahului oleh | Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis |
|---|---|
|
|
|
|
|
|
| Tarikh lahir | 26 Oktober 1953 |
| Tempat lahir | Kota Kinabalu, Borneo Utara |
| Parti politik | |
| Pasangan | Datin Seri Joan Maluda |
| Anak | 2 |
| Pekerjaan | Menteri Kabinet, Ahli Parlimen |
| Agama | Kristian |
Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili (Lahir 26 Oktober 1953) merupakan seorang ahli politik Parti Bersatu Sabah yang kini merupakan sebuah parti komponen Barisan Nasional. Kini beliau merupakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia yang dilantik pada Mac 2008. Sebelum ini beliau merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Marudu, Sabah.
Isi kandungan |
[sunting] Kehidupan Awal
Beliau telah dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah. Beliau mendapat pendidikan awal di SRK Pekan Tambunan (1962-1966). Beliau meneruskan persekolahannya di ST. Martin Secondary School, Tambunan (1967-1971). Beliau kemudiannya berpindah ke SMK Keningau pada tahun 1972.
[sunting] Keluarga
YB. Datuk telah mendirikan rumahtangga dengan isterinya, Datin Joan Maluda sejak tahun 1981. Beliau mempunyai seramai 2 orang anak, Rachel Jane Ongkili dan Andreas Jordan Ongkili. Beliau meminati sukan badminton, golf dan memancing. Selain itu beliau turut cenderung dalam bidang penulisan dan penyelidikan.
[sunting] Kerjaya
Y.B. Datuk Seri telah melanjutkan pengajiannya ke La Trobe University, Australia dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian pada tahun 1980. Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Tutor dan Penyelidik Sambilan di Universiti tersebut. Beliau menamatkan perkhidmatannya setelah berjaya mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang pembangunan ekonomi pada tahun 1985.
Sekembalinya dari luar negara,beliau telah bertugas sebagai Pensyarah di Universiti Putra Malaysia. Beliau kemudiannya bertukar ke Institute of Strategik & International Studies dan berkhidmat sebagai Penyelidik Kanan (1985-1986). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Eksekutif di Institute For Development Studies (1987-1993).
[sunting] Politik
Beliau memulakan kariernya sebagai wakil rakyat setelah memenangi kerusi DUN Langkon pada Pilihan Raya Umum Sabah 1994. Setelah itu, beliau telah dilantik sebagai Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah.
Pada Pilihanraya Umum ke-11, beliau telah bertanding di kerusi Kota Merudu dan berjaya menewaskan pencabarnya Andonnh Pilit @ Anthony Biri Mandiau, seorang calon BEBAS dengan majoriti 3189 undi. Selain itu, beliau juga merupakan ADUN Tandek. Beliau kini memegang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Penasihat Sains & Teknologi kepada Ketua Menteri Sabah.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Johnity @ Maximus Ongkili bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Kota Marudu , negeri Sabah. Johnity @ Maximus Bin Ongkili telah menang dengan mendapat undi sebanyak 12028.
Calon lawan ialah Roslan Bin Mohd Zain dari (Bebas) mendapat 1,109 undi dan hilang deposit.Berman Bin Angkap dari Bersekutu mendapat 457 undi dan hilang deposit. Andonny Pilit @ Anthony Biri Mandiau dari PKR mendapt 7,830 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 69.51 %. Undi rosak sebanyak 748.
[sunting] Rujukan
| Penyandang Terdahulu | Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia 18 Mac 2008– |
Penyandang Kemudian |
| Dato' Sri Dr. Jamaluddin Jarjis | Tiada |
