Portal:Hal semasa di Asia/2012
2012[sunting sumber]
- 26 Disember - Para pengundi di Mesir menyetujui perlembagaan baharu.
- 22 Disember - Kejadian rogol bergilir-gilir di Delhi mencetuskan bantahan meluas di seluruh India (gambar).
- 22 Disember - Singapura menewaskan Thailand secara agregat untuk menjuarai Piala Suzuki AFF buat kali keempat.
- 19 Disember - Park Geun-hye (gambar) terpilih sebagai Presiden Korea Selatan, menjadi wanita pertama menggalas jawatan itu.
- 16 Disember - Abe Shinzo terpilih sebagai Perdana Menteri Jepun apabila partinya mendapat majoriti mutlak Dewan Perwakilan.
- 11 Disember - Pemain sitar dan penggubah klasikal India Ravi Shankar meninggal dunia pada usia 92 tahun.
- 10 Disember - Bekas Presiden Bangladesh Iajuddin Ahmed meninggal dunia di Bangkok, Thailand.
- 29 November - Perhimpunan Agung PBB meluluskan usul memberikan Palestin (gambar bendera) status negara pemerhati bukan-anggota.
- 15 November - Naib Presiden China Xi Jinping (gambar) menjadi Setiausaha Agung Parti Komunis China, menggantikan Presiden Hu Jintao.
- 14 November - Ketua tentera Hamas Ahmad al-Ja'bari dibunuh dalam satu serangan udara Israel.
- 3 November - Dalam bola sepak, Piala AFC 2012 tamat dengan kemenangan kelab Al-Kuwait.
- 23 Oktober - Amir Qatar Hamad bin Khalifa menjadi ketua negara pertama mengunjungi Gaza sejak Hamas berkuasa.
- 14 Oktober - Bekas Raja Kemboja Norodom Sihanouk meninggal dunia pada usia 89 tahun.
- 9 Oktober - Aktivis kanak-kanak Pakistan Malala Yousafzai ditembak dalam cubaan bunuh oleh Taliban.
- 12 September+ - Serangan terhadap misi diplomatik dan bantahan meluas terjadi selepas penyebaran suatu filem pendek yang menghina Islam.
- 11 Ogos - Lebih 300 orang terbunuh dan 3,000 lagi cedera dalam dua gempa bumi berhampiran Tabriz, Iran.
- 11 Ogos - Presiden Mesir Mohammed Mursi mengarahkan Menteri Pertahanan Mohamed Hussein Tantawi meletak jawatan dan membatalkan pindaan perlembagaan oleh tentera.
- 8 Ogos - Majlis Peralihan Kebangsaan Libya menyerahkan kuasa kepada Kongres Kebangsaan Am yang baru dilantik.
- 6 Ogos - Perdana Menteri Syria Riyad Farid Hijab berpaling tadah kepada pemberontak.
- 30 Julai - Kegagalan grid kuasa di 20 negeri di India menyebabkan 600 juta orang tiada elektrik.
- 25 Julai - Lebih 40 orang terbunuh dalam pertempuran antara pemberontak dan askar kerajaan Tajik di Gorno-Badakhshan.
- 21 Julai - Pranab Mukherjee terpilih sebagai Presiden India.
- 18 Julai - Pelakon dan penerbit filem Bollywood Rajesh Khanna meninggal dunia pada usia 69 tahun.
- 15 Julai - Palang Merah mengisytiharkan pemberontakan Syria sebagai perang saudara, mencetuskan pemakaian undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
- 25 Jun - Calon Parti Kebebasan dan Keadilan Mohammed Mursi secara rasmi terpilih sebagai Presiden Mesir.
- 19 Jun - Yousaf Raza Gillani dibatalkan kelayakan daripada menjadi Perdana Menteri Pakistan kerana sabit bersalah menghina mahkamah.
- 16 Jun - Putera Mahkota Arab Saudi Nayef bin Abdul-Aziz meninggal dunia di Geneva.
- 14 Jun - Mahkamah Perlembagaan Agung Mesir membubarkan parlimen negara itu.1
- 11 Jun - Lebih 70 orang maut tertimbus akibat dua gempa bumi di utara Afghanistan.
- 2 Jun - Bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak dihukum penjara seumur hidup kerana peranannya dalam pembunuhan pembantah semasa revolusi Mesir 2011.
- 14 Mei - 1800 tahanan Palestin di Israel bersetuju menamatkan mogok lapar setelah mencapai persetujuan dengan pihak berkuasa Israel.
- 11 Mei - Barisan Pembebasan Kebangsaan pimpinan Presiden Abdelaziz Bouteflika mendapat kemajmukan dalam pilihan raya perundangan Algeria.
- 9 Mei - Sebuah Sukhoi Superjet 100 (gambar) terhempas dalam satu penerbangan pertunjukan di Indonesia, membunuh semua 45 orang di dalamnya.
- 28 April - Polis menahan lebih 500 orang kerana terlibat dalam Perhimpunan Bersih 3.0 (gambar) di Kuala Lumpur.
- 26 April - Fayez al-Tarawneh menjadi Perdana Menteri Jordan buat kali kedua selepas Awn Shawkat Al-Khasawneh meletak jawatan.
- 19 April - India berjaya melancarkan ujian peluru berpandu balistik antara benua Agni-V.
- 16 April - Jim Yong Kim terpilih sebagai Presiden Bank Dunia.
- 16 April - Taur Matan Ruak terpilih sebagai Presiden Timor Leste.
- 11 April - Parti memerintah Parti Saenuri pimpinan Park Geun-hye mengekalkan majoritinya dalam pilihan raya Korea Selatan.
- 11 April - Gempa bumi bermagnitud 8.6 melanda 430 km di luar pantai Sumatera, mencetuskan amaran tsunami di sekitar Lautan Hindi.
- 2 April - Liga Demokrasi Kebangsaan pimpinan Aung San Suu Kyi memenangi majoriti kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya kecil Myanmar.
- 4 Mac - Vladimir Putin terpilih sebagai Presiden Rusia untuk penggal ketiganya.
- 29 Februari - Korea Utara bersetuju menggantung operasi pengayaan uranium sebagai pertukaran bantuan kemanusiaan.
- 29 Februari - Struktur bebas kedua tertinggi di dunia, Tokyo Sky Tree (gambar) siap dibina.
- 27 Februari - Abd Rabbuh Mansur Al-Hadi mengangkat sumpah sebagai Presiden Yaman selepas pengunduran Ali Abdullah Saleh.
- 14 Februari - Syarikat penerbangan Indonesia Lion Air memesan 230 pesawat Boeing dengan harga AS$22.4 bilion, satu rekod baharu.
- 7 Februari - Mohammed Waheed Hassan mengangkat sumpah sebagai Presiden Maldives selepas perletakan jawatan Mohamed Nasheed.
- 6 Februari - Gempa bumi di luar pantai Negros Oriental, Filipina, mengorbankan lebih 100 orang dan menyebabkan kerosakan besar.
- 25 Januari - Kesatuan Eropah mengenakan embargo terhadap kontrak minyak masa hadapan dengan Iran.
- 18 Januari - Parti Kebebasan dan Keadilan mendapat kerusi terbanyak dalam pilihan raya pertama Mesir selepas revolusi.
- 14 Januari - Di Republik China di Taiwan, Ma Ying-jeou terpilih semula sebagai presiden.
- 12 Januari - Di Myanmar, kerajaan dan Kesatuan Kebangsaan Karen mengadakan gencatan senjata bagi mengakhiri perbalahan dalaman yang bermula pada 1948.
- 9 Januari - Ketua pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim (gambar) didapati tidak bersalah dalam kes liwat terhadap bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari.
- 1 Januari - Azerbaijan, Guatemala, Maghribi, Pakistan dan Togo menyertai Majlis Keselamatan PBB sebagai anggota sementara.