Pergi ke kandungan

Bibimbap: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Polar (bincang | sumb.)
Baris 29: Baris 29:


Bandar [[Jeonju]], ibu kota [[Jeolla Utara]], Wilayah di [[Korea Selatan]],<ref name="Metropolitan"/> terkenal di serata negara itu dengan versi ''bibimbap''nya yang tersendiri,<ref>{{cite web|title=Top 10 Korean Dishes & Restaurants|url=http://english.visitkorea.or.kr/enu/SI/SI_EN_3_6.jsp?cid=548164|publisher=[[Korea Tourism Organization]]|accessdate=12 April 2015|author=Hong Mi-Kyung |date=May 19, 2008}}</ref> yang dikatakan disandarkan kepada sajian diraja ketika Zaman Dinasti Joseon.<ref name=wmama />
Bandar [[Jeonju]], ibu kota [[Jeolla Utara]], Wilayah di [[Korea Selatan]],<ref name="Metropolitan"/> terkenal di serata negara itu dengan versi ''bibimbap''nya yang tersendiri,<ref>{{cite web|title=Top 10 Korean Dishes & Restaurants|url=http://english.visitkorea.or.kr/enu/SI/SI_EN_3_6.jsp?cid=548164|publisher=[[Korea Tourism Organization]]|accessdate=12 April 2015|author=Hong Mi-Kyung |date=May 19, 2008}}</ref> yang dikatakan disandarkan kepada sajian diraja ketika Zaman Dinasti Joseon.<ref name=wmama />

Versi ''bibimbap'' lain turut dipanggil ''[[hoedeopbap]]'', yangg menggunakan makanan laut mentah seperti ikan [[tilapia]], [[salmon]], [[tuna]] atau kadangkala kurita, tetapi setiap mangkuk nasi hanya mengandungi sejenis pilihan makanan lauk sahaja. Istilah ''[[hoe (makanan)|hoe]]'' pada nama hidangannya bermaksud ikan mentah. Hidangan ini populat di persisiran pantai di Korea yang erdapat banyaknya ikan.{{Citation needed|date=November 2008}}<ref name="hgtipsp29832">{{cite web|last=Olson |first=Ann |url=http://www.healthguideinfo.com/dieting-tips/p29832/ |title=Health Benefits of Bibimbap – Korea's Best Diet Food |publisher=Health Guide Info.com |date=March 23, 2009}}</ref>

Di samping itu, terdapat pelbagai jenis lagi bibimbap, seperti bibimbap tauge, bibimbap herba liar, dan bibimbap bass mangkuk besar.

== Perlambangan ==

Semakan pada 07:19, 15 April 2015

Bibimbap
Dolsot bibimbap
Nama Korea
Hangul비빔밥
Perumian Semakanbibimbap
McCune–Reischauerpibimpap
Bibimbap

Bibimbap (비빔밥, sebutan bahasa Korea: [bibimbap],[1] kadang-kala dirumikan menjadi bi bim bap atau bi bim bop) ialah satu daripada hidangan istimewa Korea. Perkataannya seara harfiah bermaksud "nasi campur". Bibimbap disajikan dalam mangkuk yang berisi nasi panas yang ditutupi dengan namul (sayur tumis dan diperisa) dan gochujang (pes cili), kicap, atau doenjang, pes kacang soya masin. Telur mentah atau goreng dan hirisan daging (lazimnya daging lembu) adalah kebiasaan lauknya. Makanan ersebut kemudiannya dikacau panas-panas sebelum dimakan.[2]

Di Korea Selatan, Jeonju, Jinju, dan Tongyeong amat terkenal dengan bibimbap versi mereka sendiri.[3] Pada 2011, ia berada pada kedudukan ke-40 dalam 50 makanan paling lazat di dunia melalui undian pembvaca yang dikumpulkan oleh CNN Travel.[4]

Sejarah

Nama Bibimbap diguna pada awal kurun ke-20. Dari Zaman Joseon (1392–abad ke-16) hingga ke abad ke-20, Bibimbap dipanggil Goldongban, yang bermaksud hidangan nasi yang disaji bersama campuran makanan lain. Hidangan ini secara tradisinya dimakan pada malam tahun baru lunar memandangkan orang ketika itu merasakan mereka perlu menghabiskan saki baki lauk atau hidangan sampingan sebelum tahun baru atau perlu membuangnya. Penyelesaian ini iaitu memasukkan sekali saki baki ke dalam nasi dan digaul bersama mengelakkan dari sebarang pembuangan dan pembaziran.[5] Bibimbap juga dianggap hanya dimakan oleh petani semasa musim bertani kerana ia adalah kaedah yang paling mudah untuk disediakan bagi sejumlah ramai orang. Bibimbap, turut dikenali sebagai Goldongban ketika itu, yang disajikan kepada raja sebagai santapan tengah hari atau santapan antara hidangan ringan.[6]

Bibimbap mula disebut dalam Siuijeonseo, buku masakan pada lewat abad ke-19.[7][8] Buku tersebut membernya nama 부븸밥 (bubuimbap).[9] Sesetengah ahli sarjana menegaskan yang bibimbap berasal dari amalan tradisi yang mencampukan semua makanan yang dijadikan persembahan pada upacara jesa di dalam mangkuk sebelum ambil bahagian.[10]

Sejak lewat abad ke-20, bibimbap mula tersebar di negara lain, disebabkan mudahnya penyediaan santapan ini. Ia juga disajikan dalam beberapa penerbangan yang menghubungkan Korea Selatan.

Penyediaan

Pilihan bahan untuk membuat bibimbap

Sayuran laizmnya digunakan dalam bibimbap termasuklah potongan timun, zukini, mu (daikon), cendawan, doraji (akar pokok bunga belon), dan gim, begitu juga bayam, tauge soya, dan gosari (pucuk paku). Dubu (tauhu), sama ada biasa atau ditumis, atau daun salad juga boleh ditambah, atau daging ayam atau makanan laut menjadi ganti kepada daging lembu.[2] Untuk menambahkan kecantikan hidangan, sayuran disusun agar warna bersesuaian satu sama lain.

Kepelbagaian

Jeonju bibimbap

Variasi hidangan ini, dolsot bibimbap (돌솥 비빔밥, dolsot bermaksud "periuk batu"), disajikan dalam mangkuk batu yang sangat panas yang di dalamnya telur mentah akan masak apabila mengena sisi mangkuk tersebut. Mangkuk itu amat panas sehingga apa sahaja yang menyentuhnya akan berdesir untuk beberapa minit. Sebelum nasi diletakkan di dalam mangkuk tersebut, bahagian bawahnya disadur dengan minyak bijak, menjadikan lapisan nasi yang menyentuh mangkuk tersebut menjadi perang dan rangup.

Bandar Jeonju, ibu kota Jeolla Utara, Wilayah di Korea Selatan,[2] terkenal di serata negara itu dengan versi bibimbapnya yang tersendiri,[11] yang dikatakan disandarkan kepada sajian diraja ketika Zaman Dinasti Joseon.[3]

Versi bibimbap lain turut dipanggil hoedeopbap, yangg menggunakan makanan laut mentah seperti ikan tilapia, salmon, tuna atau kadangkala kurita, tetapi setiap mangkuk nasi hanya mengandungi sejenis pilihan makanan lauk sahaja. Istilah hoe pada nama hidangannya bermaksud ikan mentah. Hidangan ini populat di persisiran pantai di Korea yang erdapat banyaknya ikan.[perlu rujukan][12]

Di samping itu, terdapat pelbagai jenis lagi bibimbap, seperti bibimbap tauge, bibimbap herba liar, dan bibimbap bass mangkuk besar.

Perlambangan

  1. ^ Никольский, Л.Б.; Цой Ден Ху и др. (1976). Большой корейско-русский словарь. Москва: Русский язык.
  2. ^ a b c "Organic Vegetables Bibimbap". Seoul Metropolitan Government. Diarkibkan daripada yang asal pada October 1, 2011.
  3. ^ a b Introduction to Bibimbap: From Jeonju to Jinju style [pautan mati]
  4. ^ Cheung, Tim (7 September 2011). "Your pick: World's 50 best foods". CNN. Dicapai pada April 12, 2015.
  5. ^ "Rice with Leftovers (1st Lunar Month)". Dicapai pada April 8, 2015.
  6. ^ "Origin of Bibimbap". Bibimbap Globalization Foundation. Dicapai pada April 12, 2015.
  7. ^ Koo Chun-sur, Director, World Food Culture Research Institute. "Bibimbap: High-nutrition All-in-one Meal". The Korea Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-07.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  8. ^ 비빔밥. Encyclopedia of Korean National Culture (Empas) (dalam bahasa Korean). Dicapai pada 2006-12-06.CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ 전주비빔밥. Jeonbuk Food Culture Plaza (dalam bahasa Korean). Dicapai pada 2006-12-06.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ Choe, Sang-Hun; Christopher Torchia (2 April 2007). Looking for a Mr. Kim in Seoul. Master Communications. m/s. 168. ISBN 978-1-932457-03-2.
  11. ^ Hong Mi-Kyung (May 19, 2008). "Top 10 Korean Dishes & Restaurants". Korea Tourism Organization. Dicapai pada 12 April 2015.
  12. ^ Olson, Ann (March 23, 2009). "Health Benefits of Bibimbap – Korea's Best Diet Food". Health Guide Info.com.