Cukup Derita Itu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Cukup Derita Itu
Genre
Berdasarkan daripada
Cukup Derita Itu karya Siti Rosmizah
PenciptaSiti Rosmizah Semail
Ditulis oleh
  • Siti Rosmizah
  • Falriqz Naill
  • Zuyyin
PengarahAlong Kamaludin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanCukup Derita Itu - Siti Nordiana
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod40
Penerbitan
PenerbitSiti Rosmizah Semail
Mazelan Zainol Abidin
Tempoh siaran39–40 minit
Syarikat penerbitan
SR One Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Samarinda)
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Siaran asal6 Mei 2021 – Kini

Cukup Derita Itu ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Along Kamarudin, di bintangi oleh Hisyam Hamid, Ruhainies Farehah dan Chacha Maembong. siri ini memulakan tayangan di Slot Samarinda TV3 6 Mei 2021 mengantikan Penjara Janji [1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang kehidupan pasangan kembar Ellani dan Ellana yang telah kematian kedua orang tua dan dibesarkan oleh ibu saudara. Walaupun dibesarkan oleh ibu saudara, Ellani dan Ellana dilayan tidak sama. Ellana dilayan bagaikan puteri manakala Ellani dilayan seperti hamba. Entah apa alasannya.

Setelah dewasa, Ellana bertemu dengan Zarul Zafran seorang lelaki tampan berjawatan sebagai pensyarah. Cinta pandang pertama telah membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Tetapi Zarul telah terlibat dalam sebuah kemalangan.

Zarul tiba-tiba berubah hatinya kepada Ellani dan melamar Ellani untuk menjadi isterinya. Ellani tidak keruan manakan bakal abang iparnya ingin menjadi suaminya pula.

Namun, demi kebahagiaan seorang yang telah dianggap seperti ibu, Ellani akur dengan ketentuan jodohnya. Zarul Zafran akhirnya menjadi suaminya. Berbagai onak dan duri dilalui.

Dendam Makngah dan pasangan kembarnya, Ellana menyebabkan hidup Ellani penuh dengan duka. Lelaki yang telah menjadi suaminya mula berubah hati dan cintakan semula Ellana hingga sanggup menceraikannya. Dia diceraikan hanya melalui sms.

Bagaimanakah nasib Ellani setelah diceraikan? Adakah hubungan yang telah putus itu dapat disambung semula? Adakah sinar bahagia menanti Ellani di akhirnya?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Runut Bunyi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Cukup Derita Itu MyInfoTaip. Dicapai 6 Mei 2021.