Pergi ke kandungan

Donggongon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Donggongon
Transkripsi lain
Tugu Datuk Peter Mojuntin yang terletak di tengah-tengah pekan Donggongon
Tugu Datuk Peter Mojuntin yang terletak di tengah-tengah pekan Donggongon
Mohor rasmi Donggongon
Lokasi daerah dan pekan Donggongon
Lokasi daerah dan pekan Donggongon
Donggongon yang terletak di Malaysia Timur
Donggongon
Donggongon
Koordinat: Koordinat: 5°55′N 116°05′E / 5.917°N 116.083°E / 5.917; 116.083
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianPantai Barat
Majlis Perbandaran28 Disember 2021
DaerahPenampang
Pentadbiran
 • BadanMajlis Perbandaran Penampang
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah1,397
 Populasi di kawasan Donggongon
Zon waktuMST
Kod kawasan088
Kawasan KejirananKota Kinabalu, Kepayan dan Penampang
Tamu MingguanRabu
Laman sesawangww2.sabah.gov.my/md.ppg/

Donggongon adalah sebuah pekan besar yang terletak di Bahagian Pantai Barat Sabah, Malaysia. Pekan ini terletak didalam daerah Penampang, tetapi kini ia dianggap adalah sebahagian dari kawasan metropolitan ibu negeri Sabah iaitu Kota Kinabalu. Sehingga tahun 2010, jumlah penduduk di pekan ini ialah sebanyak 1,397.[1] Ibu pejabat polis daerah Penampang, Perpustakaan daerah Penampang, dan Kompleks Sukan Penampang (KSP), adalah contoh bangunan infrastruktur awam yang terletak di pekan Donggongon. Donggongon juga cukup popular dengan "Pasar Tamu" (sebuah pasar mingguan yang hanya dibuka pada setiap hari Khamis dan Jumaat sahaja). Pada dua hari tersebut, dianggarkan beribu orang dari kalangan keluarga, orang awam, pelancong akan melawat pasar tersebut untuk membeli barangan rumah, makanan, barangan cenderamata tradisional seperti beg tangan, gelang mutiara dan gong. Ini kerana dikatakan banyak dari barangan di sana cukup unik kerana barangan dijual adalah hasil sulaman dan buatan tangan orang bumiputera Sabah yang asli dan tulen.

Donggongon adalah sebuah bandar utama untuk daerah Penampang. Bandar atau pekan besar ini turut mempunyai sebuah kompleks membeli-belah yang terpanjang di Sabah. Iaitu Kompleks Membeli-belah Megalong.

Demografi penduduk

[sunting | sunting sumber]

Jumlah penduduk Kawasan Donggongon

[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan jumlah penduduk di kawasan Donggongon pada tahun 2010 mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia;

Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010[2]
Tahun Melayu Kadazan/Dusun Bajau Murut Bumiputera Lain Cina India Lain-lain Bukan Warganegara Malaysia Jumlah Keseluruhan
2010 32 338 222 56 319 170 11 31 218 1,397
2020 (Akan Datang)

Berikut merupakan jumlah penduduk di kawasan Donggongon pada tahun 2010 mengikut pecahan jantina seperti berikut;

Jantina[2]
Tahun Lelaki Perempuan Jumlah
2010 716 681 1,397
  1. ^ Donggongon World Gazetteer
  2. ^ a b "Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010" (PDF). 2012-02-27. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-27. Dicapai pada 2020-03-03.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Kategori berkenaan Donggongon di Wikimedia Commons