Petagas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Petagas
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianPantai Barat
Zon waktuMalaysian Standard Time

Petagas merupakan sebuah mukim yang terletak di dalam daerah Putatan, Sabah, Malaysia.Nama Petagas diambil daripada nama sejenis serangga yang dikenali sebagai Agas

Kampung dan Sejarah[sunting | sunting sumber]

Mukim petagas mempunyai pekan kecil petagas atau lebih dikenali ramai penduduk petagas sebagai taman jumbo serta ada beberapa buah kampung. Diantaranya Kampung Petagas, Kampung petagas dibahagikan beberapa kawasan antaranya kampung kecil Dopo Petagas, kampung kecil Baru Petagas, kampung kecil Sekambu Petagas, kampung kecil Tengah padang Petagas dan kampung kecil Sodomon Petagas. Selain itu Kampung Seberang Petagas Petagas, Kampung Muhibbah Petagas, Kampung Peringatan Petagas, Kampung Contoh Petagas, Kampung Sindil Petagas, dan Kampung Linsuk Petagas. Di petagas ini jugalah tempat berlakunya sejarah pembunuhan beramai-ramai pasukan gerila kinabalu yang diketuai oleh Albert Kwok oleh tentera jepun pada tarikh 21hb januari 1944 di kampung peringatan petagas. Dan di kampung Peringatan Petagas inilah dibina tugu peringatan peperangan Petagas untuk memperingati pengorbanan pasukan gerila kinabalu.