Lok Kawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lok Kawi
Roundabout di Lok Kawi
Roundabout di Lok Kawi
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianPantai Barat
Zon waktuMalaysian Standard Time

Lok Kawi adalah sebuah pekan dalam daerah Penampang di Bahagian Pantai Barat Sabah, Malaysia Timur.

Kedudukan Geografi[sunting | sunting sumber]

Terletak di sekitar sempadan daerah Penampang dan Papar, kira-kira 15 kilometer di selatan ibu negeri Kota Kinabalu, ia telah menjadi sebahagian daripada bandar Kota Kinabalu. Ia juga mempunyai salah satu kuil daripada beberapa kuil Hindu di Kota Kinabalu, iaitu Kuil Sri Subramaniyar. Asalnya sebuah perkampungan kecil, Lok Kawi kini mempunyai sebuah estet kecil perindustrian serta pembangunan kediaman moden. Di sini juga terletaknya Kem Tentera darat markas 5 briged Lok Kawi dan Lok Kawi Wildlife Park. Bandar-bandar berhampiran termasuk Putatan di utara, dan Kinarut di selatan.

Lok Kawi Wildlife Park[sunting | sunting sumber]

Lok Kawi Wildlife Park

Sejarah Ringkas[sunting | sunting sumber]

Dalam tahun 1920-an penulis W. Somerset Maugham adalah pengunjung yang kerap ke tempat ini, anak saudara beliau telah berkahwin dengan pengurus Estet Lok Kawi.[1]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Firkins, Peter (1995) Borneo Surgeon: A Reluctant Hero. The Story of Dr James P Taylor Carlisle, Western Australia: Hesperian Press. ISBN 0-85905-211-7, 32


Koordinat: 5°51′N 116°03′E / 5.850°N 116.050°E / 5.850; 116.050