Greater Kota Kinabalu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Peta kasar menunjukkan kawasan Greater Kota Kinabalu. Garisan menunjukkan sempadan daerah.[1] Kawasan berwarna kelabu menunjukkan kawasan bandar dan mempunyai ramai penduduk.[2]

Greater Kota Kinabalu (Kota Kinabalu Raya) merujuk kepada kawasan perbandaran sekitar bandar Kota Kinabalu di Malaysia. Kota Kinabalu adalah ibu negeri Sabah dan merupakan bandar yang terbesar di negeri ini. Pembangunan aglomerasi bandar juga semakin terjadi di sekitar Kota Kinabalu sehingga melampaui sempadan bandar di sebelah selatan dan sehingga ke daerah Penampang dan Putatan,[3][4] sebahagian kecilnya juga berkembang ke daerah Papar di selatan dan Tuaran di utara.

Nama Greater Kota Kinabalu biasanya digunakan oleh kerajaan negeri dan persekutuan dalam perancangan pembangunan sosial, ekonomi dan strategi seperti Sabah Integrated Coastal Zone Management,[5] Pembangunan Ekonomi Sabah dan Pihak Berkuasa Pelaburan,[3] Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Sabah,[6] dan Jawatankuasa Pencegahan Banjir Greater Kota Kinabalu.[4]

Greater Kota Kinabalu kadang-kadang dirujuk sebagai Kota Kinabalu Urban Area, Kawasan Urbanisasi Kota Kinabalu atau Kota Kinabalu Metropolitan Area. Kota Kinabalu Metropolitan Area juga mungkin termasuk bandar dan daerah Papar yang berada 38 km ke selatan dan Tuaran 34 km ke utara Kota Kinabalu sebagai bandar-bandar satelit dalam kawasan metropolitan.[7]

Penduduk Greater Kota Kinabalu berjumlah 629,943[3] dan Kawasan Metropolitan Kota Kinabalu (termasuk Papar dan Tuaran) berjumlah 837,694.[7] Manakala, penduduk bandar dan daerah Kota Kinabalu berjumlah 462,963.[8] Greater Kota Kinabalu tersenarai dalam kawasan terbesar di Malaysia bersama-sama dengan Kuala Lumpur (Lembah Klang), Johor Bahru, Pulau Pinang, Ipoh dan Kuching.[9]

Pusat ekonomi dan kawasan tumpuan utama Kota Kinabalu adalah kawasan kecil di tepi pantai yang dikenali sebagai Kota Kinabalu Central Business District atau Pusat Bandar Kota Kinabalu.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Kota Kinabalu terletak di bahagian Bahagian Pantai Barat Sabah (di barat laut Borneo) menghadap Laut China Selatan. Terdapat ruangan di antara laut dan Banjaran Crocker sepanjang pantai barat Sabah. Pembangunan itu tertumpu di sepanjang pantai ke arah utara dan juga selatan Kota Kinabalu.

Populasi[sunting | sunting sumber]

Penduduk Greater Kota Kinabalu ketika ini berjumlah 629,943,[3] yang meliputi Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang. Jika Tuaran dan Papar dimasukkan, jumlah keseluruhan penduduk ialah 837,694 (Metropolitan).[7] Kesemua lima daerah di rantau ini bersama-sama dengan daerah Kota Belud dan Ranau berada dalam Bahagian Pantai Barat Sabah. Berikut adalah jumlah penduduk mengikut daerah pentadbiran berdasarkan Banci Rasmi Negara 2010.[8]

Daerah Populasi Luas (km²) Kepadatan (orang/km²)
Kota Kinabalu 462,963 351 1,319
Putatan 55,864 54 1,035
Penampang 125,193 411 305
Papar 124,420 1,243 100
Tuaran 105,435 1,166 90
Ranau 95,800 3,608 27
Kota Belud 93,180 1,386 67
Greater KK (KK + Penampang dan Putatan) 644,020 816 789
Metro (GKK + Tuaran dan Papar) 877,889 3,225 272
Bahagian Pantai Barat 1,067,589 7,588 140

Bandar-bandar utama dan kawasan pembangunan[sunting | sunting sumber]

Dalam daerah bandar[sunting | sunting sumber]

Bandaraya Kota Kinabalu, gambar diambil pada tahun 2008.

Luar daerah bandar tetapi di dalam kawasan bandar[sunting | sunting sumber]

Satu pemandangan dari udara Lok Kawi di daerah Papar yang merupakan sebahagian daripada kawasan pembangunan berterusan yang terletak di sepanjang pantai selatan Kota Kinabalu dan mewakili pinggir selatan Greater Kota Kinabalu. Bukit di gambar ini merupakan sebahagian daripada Banjaran Crocker.

Di luar kawasan bandar tetapi di dalam kawasan metropolitan[sunting | sunting sumber]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Terdapat 3 kerajaan tempatan mentadbir kawasan GKK:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Struktur Pemerintahan". Jabatan Tanah Dan Ukur Sabah. Dicapai 18 Mei 2012. 
  2. ^ "Kota Kinabalu". Google Search. Google Maps. Dicapai 18 Mei 2012. 
  3. ^ a b c d "Greater Kota Kinabalu Healthcare Overview" (PDF). Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA). Dicapai 19 April 2012. 
  4. ^ a b "Three strategies to solve flooding in KK". Borneo Post Online. 29 Mac 2012. Dicapai 23 April 2012. 
  5. ^ "Homepage for the ICZM unit in Sabah". Sabah Integrated Coastal Zone Management. Dicapai 19 April 2012. 
  6. ^ "Main Page". Sabah Town and Regional Planning Department. Dicapai 19 April 2012. 
  7. ^ a b c S. C. Cheah (14 Mac 2005). "Property Talk: KK Turning Into Shopping Haven". The Star (Malaysia). 
  8. ^ a b "Population Distribution and Basic Demographic Characteristics, 2010" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Dicapai 19 April 2012. 
  9. ^ "Malaysia: Federal States, Territories, Major Cities & Conurbations - Statistics & Maps on City Population". City Population. Dicapai 25 Mei 2012. 

Koordinat: 5°58′36″N 116°05′31″E / 5.97668°N 116.09184°E / 5.97668; 116.09184