Jeonbokjuk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jeonbokjuk
Jeonbokjuk dibuat tanpa organ dalaman abalon
JenisJuk
Tempat asalKorea
Kawasan/rantauPulau Jeju
Suhu penghidanganSuam
Bahan utamaAbalon, nasi putih
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Jeonbokjuk
Hangul전복죽
Hanja
Perumian Semakanjeonbok juk
McCune–Reischauerchŏnpok chuk

Jeonbokjuk (sebutan bahasa Korea: [tɕʌnboktɕ͈uk]) adalah sejenis Juk (죽), atau bubur Korea, dibuat dengan abalon dan nasi putih. Abalon dianggap sebagai bahan yang berkualiti tinggi dalam masakan Korea dan sering dipersembahkan sebagai hadiah kepada raja Korea.[1]Hidangan ini adalah keistimewaan tempatan Pulau Jeju di mana abalon biasanya ditangkap. Jeonbokjuk bukan sahaja dikenali sebagai makanan istimewa tetapi juga sebagai makanan tambahan dan bantuan pencernaan terutama bagi orang sakit atau orang tua.[1][2]Jeonbokjuk boleh dibuat dengan atau tanpa organ dalaman abalon. Jeonbokjuk dengan organ dalaman mempunyai warna hijau sementara yang kedua adalah lebih kepuntihan warnanya.[3]

Penyediaan dan sajian[sunting | sunting sumber]

Abalon mula-mula sekali disiang dengan membersihkannya dengan berus dalam air dan dagingnya itu dikeluarkan dengan pisau dapur kecil. Organ-organ dalaman dikeluarkan secara berasingan daripada daging (berhati-hati supaya tidak merosakkannya). Daging ini dimasak sedikit di dalam air mendidih dan kemudian dihiris nipis. Beras pula direndam di dalam semangkuk air 3 hingga 4 jam sebelum dimasak.

Daging abalon digoreng kilas dalam periuk dengan api kecil bersama minyak bijan manakala nasi yang direndam ditambah pula tidak lama selepas itu. Selepas goreng kilas untuk seketika, air dituang ke dalam periuk dan dimasak pada suhu yang lebih tinggi.

Masakan terus dikacau untuk menghalang bahan-bahan daripada melekat pada bahagian bawah periuk. Selepas masakan tersebut mendidih, haba diturunkan dan biarkan ia mereneh. Hidangan tersebut diperisakan dengan garam atau ganjang (kicap Korea).[4]

Jeonbokjuk dengan organ-organ dalaman abalon.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Jeonbokjuk (Rice porridge with abalone)". The Jeju-do government's official website / EncyKorea. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-28. Dicapai pada 2008-05-31.
  2. ^ (Korea) Jeonbokjuk Diarkibkan 2011-06-10 di Wayback Machine at Encyclopedia of Korean Culture
  3. ^ (Korea) Jeonbokjuk, the color of Jeju's sea, Jeju Sori, 2009-02-19. Retrieved 2010-07-02.
  4. ^ (Korea) Jeonbokjuk at Doosan Encyclopedia

Pautan luar[sunting | sunting sumber]