Kalabakan, Tawau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Ralat skrip: Modul ini tidak wujud.

Kalabakan
Kalabakan Sabah AccessToTown-01.jpg
Selamat Datang ke Pekan Kalabakan
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianTawau
Zon masaWPM
bulatan ke pekan kalabakan melalui Lebuh Raya Tawau-Keningau-Kimanis

Kalabakan ialah sebuah daerah baharu di Sabah yang terletak di sebelah barat daerah Tawau. Jaraknya dari Bandar Tawau adalah kira-kira 106 kilometer. Buat masa ini, Kalabakan masih dibawah pentadbiran Tawau dan Kalabakan bakal mempunyai sebuah pekan baharu.

Kegiatan Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Kayu Balak di Kalabakan

Pekan Kalabakan mempunyai sebuah kilang milik Kalabakan Plywood Sdn. Bhd. yang merupakan salah satu pengeluar papan lapis utama di Sabah. Masyarakat dan penduduk setempat bergantung kepada kegiatan ekonomi berbentuk pertanian iaitu tanaman jenis kelapa sawit dan tanaman jenis buah-buahan tempatan. Kegiatan perikanan juga amat baik di sini kerana Kalabakan merupakan pengeluar 'Udang Galah' terbesar Daerah Tawau.

Asal Usul Kampung Kalabakan[sunting | sunting sumber]

Masjid Al-Muqarrabah in Pekan Kalabakan

'Kalabakan' mendapat nama dari perkataan 'kalap angkan' maksudnya 'dapat makan' yang berasal dari bahasa suku kaum Tidong iaitu penduduk asal kampung ini. Merupakan kampung tertua di sabah wujud sebelum merdeka lagi. Majoriti penduduk asal di kampung ini adalah suku Tidong dan Murut. Sekarang ini ia diduduki oleh pelbagai bangsa dan suku kaum.

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Kalabakan seringkali disalah anggap sebagai sebuah daerah, namun sebenarnya hanya sebuah pekan perkampungan di Daerah Tawau.

Peristiwa Konfontasi Malaysia-Indonesia 1963 Kalabakan[sunting | sunting sumber]

Tugu Peringatan Kalabakan

Kalabakan terkenal dengan peristiwa Konfrontasi Indonesia-Malaysia 1963 yang berlaku pada 29 Disember 1963. Peristiwa ini telah mengorbankan seorang pegawai dan tujuh anggota Platun 1 Kompeni A3 RAMD, manakala 18 orang anggota lagi tercedera. Peristiwa berdarah ini berlaku pada tanggal 29 Disember 1963.

Istimewa Kalabakan[sunting | sunting sumber]

Banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi di Kalabakan. Salah satunya adalah Tugu Peringatan Konfontasi Malaysia-Indonesia 1963. Selain itu Kalabakan mempunyai tempat peranginan iaitu Air Terjun Batu 9 yang sangat cantik dan indah. Untuk penginapan Kalabakan mempunyai Resort Felda Kalabakan yang menyediakan perkhidmatan yang baik. Sungai Kalabakan juga merupakan sungai yang besar dan panjang di sabah ini. Kampung lama Kalabakan iaitu kampung 'Liasau' merupakan kampung yang tertua di dalam Kalabakan dan mempunyai tapak arkeologi yang boleh di buat kajian. Menurut sumber ada nisan yang terdapat di kawasan ini bertarikh 1400 masihi. Lombong Arang Batu Silimpopon yang wujud dalam 1920 juga terletak di kawasan Kalabakan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]