Kampung Pokok Asam, Sungai Petani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Pokok Asam
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Pokok Asam
Mohor rasmi Kampung Pokok Asam
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriKedah
Daerah Sungai Petani
KampungKampung Pokok Asam
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
08600
Kod kawasan+604
Lokasi Kampung Pokok Asam di Peta Google

Kampung Pokok Asam merupakan sebuah kampung yang terletak di Sungai Petani, dalam Kedah, iaitu sebuah negeri di Malaysia.Asal nama Kampung Pokok Asam ialah Kampung Akar. Penduduk Kampung disini adalah seramai lebih kurang 500 orang. Kebanyakan penduduk disini terdiri dari saudara mara. Kecuali bagi mereka yang tinggal ditanah2 Lot. Kebanyakan penduduk kampung di sini bekerja di sektor seperti perkilangan dan bekerja sendiri, penjawat awam dan sektor lain yang berkaitan. Hanya lebih kurang 1%-2% masih bekerja di sektor pertanian seperti pesawah, ladang getah dan kelapa sawit. Penduduk kampung ini juga aktif dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong,sukaneka dan pakatan kenduri-kendara.

Negeri Kedah Darul Aman, iaitu negeri di utara di Malaysia, dan yang bersempadan dengan negara Thailand di timur lautnya, dan bersempadan dengan negeri Perak di tenggara, Pulau Pinang di barat daya dan Perlis di bahagian utara.

Negeri Kedah merupakan sebuah negeri yang terkenal sebagai sebuah negeri pertanian yang maju di Malaysia, terutamanya sebagai pengeluar padi terbesar, menghasilkan 70% pengeluaran hasil padi.2017 .[1] Salah satu makanan tradisi istimewanya adalah laksa Kedah.[2]

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Pendidikan - Disini terdapat sebuah sekolah agama yang dinamakan sekolah Menengah/Rendah Al Islah.Diasaskan oleh Persatuan IKRAM. Di Kampung Pokok Asam ini juga terdapat sekolah Tadika KEMAS yang mana tenaga pengajarnya ialah Cikgu Rozilawati. Disamping itu juga disini terdapat sebuah yayasan yang membantu para mualaf yang baru memeluk islam dengan mengadakan asrama serta kelas. Yayasan ini dinamakan Yayasan Abu Bakar yang ditubuhkan oleh Jasmin Coperation.


Tempat beribadat - Terdapat sebuah masjid di sini yang didirikan di atas tanah yang diwakafkan oleh (Allahyarham) Mohamed Haniff bin Jaloff dan isterinya (Allahyarhamah) Puan Hajjah Shafiah binti Abdullah, yang telah berbesar hati untuk mewakafkan sebahagian tanah berhadapan tapak rumah mereka untuk dibina sebuah masjid dan untuk tapak perkuburan Islam di Kampung Pokok Asam. Ini kerana sebelumnya Kampung Pokok Asam pernah tidak mendapat kelulusan dan peruntukan dari pihak Majlis Agama Islam bahagian Sungai Petani untuk membina masjid kerana tiada tapak tanah yang kosong, oleh sebab itu, maka (Allahyarhamah) Puan Hajjah Shafiah binti Abdullah dan keluarganya telah sepakat untuk mewakafkan tanah bersebelahan tapak perkuburan Islam Kampung Pokok Asam (berdasarkan keluasan yang sesuai untuk pembinaan sebuah masjid) supaya dapat dibina masjid bagi kemudahan penduduk kampung yang disayangi untuk menunaikan solat jemaah. Tanah yang diwakafkan merangkumi tapak masjid dan sebahagian kecil tapak perkuburan yang semakin kekurangan ruang. Imam pertama masjid ini ialah (Allahyarham) Tuan Haji Zakaria bin Md. Akhir yang juga menyandang jawatan sebagai ketua kampung bagi Kampung Pokok Asam sekitar tahun 90an, beliau juga adalah adik ipar kepada pewakaf tanah bagi masjid tersebut. Manakala imam kedua selepas Tuan Haji Zakaria ialah Tuan Haji Ustaz Abdullah atau lebih dikenali dengan nama Ustaz Lah (Taman Sri Pinang). Manakala Setiausaha pula ialah saudara Md Zaimi Bin Mustafa tetapi beliau telah meletak jawatan dan digantikan dengan saudara Izer. Untuk jawatan Bendahari pula ialah Saudara Cikgu Ali Bin Don (Kampung Pokok Asam). Bagi jawatan siak pula ialah Saudara Abu Seman Bin Sulaiman dan Tuan Haji Noh Bin Jaafar (mantan ketua Kampung Pokok Asam)


Pentadbiran - Sebelum ini jawatan ketua Kampung disandang oleh (Allahyarham) Tuan Haji Osman Nana, kemudiannya diganti oleh (Allahyarham) Tuan Haji Zakaria bin Md. Akhir atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Ya. Beliau seorang guru pencen yang mesra dan baik hati dan cukup disenangi dan disegani oleh penduduk kampung. Pemergian beliau amat dirasai oleh semua penduduk kampung kerana beliaulah yang selalu mengaji, menjadi bilal dan imam di surau Kampung Pokok Asam dan kemudiannya berpindah menjadi imam di Masjid Kampung Pokok Asam pula setelah selesai pembinaan masjid. Selepas pemergian Tuan Haji Zakaria, jawatan Ketua bagi Kampung Pokok Asam disandang pula oleh Tuan Haji Noh Bin Jaafar. Manakala tempat Tuan Haji Noh Bin Jaafar kemudiannya telah diganti oleh Saudara Fidillah Bin Hasan.

Sekarang dengan wujudnya taman-taman berdekatan seperti Taman Rhu, Taman Sri Pinang dan Taman Merbau penduduk di taman-taman ini menjadi sebahagian daripada khairiah Kampung Pokok Asam. Bagi keluasan kawasan perkuburan pula, lebih kurang 1 relung lebih yang mana semakin hari semakin bertambah kepadatannya.

Antara program yang dijalankan oleh DUN N27: Pantai Merdeka setakat ini, ialah Projek Program Ameniti Sosial (PAMS) – (2020) Cadangan menaiktaraf longkang di Kampung Pokok Asam dan tangki kumbahan Masjid Kariah Pokok Asam yang berjumlah RM20,000. Pihak penduduk kampung amat berbesar hati jika ADUN dapat turun padang bersama penduduk kampung dalam mencari solusi untuk penambaikan dari aspek projek Jalan Luar Bandar (JLB), Jalan Perhubungan Desa (JPD), Lampu Jalan Kampung (LJK), Program Pendidikan Kemahiran (PKEM), Program Peningkatan Pendapatan (PPP) dan permohonan pemasangan lampu isyarat di kilometer 65.5 jalan Alor Setar – Butterworth, simpang masuk ke Kampung Pokok Asam. Sebelum ini, permohonan telah dibuat tetapi masih belum ada sebarang tindakan.  Sehinggalah kejadian yang baru-baru ini telah berlaku bertarikh 6 Januari 2021 berulang kembali yang mana telah meragut nyawa sepasang suami isteri (Mohon ADUN mengambil langkah proaktif bagi menyelesaikan masalah ini)

Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Kampung Pokok Asam, Sungai Petani, Kedah ialah 08600.[3]

Lokasi Filem[sunting | sunting sumber]

Sebuah filem Malaysia 2017 arahan Eric Ong terbitan bersama Sol Pictures, Iceberg Design dan Filmecca Studios iaitu filem Adiwiraku telah menjalankan beberapa babak lakonan di kampung ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Pengenalan Hari Muzium Antarabangsa 2016". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-01. Dicapai pada 2017-12-06.
  2. ^ Laksa Kedah
  3. ^ Carian Poskod
4. Adiwiraku

Pautan luar[sunting | sunting sumber]