Kampung Tetambah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Tetambah
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Tetambah
Mohor rasmi Kampung Tetambah
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriTerengganu Darul Iman
Daerah Kuala Terengganu
KampungKampung Tetambah
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
21200
Kod kawasan+609
Lokasi Kampung Tetambah di Peta Google

Kampung Tetambah merupakan sebuah kampung yang terletak di Kuala Terengganu, dalam negeri Terengganu Darul Iman , iaitu sebuah negeri di timur Malaysia, dan yang bersempadan dengan Kelantan di utara, Pahang di bahagian barat dan selatannya dan Laut Cina Selatan di bahagian timur.

Terengganu merupakan sebuah negeri yang mempunyai sultan dan salah sebuah negeri yang membentuk negara Malaysia. Ia juga dikenali dengan gelaran Terengganu Darul Iman. Terdapat banyak pulau peranginan yang terletak berhampiran pantai Terengganu, seperti Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Tenggol.[1]. Terengganu terkenal dengan hidangan nasi dagang,[2] dan keropok lekor.[3]

Asal kampung ini dibuka oleh orang-orang kampung bersebelahan seperti kampung kebur Besar. Kampung ini sentiasa mengalami pertambahan orang. sebab itulah maksud tetambah. sentiasa bertambah penduduknya dari kedatangan orang baru. Di kampung ini dulu ada satu kolam yang besar berhampiran masjid. kolam ini sebenarnya digali untuk kemudahan mendapatkan air bagi kemudahan bersolat di masjid Tetambah itu. Dengar cerita ada pusat pengajian agama di Masjid itu. Tapi kenapa aktivitinya terhenti tidak diketahui

Permaianan rodat adalah sumber hiburan utama zaman dahulu. Rodat dimainkan dari larut malam hingga ke Subuh. dan meraikan majlis perkahwinan. Majlis perkahwinan biasanya diadakan mulai malam 14 - 17 bulan Islam. Pada masa itu bulan adalah cerah, jadi malam sangat syahdu dengan terangnya bulan. Di kampung ini dulu ada kumpulan Rodat. Mereka biasa juga pergi bertanding Rodat dengan kampung-kampung bersebelahan.

Di kampung ini terdapat 3 kawasan perkuburan. Membayangkan kampung ini sudah lama diteroka dan jumlah penduduk boleh tahanlah ramainya. Di kampung ini ada satu kawasan yang dipanggil kampung raja. Ini kerana di satu jongkil itu terdapat keluarga-keluarga yang berdarah raja. Mereka ada pangkal nama Tengku. Mereka dimuliakan di kampung itu

Di kampung ini juga pernah terjadi peristiwa hitam. Tapi semua itu dah menjadi lipatan kisah pedih dan dilupakan. orang dah tak bercerita lagi

Ramai juga penduduk kampung Tetambah ini yang berhijrah keluar. Contoh ada yang merubah hidup menjadi nelayan di kuala Rompin. Ada yang menjadi Nelayan di Tanjung Lumpur, Kuantan. Ramai juga yang jadi nelayan di Mersing dan Endau, Johor. Asalnya hanya keluar sekejab...namun akhirnya terus menetap di sana. Maklumlah ada yang berkahwin dengan orang tempatan dan ada yang berjaya meneroka tanah baru.

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tempat beribadat[sunting | sunting sumber]

  1. Masjid Kampung Tetambah

Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Kampung Tetambah, Kuala Terengganu, Terengganu adalah 21200.[4]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Pulau peranginan jadi tumpuan pelancong". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-25. Dicapai pada 2017-12-24.
  2. ^ "Pengusaha nasi dagang tidak ketinggalan memperkenalkan makanan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-23. Dicapai pada 2017-12-24.
  3. ^ "Rekod baharu keropok lekor terpanjang dihasilkan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-23. Dicapai pada 2017-12-24.
  4. ^ Carian Poskod

Pautan luar[sunting | sunting sumber]