Kesan pandemik COVID-19 terhadap media sosial

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kesan pandemik COVID-19 terhadap media sosial khususnya sepanjang perintah berkurung dan penerapan penjarakan sosial di kebanyakan negara pada tahun 2020, penduduk dunia beralih ke media sosial sebagai tempat untuk tetap saling berinteraksi. Pelbagai platform media sosial mengalami peningkatan pengguna sepanjang pandemik COVID-19. Kerana terdapat larangan dan pembatasan aktiviti di luar rumah, masyarakat kemudian beralih ke media sosial supaya tetap mampu berkomunikasi dengan orang lain atau bahkan menghabiskan waktu menikmati hiburan berupa muzik, berita, filem, permainan dan sebagainya.[1]

Pandemik COVID-19 turut mempengaruhi peningkatan penggunaan media sosial oleh penduduk dunia, para selebriti, pemimpin-pemimpin negara di dunia, dan para profesional. Perkhidmatan rangkaian sosial juga digunakan untuk menyalurkan makumat berkaitan pandemik, sehingga mencari kandungan gelihati melalui meme Internet.[2][3] Akan tetapi, pelaksanaan penjarakkan sosial telah memaksa banyak orang melakukan perubahan gaya hidup bagi yang akhirnya mempengaruhi kesihatan mental.[1] Banyak perkhidmatan kaunseling dalam talian menggunakan media sosial untuk menghubungi ahli kaunseling dengan mereka yang memerlukan perkhidmatan kaunseling.[4]

Beberapa pengguna media sosial, seperti capaian secara langsung ke kandungan melalui platform seperti Twitter dan YouTube, rentan terhadap berita dan maklumat palsu yang diragui kesahihannya.[5] Maklumat palsu sangat mempengaruhi perilaku seseorang, mengehadkan kohesi kelompok dan oleh itu keberkesanam tindakan kerajaan terhadap virus.[5] Untuk menjangkau banyak orang, platform media sosial juga digunakan oleh pemerintah, ahli politik, dan pertubuhan kesihatan tahap nasional dan global untuk berkongsi maklumat dengan cepat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "COVID-19: Social media use goes up as country stays indoors". Victoria News (dalam bahasa Inggeris). 31 Mac 2020. Dicapai pada 23 Mac 2021.
  2. ^ "Facebook struggles with high traffic as world sits at home and takes to social media because of Covid-19". www.msn.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mac 2021. Dicapai pada 23 Mac 2021.
  3. ^ Okwodu, Janelle. ""We Need Joy to Survive": Naomi Shimada on How to Mindfully Use Social Media in the Age of Social Distancing". Vogue (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mac 2021. Dicapai pada 23 Mac 2021.
  4. ^ Gowan, Rob (9 April 2020). "WES for Youth Online sees surge in counselling service use". Owen Sound Sun Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 Mac 2021.
  5. ^ a b Cinelli, Matteo; Quattrociocchi, Walter; Galeazzi, Alessandro; Valensise, Carlo Michele; Brugnoli, Emanuele; Schmidt, Ana Lucia; Zola, Paola; Zollo, Fabiana; Scala, Antonio (December 2020). "The COVID-19 Social Media Infodemic". Scientific Reports. 10 (1): 16598. arXiv:2003.05004. doi:10.1038/s41598-020-73510-5. ISSN 2045-2322. Dicapai pada 23 Mac 2021.