Farah Nabilah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Kemaskini.
Baris 9: Baris 9:
| alma_mater = [[Universiti SEGi]]
Universiti Upper Iowa, Amerika Syarikat
| alma_mater = [[Universiti SEGi]]
Universiti Upper Iowa, Amerika Syarikat
| education = Ijazah Sarjana Muda Psikologi<ref>{{cite news|author=Nor Akmar Samudin|date=24 Julai 2017|url=https://www.hmetro.com.my/rap/2017/07/241931/berdebar-jadi-heroin|title=Berdebar jadi heroin|work=[[Harian Metro]]|accessdate=1 Ogos 2017}}</ref>
| education = Ijazah Sarjana Muda Psikologi<ref>{{cite news|author=Nor Akmar Samudin|date=24 Julai 2017|url=https://www.hmetro.com.my/rap/2017/07/241931/berdebar-jadi-heroin|title=Berdebar jadi heroin|work=[[Harian Metro]]|accessdate=1 Ogos 2017}}</ref>
| partner = Mohammed Amirul Yunus
| partner =
| parents = Saipuddin Johari (bapa)
Haslina Ismail (ibu)
| parents = Saipuddin Johari (bapa)
Haslina Ismail (ibu)
| relatives = Firdaus Affan (adik)
Farah Shahirah (adik)
Firdaus El Muheymin (adik)
Firdaus Adam (adik)
| relatives = Firdaus Affan (adik)
Farah Shahirah (adik)
Firdaus El Muheymin (adik)
Firdaus Adam (adik)
Baris 35: Baris 35:

==Kehidupan peribadi==
==Kehidupan peribadi==
Farah Nabilah bertunang dengan juruterbang [[Penerbangan Malaysia]] Muhammad Amirul Yunus pada Oktober 2019 dan dijangka akan bernikah pada 20 Disember.<ref>Tahir Alhamzah (23 Oktober 2019). [https://www.nst.com.my/lifestyle/groove/2019/10/532600/showbiz-farah-nabilah-wed-pilot-december #Showbiz: Farah Nabilah to wed pilot in December] ''[[New Straits Times]]''. Dicapai pada 20 Disember 2019.</ref>
Farah Nabilah bertunang dengan juruterbang, Muhammad Amirul Yunus pada Oktober 2018.{{cn}}

== Filemografi ==
== Filemografi ==

Semakan pada 08:19, 15 Disember 2019

Farah Nabilah
Kelahiran
Farah Nabilah binti Saipuddin

(1992-03-10) 10 Mac 1992 (umur 32)
PendidikanIjazah Sarjana Muda Psikologi[1]
Pusat pendidikanUniversiti SEGi
Universiti Upper Iowa, Amerika Syarikat
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2011–kini
Terkenal keranaTitian Cinta
Papa Ricky
Ibu bapaSaipuddin Johari (bapa)
Haslina Ismail (ibu)
SaudaraFirdaus Affan (adik)
Farah Shahirah (adik)
Firdaus El Muheymin (adik)
Firdaus Adam (adik)

Farah Nabilah binti Saipuddin (lahir 10 Mac 1992) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[2] Memulakan kerjayanya dalam iklan komersial pada tahun 2011, kerjaya lakonan Farah bermula pada 2012.[3] Beliau mencapai kejayaan komersial dan melonjak naik menerusi drama lakonannya termasuk Titian Cinta (2017), Papa Ricky (2017) dan Halalkan Hati Yang Ku Curi (2018).[4]

Kehidupan awal

Farah Nabilah dilahirkan pada 10 Mac 1992 di Kuala Lumpur. Anak sulung daripada enam beradik kepada pasangan Haslina binti Ismail dan Saipuddin bin Johari,[5] beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi di Program Kampus Malaysia Universiti Upper Iowa dan Universiti SEGi.[6]

Kerjaya

Farah Nabilah memulakan kerjaya hiburannya pada 2011 sebagai model, namun terhenti buat sementara waktu kerana menyambung pelajarannya dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda Psikologi di Universiti Upper Iowa: Program Kampus Malaysia, Universiti SEGi. Empat tahun kemudian, beliau memenangi Program Pencarian Wajah Aurawhite dan sejak itu, beliau menjadi jurucakap produk Aurawhite. Pada tahun terawal kerjayanya, beliau pernah menggunakan nama Fawa sebelum menggunapakai nama lahirnya sebagai nama pentas.[7]

Kerjaya filem Farah bermula dengan menjayakan watak sebagai penyambut tetamu dalam filem arahan A. Razak Mohaideen Mana Mau Lari sebagai penampilan khas.[8]

Namanya mula mendapat perhatian ramai menerusi watak utama sebagai Kathy dalam siri drama Papa Ricky yang dibintangi oleh Fadlan Hazim dan Siti Elizad yang disiarkan di Astro Ria. Farah kemudiannya digandingkan bersama Zul Ariffin menerusi drama waktu perdana Titian Cinta yang disiarkan di Slot Akasia TV3.[9] Gandingan beliau bersama Zul melayakkan Farah menerima pencalonan Pasangan Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 dan memenangi Artis Baharu MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2018.[4]

Beliau berlakon bersama Aliff Aziz dalam drama adaptasi novel karya Mia Kiff, Halalkan Hati Yang Ku Curi, memegang watak sebagai Delisha. Drama ini mengisahkan pasangan suami isteri iaitu Faiq (Aliff) dan Delisha (Farah), yang amat sukakan kebebasan, kemewahan, dan berseronok tanpa batas.[10][11]

Beliau bersama-sama Fikry Ibrahim menjadi penyampai anugerah bagi kategori Artis Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2018 yang berlangsung pada 28 September 2018.[12]

Farah berlakon bersama Fikry dalam drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek, yang diadaptasi dari novel The Misadventures of Cik Reen & Encik Ngok Ngek karya Maya Adira.[13]

Kehidupan peribadi

Farah Nabilah bertunang dengan juruterbang Penerbangan Malaysia Muhammad Amirul Yunus pada Oktober 2019 dan dijangka akan bernikah pada 20 Disember.[14]

Filemografi

Filem

Tahun Judul Watak Pengarah Catatan
2014 Mana Mau Lari Penyambut tetamu Abdul Razak Mohaideen Filem pertama, penampilan khas
2017 Baby Bro Baby Sitter Ghaz Abu Bakar Penampilan khas

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2012 Bukan Bidadari Gina TV3 Slot Lestary
2016 Imam Mudaku Romantis Syuhada Astro Oasis
Inikah Cinta Rose Adeline TV3 Slot Dahlia
2017 Ustaz Pink Zaharah RTM
Papa Ricky Kathy Astro Prima Slot Tiara
Titian Cinta Aisy TV3 Slot Akasia
Mocha Kau Bahagia Melur
2018 Mr. Grey Talitha Astro Ria
Halalkan Hati Yang Ku Curi Delisha TV3 Slot Akasia
Cik Reen & Encik Ngok Ngek Azreen Astro Ria Slot MegaDrama
Mocha Kau Bahagia 2 Melur TV3
Amira Rose Amira Rose
2019 Kau Yang Pertama Rose Natasha TV3 Slot Akasia

Telefilem

Tahun Judul Watak Saluran TV
2016 Tersuka Tanpa Sengaja Raya Melati Astro Ria & Ria HD
Mati, Tunggu Sekejap Astro Prima & Maya HD
Tumbangkan Masjid Al-Ansar Suraya Astro Oasis
Bidadari Astro Citra
2018 Adakah Aku Bersalah Tia TV3

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2017 Sepahtu Reunion (Live) Sofia Astro Warna
2018 Anugerah Planet Muzik 2018 Penyampai Anugerah Astro Ria Menjadi Penyampai Anugerah Bersama Fikry Ibrahim
2019 MeleTOP Pengacara Jemputan Astro Ria Menjadi Pengacara Jemputan Bersama Nabil Ahmad
Sephatu Reunion (Live) Bella Astro Warna
Cinta Overhaul Aidilfitri Dhiya Astro Warna

Muzik video

Tahun Judul Artis Peranan
2012 "Jangan Ganggu Pacarku" Aliff Aziz Teman wanita
2016 "Bayang" Khai Bahar Isteri orang
2018 "Sejarah Cinta" Syalyn Band Bekas Kekasih
"Meskipun Kau Tahu" Projector Band

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2018
Anugerah MeleTOP Era ke–5
Artis Baharu MeleTOP[4] Titian Cinta Menang
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke–5
Aktres Pilihan Tercalon
Pasangan Pilihan (bersama Zul Ariffin) Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–31
Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
Artis Baharu Wanita Popular Menang
Pasangan Serasi Drama (bersama Zul Ariffin) Tercalon
2019
Anugerah Stail EH! ke–7
Selebriti Harapan Pilihan Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–32
Pasangan Serasi Drama (bersama Fikry Ibrahim) Cik Reen & Encik Ngok Ngek Tercalon

Rujukan

1. ^ Nor Akmar Samudin (24 Julai 2017). "Berdebar jadi heroin". Harian Metro. Dicapai pada 1 Ogos 2017.
2. ^ Syafil Syazwan Jefri (10 Oktober 2018). "Farah tak demand". Harian Metro. Dicapai pada 15 Oktober 2018.
3. ^ "Biodata Farah Nabilah". Azhan.co. 22 Mei 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Oktober 2018. Dicapai pada 4 Mei 2018.
4. ^ a b c Ifqdar Rahman (12 April 2018). "Farah Nabilah tergamam menang AME 2018". Utusan Malaysia. Dicapai pada 4 Mei 2018. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
5. ^ Aini Mawawi (12 November 2017). "Tuah jelita, seksi Farah Nabilah". Utusan Malaysia. Dicapai pada 15 Oktober 2018. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
6. ^ Feride Hikmet Atak (13 November 2017). "Farah Nabilah tolak taktik kotor raih kontroversi". Berita Harian. Dicapai pada 4 Mei 2018. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
7. ^ Feride Hikmet Atak (28 Januari 2018). "Farah Nabilah tak mahu peminat salah tafsir". Berita Harian. Dicapai pada 6 Oktober 2018. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
8. ^ "Mana Mau Lari Bakal Menggegar Pawagam". Astro Shaw. 2 Disember 2014. Dicapai pada 27 Julai 2015.
9. ^ Feride Hikmet Atak (10 Mac 2018). "Farah Nabilah penat jadi baik". Berita Harian. Dicapai pada 4 Mei 2018. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
10. ^ Michelle Gun (21 Mei 2018). "Kisah beri keinsafan". Harian Metro. Dicapai pada 28 Mei 2018. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
11. ^ Zaidi Mohamad (19 Mei 2018). "Tiada masalah berlakon dengan suami orang". Berita Harian. Dicapai pada 28 Mei 2018. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
12. ^ Munady (31 Julai 2018). "APM 2018 memperkenalkan nominasi edisi ke-17". Citra Selebriti. Dicapai pada 6 Ogos 2018.
13. ^ Kamaruddin Razal (9 Oktober 2018). ""Fall in Love with Cik Reen & Encik Ngok Ngek" - Peminat Suka Tonton Gandingan Fikry Ibrahim & Farah Nabilah". Astro Gempak. Dicapai pada 14 Oktober 2018.
14. ^ Tahir Alhamzah (23 Oktober 2019). #Showbiz: Farah Nabilah to wed pilot in December New Straits Times. Dicapai pada 20 Disember 2019.

Pautan luar