Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17
Nama asal Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan berlangsung bagi menabalkan Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 2024. [1] Sultan Ibrahim telah dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja ke-263 di Istana Negara pada 27 Oktober 2023 bagi tempoh 5 tahun mulai 31 Januari 2024 untuk menggantikan Al-Sultan Abdullah. [2]


Sultan Ibrahim, Sultan Johor yang akan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Yang di-Pertuan Agong berkhidmat sebagai raja berperlembagaan dan ketua negara di Malaysia, sebuah jawatan yang ditubuhkan pada 1957 selepas kemerdekaan negara dari United Kingdom. Jawatan ini diisi dengan proses pemilihan dilakukan oleh Majlis Raja-Raja, yang mengandungi sembilan orang raja pemerintah negeri-negeri Melayu.[3] Malaysia menjadi salah satu negara yang mengamalkan pemerintahan beraja dipilih.

Tempoh khidmat Yang di-Pertuan Agong ialah selama lima tahun, dan pelantikan semula secara serta merta tidak diamalkan. Sehingga 30 Januari 2024, Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah akan melengkapkan persemayaman baginda di singgahsana negara.

Sebuah mesyuarat khas diadakan pada 26 Oktober 2023, oleh Majlis Raja-Raja untuk membincangkan pemilihan yang seterusnya. Dalam mesyuarat tersebut, Sultan Johor, Sultan Ibrahim, dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, menggantikan Sultan Abdullah. Tempoh 5 tahun baginda akan bermula pada 31 Januari 2024. Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, dengan tempoh khidmat baginda bermula tarikh yang sama.

Berbeza dengan pemerintahan beraja di negara lain, Yang di-Pertuan Agong memulakan jawatan tanpa istiadat pemakhotaan. Sebaliknya, sambutan permulaan diadakan dengan dua istiadat penting, iaitu Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah dan Istiadat Pertabalan.

Istiadat sebelum[sunting | sunting sumber]

Istiadat Mengangkat Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan[sunting | sunting sumber]

Istiadat Mengangkat Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan
Nama asal Istiadat Mengangkat Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan
Tarikh31 Januari 2024 (2024-01-31)
LokasiIstana Negara, Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur
Koordinat3°09′41″N 101°39′49″E / 3.16139°N 101.66361°E / 3.16139; 101.66361Koordinat: 3°09′41″N 101°39′49″E / 3.16139°N 101.66361°E / 3.16139; 101.66361
Hadirin
  • Sultan Ibrahim
  • Raja-raja Melayu
  • Azuan Affendy Zairakithnaini, Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara
  • Anwar Ibrahim, Perdana Menteri
  • Munir Md Salleh, Pegawai Agama Istana Negara
  • Pegawai-pegawai Istana Negara terpilih
Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim ke Istana Negara bagi majlis Istiadat Mengangkat Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan, 31 Januari 2024.

Istiadat mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim telah berlangsung pada 31 Januari 2024, menandakan permulaan khidmat baginda bagi tempoh 5 tahun.[4] Istiadat didahului dengan keberangkatan Agong baharu dari Istana Bukit Serene, Johor Bahru ke Kuala Lumpur. Sebelum rombongan diraja berangkat ke Kuala Lumpur menaiki pesawat peribadi, Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad telah memimpin bacaan doa, disusuli dengan laungan 'Daulat Tuanku' sebanyak tiga kali oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Mejar Jeneral Datuk Indera Indera Zahari Mohd Ariffin. [5] Baginda bersama-sama menteri pengiring, Mohamed Khaled Nordin [5] dan kerabat diraja berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di Johor ke Pangkalan Udara Subang, Selangor sebelum bergerak menghadiri istiadat di ke Istana Negara, Kuala Lumpur. [6]

Setibanya di istana, Sultan Ibrahim menerima sambutan istiadat ketenteraan di dataran istana. Pasukan Kawalan Kehormatan Utama dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja mempersembahkan Hormat Diraja, selepas Agong selesai memeriksa.[7] Selesai daripada itu, Sultan Ibrahim memasuki Istana Negara untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas), di Balairung Seri, Istana Negara.[8]

Semasa mesyuarat tersebut, istiadat penting, seperti majlis mengangkat sumpah dan pemasyhuran jawatan , telah berlangsung, Sultan Ibrahim secara rasmi menaiki takhta dan dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong, berkhidmat bagi tempoh lima tahun dari 31 Januari 2024. Majlis turut menyaksikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.[8]

Berikut ialah teks sumpah jawatan Agong yang dibaca oleh Sultan Ibrahim:[9]

Kami, Sultan Ibrahim ibni almarhum Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong bagi Malaysia bersumpah dengan melafazkan: Wallahi, Wabillahi, Watallahi; maka dengan lafaz ini berikrarlah Kami dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya mengaku akan taat setia pada menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut sebagaimana undang-undang dan Perlembagaan yang telah disahkan dan dimasyurkan dan akan disah dan dimasyurkan di masa hadapan ini. Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam dan berdiri tetap di atas permintaan yang adil dan aman di dalam Negeri.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ahmad, Daniel; Jariah, Ainun (2024-01-01). "Towards 2024: Excitement mounting over new Yang di-Pertuan Agong [NSTTV] | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-01-20.
  2. ^ ADNAN, AHMAD FADHLULLAH (2023-10-27). "Sultan Johor dipilih sebagai Agong Ke-17, Sultan Nazrin timbalan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2024-01-20.
  3. ^ "Let me be the King of your hearts: Outgoing Agong". Bernama. The Sun (Malaysia). 29 Januari 2024. Dicapai pada 30 Januari 2024.
  4. ^ Yusof, Amir; Bedi, Rashvinjeet S (31 January 2024). "Johor ruler Sultan Ibrahim sworn in as Malaysia's 17th king; monarch's evolving role raises hopes over diplomacy, unity". Channel News Asia. Dicapai pada 1 February 2024.
  5. ^ a b "Ribuan rakyat Johor iringi keberangkatan Sultan Ibrahim ke Istana Negara". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-01-31.
  6. ^ ABDULLAH, LUQMAN HAZIQ (2024-01-31). "Sultan Ibrahim berangkat ke Istana Negara". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2024-01-31.
  7. ^ "Istiadat ketenteraan sambut ketibaan Sultan Ibrahim di Istana Negara". Bernama. Berita Harian. 31 Januari 2024. Dicapai pada 1 Februari 2024.
  8. ^ a b "Sultan Ibrahim dimasyhur Yang di-Pertuan Agong Ke-XVII" [Sultan Ibrahim proclaimed 17th Yang di-Pertuan Agong]. Bernama. Astro Awani. 31 Januari 2024. Dicapai pada 1 Februari 2024.
  9. ^ "Jadual Keempat - Sumpah Jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong".