Portal:Muhyiddin Yassin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search


TSMY sign.png
Portal Muhyiddin Yassin


{
TSMY Kamus BM BR.jpg

Yang Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin (Tulisan Jawi: محي الدين بن محمد يسٓ), (IPA: m̩ʊhʎ̩i̯d̪d̪i̯n ɓi̯n̩ m̩ʊhɑ̯m̩ɱad y̯ɑ̯ssi̯n̩), PSM; SPMJ; SHMS; SPSA; SPMP; SUNS; SPDK; DP; PNBS; SMJ; PIS (I); BSI (I); Plaque of the City of Sarajevo, (lebih dikenali sebagai Tan Sri Muhyiddin Yassin atau ringkasnya, TSMY), lahir pada hari Khamis, (1947-05-15) 15 Mei 1947 (umur 72) bersamaan dengan 24 Jamadilakhir 1366 Hijrah, adalah merupakan Menteri Dalam Negeri Malaysia dalam kerajaan Pakatan Harapan, Timbalan Presiden Pakatan Harapan dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Beliau juga merupakan Ahli Parlimen bagi kawasan P143 Pagoh, Johor Darul Ta'zim dan Ahli Dewan Negeri bagi kawasan N09 Gambir, Johor Darul Ta'zim.

Jawatan terakhir beliau dalam Kabinet Malaysia 2013 adalah sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 dan Menteri Pendidikan I dalam kerajaan Barisan Nasional.

Antara jawatan yang beliau pernah sandang ketika berkhidmat di peringkat Jemaah Menteri sejak tahun 1995 sehingga 2015 adalah Menteri Belia dan Sukan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Menteri Pelajaran dan Menteri Pendidikan I. Selain daripada itu, beliau juga adalah mantan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional dan mantan Timbalan Presiden UMNO.

Semasa menjadi Ahli Dewan Negeri Bukit Serampang pada tahun 1986 sehingga 1995, beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar Johor Darul Ta'zim.

Beliau pertama kalinya telah dipilih menjadi Wakil Rakyat apabila beliau memenangi kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1978. Setelah mendapat kemenangan tersebut, beliau dilantik di dalam Dewan Rakyat sebagai Ahli Parlimen Pagoh.

Pada tahun 1981, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri Malaysia, oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau yang berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh berkenaan pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1982 dan seterusnya dilantik sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia pada tahun yang sama oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad. Selepas setahun, iaitu pada tahun 1983, beliau telah bertukar portfolio sebagai Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian I Malaysia sehingga tahun 1986.

Beliau telah dilantik menjadi Menteri Besar Johor Darul Ta'zim selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 1986 apabila memenangi kerusi Dewan Negeri Johor (Dewan Negeri) Bukit Serampang. Beliau menjadi Pengerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim sebagai EXCO Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan dan Perancangan. Sebagai Ahli Dewan Negeri Bukit Serampang, beliau berjaya mempertahankan kerusi Dewan Negeri Bukit Serampang pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1990 dan dilantik sebagai Menteri Besar Johor Darul Ta'zim untuk penggal kedua. Di bawah kepimpinan beliau, negeri Johor Darul Ta'zim terus berkembang pesat dan menjadi antara negeri yang termaju di Malaysia.

Selepas memenangi kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1995, iaitu pada bulan Mei 1995, beliau telah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Empat tahun kemudian, beliau dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia mulai bulan Disember 1999 setelah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 yang lalu.

Tan Sri Muhyiddin Yassin (duduk 6 dari kanan) dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia pada tahun 2006

Pada bulan Januari 2004, beliau diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi bagi mengetuai Kementerian Pertanian Malaysia berikutan penstrukturan semula Kabinet Persekutuan.

Setelah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh semasa Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, beliau dilantik semula menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia yang fungsinya ditambah bagi memajukan sektor pertanian dan industri yang berkaitan agar lebih berdaya saing. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi memperkasakan bidang pertanian menjadi suatu perniagaan.

Beliau sekali lagi telah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau telah dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Beliau menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia dalam tempoh yang tidak lama, iaitu selama lebih kurang 1 tahun kerana selepas itu telah diberi peluang untuk naik ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Pada tanggal 9 April 2009, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah bersetuju untuk melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia, berikutan peralihan tampuk kuasa Perdana Menteri Malaysia daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Jawatan Timbalan Perdana Menteri yang disandang oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dikekalkan sehingga 5 tahun. Beliau juga telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi I Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2013.

Semasa menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia, beliau telah mendiami Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, iaitu Seri Satria.

Kenderaan rasmi beliau adalah merupakan sebuah kereta Proton Perdana Eksekutif bersaiz limousin yang dikhaskan untuk kegunaan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan bernombor pendaftaran W9M. Selain daripada itu, beliau juga menggunakan sebuah kenderaan peribadi berupa sebuah kenderaan pelbagai guna, Toyota Alphard bernombor pendaftaran JBM2.

Beliau juga telah melancarkan laman sesawang peribadi, MY-Malaysia di Angkasapuri pada 30 Januari 2010 sebagai satu wadah untuk berinteraksi bersama rakyat Malaysia.

Seperti yang diduga, beliau telah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2013 yang lalu.

Pada tanggal 15 Mei 2013 di Malaysia, semasa beliau menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-66, beliau sekali lagi telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan sebagai Menteri Pelajaran I Malaysia pada tahun 2013 untuk penggal kedua.

Pada 12 Ogos 2013, beliau telah bertukar portfolio daripada menjadi Menteri Pelajaran I Malaysia kepada Menteri Pendidikan I Malaysia.

Pada tanggal 28 Julai 2015, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah membuat satu keputusan mengejut iaitu membuat rombakan besar-besaran ke atas Kabinet Malaysia 2013 dengan menggugurkan nama Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Kedudukan Tan Sri Muhyiddin digantikan oleh Dato' Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi.

1MDB-logo.jpg

Pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa mempunyai kaitan langsung dengan persoalan yang ditimbulkan oleh beliau berkenaan keputusan Kerajaan Malaysia membekukan penerbitan dua akhbar media perniagaan alternatif di Malaysia The Edge, iaitu The Edge Financial Daily dan The Edge Financial Weekly kerana melaporkan salah laku syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan teguran beliau agar Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak terlibat dalam pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengatakan pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin dari Kabinet Malaysia 2015 dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentadbiran yang diperlukan oleh Kerajaan Malaysia, walaupun ia merupakan satu tindakan yang sukar demi 'pemantapan dan penyatuan'.

Beliau sekali lagi telah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh dalam gabungan parti politik baharu, Pakatan Harapan setelah disingkirkan dari Barisan Nasional. Kerusi Dewan Negeri Johor bagi Gambir juga turut menangi oleh beliau buat kali yang pertama.

Seterusnya, dengan kejayaan tersebut, beliau telah dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia pada 12 Mei 2018 yang lalu.

Pada 21 Mei 2018, beliau telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara.

Beliau telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negeri Gambir, Johor Darul Ta'zim pada 28 Jun 2018 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negeri Johor Darul Ta'zim, Suhaizan Kayat.

Pada 12 Julai 2018, Setiausaha Akhbar beliau, Hafiz Abdul Halim telah mengeluarkan kenyataan media yang menyatakan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan peringkat awal di pankreas di sebuah hospital di Singapura dan telah mendapat cuti rehat selama sebulan untuk menjalani rawatan susulan. Disebabkan itu, tugas sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia dijalankan sementara oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beliau tidak dapat hadir untuk majlis angkat sumpah jawatan sebagai Ahli Parlimen Pagoh yang telah berlangsung pada 16 Julai 2018 di Dewan Rakyat di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dato' Mohamad Ariff Md Yusof.

Lebih lanjut mengenai Muhyiddin Yassin....

Tahukah anda?

Rencana pilihan

Yayasan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin Tan Sri Muhyiddin Charity Golf Foundation (Bahasa Inggeris) adalah sebuah yayasan amal yang ditubuhkan pada tahun 2010 hasil cetusan idea, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ingin bersama membantu masyarakat yang memerlukan. Ia telah mendapat status pengecualian cukai dari Kementerian Kewangan Malaysia pada bulan April 2011.

Maklumat lanjut....

Gambar pilihan

Kategori

Untuk paparkan semua subkategori klik pada [+]

Perkara yang anda boleh bantu

- Bantu mencipta dan kembangkan semua rencana berkaitan Muhyiddin Yassin.
- Tambah gambar dan lebih butiran pada rencana berserta rujukan.

Wikimedia berkaitan

Wikibuku  Wikikamus  Wikiberita  Wikipetikan  Wikisumber  Wikiversity  Wikimedia Commons  Wikivoyage  Wikidata 
Buku Kamus Berita Petikan Teks Sumber pelajaran Imej dan media Panduan kembara Pangkalan data
Wikibooks-logo.svg
Wiktionary-logo.svg
Wikinews-logo.svg
Wikiquote-logo.svg
Wikisource-logo.svg
Wikiversity-logo.svg
Commons-logo.svg
Wikivoyage-Logo-v3-icon.svg
Wikidata-logo.svg

Portal-portal