Terukir Di Bintang (album Yuna)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Terukir Di Bintang
Album studio oleh Yuna Zarai
Dikeluarkan pada 7 Januari 2012 (7 Januari 2012)
Genre Pop
Masa 28:27
Syarikat Yuna Room Records; Fantasia Music City (FMC)
Penerbit AG Coco, Nor Hanafi, Yuna Zarai
Kronologi Yuna Zarai
Decorate
(2010)
Terukir Di Bintang
(2012)
Yuna
(2012)
Single daripada album Terukir Di Bintang
  1. "Memo"
    Dikeluarkan pada: 18 Julai 2011
  2. "Terukir Di Bintang"
    Dikeluarkan pada: 7 Januari 2012
  3. "Sparkle"
    Dikeluarkan pada: 21 Mei 2012 [1]
  4. "Photo of You"
    Dikeluarkan pada: 17 Julai 2012

Terukir Di Bintang merupakan album studio kedua Yuna Zarai yang dikeluarkan pada tahun 2012. Majlis pelancaran album ini diadakan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 7 Januari 2012, yang mana beliau turut mengadakan pertunjukan awal selama sehari bagi mempromosikan album ini.[2][3]

Promosi[sunting | sunting sumber]

Single utama album ini, Terukir Di Bintang turut diperdengarkan kepada media pada majlis pelancarannya; dan lagu ini kemudiannya mula dimainkan oleh radio-radio tempatan pada hari berikutnya. Pun begitu, promosi bagi album kedua Yuna ini sebenarnya sudah bermula lebih awal. Klip video untuk lagu Memo sudah mula dimuatnaik ke laman YouTube pada pertengahan tahun 2011[4]. Pada malam penganugerahan Anugerah Industri Muzik ke-18 yang berlangsung pada 12 November 2011, Yuna yang turut diberikan slot persembahan telah memperdengarkan lagu 'Memo' buat pertama kali menerusi siaran langsung televisyen. Sungguhpun begitu, 'Memo' tidak diedarkan dan dikeluarkan sebagai single.

Tiga lagu yang terdapat dalam album ini juga sudah dipasarkan lebih awal di Amerika Syarikat. Lagu 'Someone Out of Town', 'Coffee' dan 'Fears And Frustrations' juga dimuatkan dalam EP Decorate yang dikeluarkan khas untuk pasaran barat pada 15 Mac 2011.

Pada satu sidang media di Kuala Lumpur, Yuna mengumumkan kerjasamanya dengan pihak Samsung Malaysia bagi penghasilan video klip untuk lagu terbarunya, Sparkle. Kerjasama dan projek yang diberi nama The Sparkle Project[5] ini akan menyaksikan penghasilan muzik video pertama menggunakan produk Samsung, Galaxy Note.[6] Setelah hampir tiga bulan, akhirnya video muzik ini dilancarkan pada 21 Mei 2012.[7]


Senarai Runut[sunting | sunting sumber]

No. Tajuk Penulis Komposer Masa
1. "Sparkle"   Yunalis Zarai Nor Hanafi 3:38
2. "Photo Of You"   Yunalis Zarai Yunalis Zarai 3:38
3. "Memo"   Yunalis Zarai Yunalis Zarai 4:04
4. "KL Kita" (menampilkan Qi Razali) Yunalis Zarai Yunalis Zarai 3:27
5. "Terukir Di Bintang"   Yunalis Zarai Yunalis Zarai 3:03
6. "Coffee"   Yunalis Zarai Yunalis Zarai 2:52
7. "Someone Out Of Town"   Yunalis Zarai Yunalis Zarai 3:01
8. "Fears And Frustrations"   Yunalis Zarai Yunalis Zarai 4:33

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Karya Tercalon Keputusan
2012 Anugerah Industri Muzik Lagu Pop Terbaik Terukir Di Bintang Dicalonkan
Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu Dicalonkan
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik Memo Dicalonkan
Photo of You Dicalonkan
Kulit Album Terbaik Dicalonkan
Video Muzik Terbaik Sparkle Menang
Anugerah Planet Muzik Artis Wanita Terbaik Terukir Di Bintang Dicalonkan
Lagu Terbaik Dicalonkan
2013 Anugerah Juara Lagu 27 Terbuka Terukir Di Bintang Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]