Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) adalah acara tahunan sejak tahun 1974 lagi. Piala Pusingan pertandingan ini telah disumbangkan oleh Allahyarham Tun Hj. Abdul Razak bin Hussein, Perdana Menteri Malaysia Kedua. Ia merupakan satu program kemuncak Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan menjadi kebanggaan SBP kerana dapat menghimpunkan semua SBP bagi mempamerkan bakat dan kehebatan disamping perjumpaan yang berkonsepkan ukhwah di kalangan warga SBP. Malahan, SBP-SBP yang telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sistem rumah dan anugerah asrama terbilang akan disampaikan sewaktu Majlis Anugerah Cemerlang HKSBP. Pelajar-pelajar SBP yang telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik,sahsiah dan kokurikulum akan dianugerahkan Anugerah Warna SBP pada majlis yang sama. Pada setiap tahun, setiap Sekolah Berasrama Penuh akan bergilir-gilir menjadi tuan rumah.

Objektif HKSBP[sunting | sunting sumber]

1. Memperkukuhkan pemuafakatan, hubungan silaturahim, persefahaman dan kerjasama dalam kalangan warga SBP.

2. Mewujudkan rasa tanggungjawab dan memupuk semangat kekitaan dalam usaha meningkatkan imej dan prestasi SBP.

3. Memberikan pengiktirafan dan penghargaan terhadap kejayaan dan pencapaian cemerlang seluruh warga SBP dalam pelbagai aktiviti dan lapangan.

4. Mempraktis, menerap dan menggunakan sepenuhnya kemahiran yang dipelajari dan pengalaman yang diperolehi serta bakat yang ada melalui pertandingan bahas ala parlimen dan pertandingan bola keranjang serta persembahan kreatif seni dan budaya.

5. Menyediakan prasarana dan wadah untuk semua aktiviti pendidikan yang melibatkan perancangan, pengurusan, pelaksanaan dan penilaian bidang kurikulum dan kokurikulum SBP.

Jenis Pertandingan[sunting | sunting sumber]

Pertandingan Bahas

i. Pertandingan Bahas Bahasa Melayu

ii. Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris

Pertandingan Bola Keranjang

i. Pertandingan Bola Keranjang Kategori Lelaki

ii. Pertandingan Bola Keranjang Kategori Perempuan

Piala Pusingan

(i) Piala Pusingan untuk Bahas Bahasa Melayu (1974) iaitu Piala Tun Hj. Abdul Razak bin Hussein, Perdana Menteri Malaysia Kedua

(ii) Piala Pusingan untuk Bahas Bahasa Inggeris (1991) iaitu Piala Tun Dr Mahathir bin Mohamed, Perdana Menteri Keempat

(iii) Piala Pusingan untuk Bola Keranjang Lelaki (1974) iaitu Piala Tun Dato’ (Dr) Hj. Hamdan Sheikh Tahir

(iv) Piala Pusingan untuk Bola Keranjang Perempuan (1976) iaitu Piala Toh Puan Datin Hjh. Siti Zainab

Piala Pusingan Bahas Bahasa Melayu[sunting | sunting sumber]

Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri yang menjadi acara tahunan dalam Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh telah bermula semenjak tahun 1974 lagi. Piala Perdana Menteri Bahasa Melayu yang merupakan Piala Pusingan pertandingan ini telah disumbangkan oleh Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Haji Hussein, Perdana Menteri Malaysia Kedua.

Reka bentuk piala ini telah dihasilkan oleh Y.B. Datuk Baharuddin bin Kassim arkitek dari Jurubina Bertiga, Petaling Jaya, Selangor, bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang juga bertanggungjawab dalam mereka bentuk Masjid Negara.

Pada bahagian atas piala ini terdapat 8 bulan sabit yang melambangkan lidah-lidah dan pecahan bulan-bulan sabit yang bercantum di hujung, melambangkan mulut–mulut anggota pemidato. Reka bentuk bulan melambangkan bulatan dunia dan diertikan luasnya pengetahuan yang perlu dikuasai oleh seseorang yang mengambil bahagian dalam pertandingan bahas.

Piala Pusingan Bahas Bahasa Inggeris[sunting | sunting sumber]

Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri yang pada awalnya dijalankan dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah diadakan mulai tahun 1974. Walau bagaimanapun piala pusingan hanya disediakan untuk pemenang bahas Bahasa Melayu.

Apabila kedudukan dan penggunaan Bahasa Melayu telah bertapak dengan kukuh dalam sistem pendidikan negara, kerajaan merasakan penekanan terhadap Bahasa Inggeris perlu diberi perhatian.

Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan pada masa itu mengemukakan permohonan ke Jabatan Perdana Menteri bagi tujuan mendapatkan sumbangan. Y.A.B Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri pada waktu itu bersetuju menyumbangkan sebuah piala pusingan yang sama dari segi reka bentuk dan saiz. Mulai tahun 1991, sebuah piala pusingan disediakan untuk pemenang Bahas Bahasa Inggeris.

Piala Pusingan Pertandingan Bola Keranjang[sunting | sunting sumber]

Pertandingan bola keranjang lelaki antara Sekolah Berasrama Penuh mula diadakan pada tahun 1974 bagi merebut Piala Tun Dato’ (Dr.) Haji Hamdan Sheikh Tahir sementara pertandingan bola keranjang perempuan bermula pada tahun 1976 bagi merebut Piala Toh Puan Datin Hajah Siti Zainab.

Tujuan pertandingan ini adalah untuk mencungkil dan mengasah bakat pelajar-pelajar Melayu dalam permainan bola keranjang yang selama ini dipelopori oleh kaum-kaum lain. Selain itu, permainan ini agak agresif dan berupaya meningkatkan kecergasan fizikal dan mental, di samping memerlukan semangat kerjasama sepasukan yang tinggi bagi memburu kemenangan.

Pada tahun 1990, piala pusingan yang pertama ini telah dihadiahkan terus kepada Kolej Melayu Kuala Kangsar , Perak (MCKK) dan Sekolah Seri Puteri , Kuala Lumpur (SSP) kerana kedua-dua buah sekolah ini merupakan pasukan yang paling kerap menjuarai pertandingan sejak tahun 1975. Bermula tahun 1991, Tun Dato’ (Dr.) Haji Hamdan Sheikh Tahir dan Toh Puan Datin Hajah Siti Zainab sekali lagi telah bermurah hati menganugerahkan sebuah piala pusingan baru untuk pertandingan berprestij ini. Piala yang menjadi lambang kehebatan pasukan yang berjaya menggondolnya sentiasa menjadi idaman dan rebutan setiap kontinjen yang bertanding.

Pada tahun 2013, Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad telah mencipta sejarah apabila menamatkan dominasi Sekolah Seri Puteri, Kolej Tunku Kurshiah dan Sekolah Tun Fatimah bagi Bola Keranjang Perempuan sejak pertandingan ini mula dipertandingkan.

Pemenang Mengikut Tahun[sunting | sunting sumber]

Tahun Senarai Pemenang Bola Keranjang Lelaki Senarai Pemenang Bola Keranjang Perempuan Senarai Pemenang Bahas Bahasa Melayu Senarai Pemenang Bahas Bahasa Inggeris
1973 Tidak Dipertandingkan Tidak Dipertandingkan Sekolah Alam Shah Sekolah Seri Puteri
1974 Sekolah Dato' Abdul Razak Tidak Dipertandingkan Kolej Islam Klang Sekolah Seri Puteri
1975 Sekolah Dato' Abdul Razak Tidak Dipertandingkan Kolej Islam Klang Sekolah Seri Puteri
1976 Sekolah Dato' Abdul Razak Sekolah Tun Fatimah Kolej Islam Klang Sekolah Seri Puteri
1977 Kolej Melayu Kuala Kangsar Sekolah Tun Fatimah Kolej Tunku Kurshiah Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim
1978 Maktab Tentera Diraja Sekolah Tun Fatimah Kolej Islam Klang Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim
1979 Kolej Melayu Kuala Kangsar Sekolah Tun Fatimah Sekolah Tun Fatimah Kolej Islam Klang
1980 Kolej Melayu Kuala Kangsar Sekolah Tun Fatimah Kolej Melayu Kuala Kangsar Sekolah Seri Puteri
1981 Kolej Melayu Kuala Kangsar Kolej Tunku Kurshiah Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim Sekolah Sultan Alam Shah
1982 Kolej Melayu Kuala Kangsar Sekolah Seri Puteri Sekolah Dato' Abdul Razak Sekolah Tuanku Abdul Rahman
1983 Kolej Melayu Kuala Kangsar Sekolah Seri Puteri Kolej Islam Klang Sekolah Tuanku Abdul Rahman
1984 Sekolah Menengah Sains Selangor Sekolah Seri Puteri Sekolah Tun Fatimah Sekolah Tuanku Abdul Rahman
1985 Kolej Melayu Kuala Kangsar Sekolah Seri Puteri Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu Sekolah Dato' Abdul Razak
1986 Maktab Tentera Diraja Sekolah Seri Puteri Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim Sekolah Tun Fatimah
1987 Maktab Tentera Diraja Kolej Tunku Kurshiah Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin Maktab Tentera Diraja
1988 Sekolah Menengah Sains Selangor Sekolah Seri Puteri Sekolah Tuanku Abdul Rahman Sekolah Tuanku Abdul Rahman
1989 Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah Sekolah Seri Puteri Sekolah Alam Shah Kolej Tunku Kurshiah
1990 Sekolah Dato' Abdul Razak Sekolah Tun Fatimah Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin Maktab Tentera Diraja
1991 Sekolah Dato' Abdul Razak Sekolah Tun Fatimah Sekolah Alam Shah Maktab Tentera Diraja
1992 Kolej Melayu Kuala Kangsar Sekolah Seri Puteri Kolej Melayu Kuala Kangsar Kolej Tunku Kurshiah
1993 Kolej Melayu Kuala Kangsar Kolej Tunku Kurshiah Kolej Melayu Kuala Kangsar Kolej Tunku Kurshiah
1994 Maktab Tentera Diraja Kolej Tunku Kurshiah Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin Kolej Tunku Kurshiah
1995 Sekolah Alam Shah Kolej Tunku Kurshiah Sekolah Menengah Sains Muar Kolej Tunku Kurshiah
1996 Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah Kolej Tunku Kurshiah Sekolah Tuanku Abdul Rahman Kolej Tunku Kurshiah
1997 Sekolah Menengah Sains Dungun Sekolah Seri Puteri Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim Sekolah Tun Fatimah
1998 Tidak Dipertandingkan Tidak Dipertandingkan Sekolah Menengah Sains Teluk Intan Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah
1999 Tidak Dipertandingkan Tidak Dipertandingkan Kolej Melayu Kuala Kangsar Sekolah Tun Fatimah
2000 Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Sekolah Seri Puteri Sekolah Menengah Sains Pokok Sena Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu
2001 Sekolah Menengah Sains Dungun Sekolah Seri Puteri Sekolah Menengah Sains Pokok Sena Maktab Tentera Diraja
2002 Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Sekolah Seri Puteri Kolej Islam Sultan Alam Shah Kolej Tunku Kurshiah
2003 Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Kolej Tunku Kurshiah Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang Kolej Tunku Kurshiah
2004 Kolej Melayu Kuala Kangsar Sekolah Seri Puteri Sekolah Menengah Sains Pokok Sena Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi
2005 Kolej Melayu Kuala Kangsar Sekolah Seri Puteri Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang Kolej Islam Sultan Alam Shah
2006 Kolej Melayu Kuala Kangsar Sekolah Seri Puteri Sekolah Menengah Sains Pokok Sena Sekolah Menengah Sains Seremban
2007 Kolej Melayu Kuala Kangsar Sekolah Tun Fatimah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak Sekolah Menengah Sains Alam Shah
2008 Kolej Melayu Kuala Kangsar Sekolah Tun Fatimah Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor
2009 Sekolah Menengah Sains Kuching Sekolah Seri Puteri Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang Sekolah Seri Puteri
2010 Sekolah Menengah Sains Kuching Sekolah Seri Puteri Sekolah Dato' Abdul Razak Sekolah Sultan Alam Shah
2011 Kolej Melayu Kuala Kangsar Sekolah Tun Fatimah Sekolah Tuanku Abdul Rahman Kolej Tunku Kurshiah
2012 Kolej Melayu Kuala Kangsar Sekolah Seri Puteri Sekolah Seri Puteri Sekolah Dato' Abdul Razak
2013 Sekolah Dato' Abdul Razak Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang Sekolah Menengah Sains Alam Shah
Petunjuk
Sekolah yang memenangi dua piala dalam satu tahun yang sama

Statistik Sekolah Yang Pernah Memenangi Piala[sunting | sunting sumber]

Sepanjang Masa[sunting | sunting sumber]

Ranking Sekolah Jumlah Bola Keranjang Lelaki Bola Keranjang Perempuan Bahas Bahasa Melayu Bahas Bahasa Inggeris
1 Sekolah Seri Puteri 25 - 18 1 6
2 Kolej Melayu Kuala Kangsar 20 16 - 4 0
3 Kolej Tunku Kurshiah 17 - 7 1 9
4 Sekolah Tun Fatimah 15 - 10 2 3
5 Sekolah Dato' Abdul Razak 10 6 - 2 2
6 Kolej Islam Klang / Kolej Islam Sultan Alam Shah 8 0 0 6 2
6 Maktab Tentera Diraja 8 4 - 0 4
8 Sekolah Tuanku Abdul Rahman 7 0 - 3 4
9 Sekolah Sultan Alam Shah 6 1 - 3 2
10 Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim 5 0 0 3 2
11 Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang 5 0 0 5 0
12 Sekolah Menengah Sains Pokok Sena 4 0 0 4 0
13 Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah 4 3 1 0 0
14 Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin 3 0 0 3 0
15 Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu 2 0 0 1 1
16 Sekolah Menengah Sains Dungun 2 2 0 0 0
17 Sekolah Menengah Sains Selangor 2 2 0 0 0
18 Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah 2 2 0 0 0
19 Sekolah Menengah Sains Kuching 2 2 0 0 0
20 Sekolah Menengah Sains Alam Shah 2 0 - 0 2
21 Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak 1 0 0 1 0
22 Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi 1 0 0 0 1
23 Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor 1 0 0 0 1
24 Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah 1 0 0 0 1
25 Sekolah Menengah Sains Seremban 1 0 0 0 1
26 Sekolah Menengah Sains Teluk Intan 1 0 0 1 0

Pemenang Terbanyak Mengikut Piala[sunting | sunting sumber]

Sepanjang Masa[sunting | sunting sumber]

Piala Kemenangan # Sekolah
Bola Keranjang Lelaki 16 Kolej Melayu Kuala Kangsar
Bola Keranjang Perempuan 18 Sekolah Seri Puteri
Bahas Bahasa Melayu 6 Kolej Islam Klang / Kolej Islam Sultan Alam Shah
Bahas Bahasa Inggeris 9 Kolej Tunku Kurshiah

Sekolah yang Memenangi Piala Berturut-turut Terbanyak[sunting | sunting sumber]

Bilangan Sekolah Tahun
5 Sekolah Tun Fatimah 1976-1980
Kolej Melayu Kuala Kangsar 1979-1983 dan 2004-2008
Sekolah Seri Puteri 1982-1986
Kolej Tunku Kurshiah 1992-1996
4 Sekolah Seri Puteri 1973-1976
3 Sekolah Dato' Abdul Razak 1974-1976
Kolej Islam Klang 1974-1976
Sekolah Tuanku Abdul Rahman 1982-1984
Kolej Tunku Kurshiah 1993-1995
Sekolah Seri Puteri 2000-2002 dan 2004-2006

Sekolah Yang Berjaya Memenangi Semua Piala[sunting | sunting sumber]

(Tahun yang diberi adalah sewaktu sekolah tersebut pertama kali memenangi piala tersebut)

Player Bola Keranjang Lelaki Bola Keranjang Perempuan Bahas Bahasa Melayu Bahas Bahasa Inggeris
Sekolah Dato' Abdul Razak 1974 - 1982 1985
Sekolah Tun Fatimah - 1976 1979 1986
Kolej Tunku Kurshiah - 1981 1977 1989
Sekolah Alam Shah / Sekolah Sultan Alam Shah 1995 - 1973 1981
Sekolah Seri Puteri - 1982 2012 1973

Sekolah Yang Memenangi Dua Piala Dalam Tahun Yang Sama[sunting | sunting sumber]

  • Bola Keranjang Lelaki – Bahas Bahasa Melayu:
    • (1980) Kolej Melayu Kuala Kangsar
    • (1992) Kolej Melayu Kuala Kangsar (2)
    • (1993) Kolej Melayu Kuala Kangsar (3)
  • Bola Keranjang Lelaki – Bahas Bahasa Inggeris:
    • (1987) Maktab Tentera Diraja
  • Bola Keranjang Perempuan – Bahas Bahasa Melayu:
    • (1979) Sekolah Tun Fatimah
    • (2012) Sekolah Seri Puteri
  • Bola Keranjang Perempuan – Bahas Bahasa Inggeris:
    • (1993) Kolej Tunku Kurshiah
    • (1994) Kolej Tunku Kurshiah (2)
    • (1995) Kolej Tunku Kurshiah (3)
    • (1996) Kolej Tunku Kurshiah (4)
    • (2003) Kolej Tunku Kurshiah (5)
    • (2009) Sekolah Seri Puteri (2)
  • Bahas Bahasa Melayu – Bahas Bahasa Inggeris:
    • (1988) Sekolah Tuanku Abdul Rahman