Persenjataan Perang Vietnam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Persenjataan Perang Vietnam memperlihatkan kemunculan beberapa peralatan senjata yang hebat. pelbagai jenis senjata digunakan semasa Perang Vietnam. Dekad 1960-an merupakan dekad lonjakan teknologi persenjataan. Vietnam menjadi medan ujian senjata dan taktik baru peperangan. Helikopter menjadi satu ikon di Vietnam dan membolehkan pengaturan tentera dengan pantas. Pengimbas elektronik digunakan di serata medan untuk mengesan pergerakan musuh. Pemprosesan data kelajuan tinggi membolehkan penyampaian data yang cepat, khususnya kerja-kerja pengintipan di Laluan Ho Chi Minh.

Senjata individu[sunting | sunting sumber]

Raifel M-16

Raifel Tempur Colt M16

Senjata M-16 diperkenalkan semasa peringkat awal penglibatan Amerika dalam Perang Vietnam, menggantikan raifel M-14 yang digunakan sebelumnya. M-16 dianggap tidak sebaik senjata AK-47 yang digunakan oleh pihak musuh. Tetapi M-16 lebih ringan daripada senjata M-14 dan AK-47 dan menggunakan kaliber 5.56mm. Peluru M-16 beratnya hanya 55 grain berbanding 155 grain untuk peluru 7.62mm NATO. Dengan itu anggota tentera boleh membawa lebih banyak peluru pada beban yang sama. M-16 mempunyai daya tembakan 550 tembakan per minit dan boleh digunakan secara automatik di mana isi kelopak peluru dengan isian 30 butir boleh dikosongkan dengan sekali sahaja menarik picu.

Pada awal ia diperkenalkan, M-16 mempunyai masalah tersekat (rifle jam) dan perlu diloloskan. Masalah ini dikesan kepada kepercayaan askar Amerika bahawa senjata M-16 tidak perlu dicuci seperti senjata M-14. Bahan peledak yang digunakan dalam peluru M-16 juga “kotor” dan memburukkan keadaan. Masalah ini diatasi dengan pertukaran bahan peledak yang lebih bermutu dan pendidikan penjagaan senjata kepada askar-askar di medan tempur. Ruang peluru diledakkan (firing chamber) dikrom untuk mengurangkan kotoran. Selepas masalah-masalah ini diatasi dan askar menjaga versi M-16A1 mereka dengan betul, senjata ini berfungsi seperti yang diharapkan dan terus digunakan sehingga kini. Versi terbaru adalah jenis karbin M-4.

Tentera infantri suka menggunakan raifel M-16 dalam moda automatik dan apabila bertembung dengan musuh akan mengosongkan kesemua peluru dalam kelopak peluru. Ini dipanggil “rock and roll” oleh tentera infantri. Ini menyebablan penggunaan dan pembaziran peluru yang terlalu tinggi. Untuk mengatasi masalah ini, M-16A2 diperkenalkan dengan mode semi automatik di mana sekali tarikan picu akan melepaskan tiga butir peluru.

AK-47 Kalashnikov

Raifel Tempur AK-47

AK-47 adalah sejenis senapang tempur (assault rifle) buatan Soviet Union (kini Rusia) yang menjadi satu ikon pergerakan pemberontakan di seluruh dunia. Senjata ini adalah rekaan Mikhail Kalashnikov. Namanya bermaksud (Avtomat Kalashnikova)“Automatic Kalashnikov 1947”. Pada asalnya, senjata ini dibuat oleh Izhevsk Mechanical Works.

Senjata ini boleh beroperasi dalam konfigurasi automatik ataupun separa automatik dan menggunakan peluru kaliber 7.62x39mm (M43) katrij Soviet. Senjata AK-47 ini banyak dikeluarkan di Soviet Union dan negara-negara sekutunya dan dieksport ke serata pelosok dunia, khususnya bagi menyokong pemberontakan menentang kerajaan-kerajaan pro-Barat. AK-47 menjadi senapang tempur utama Soviet Union dan kesemua negara komunis dan juga pihak-pihak memberontak di Asia, Eropah, Afrika, Amerika Tengah dan di Amerika Selatan. Dalam tahun 1960-an, AK-47 digantikan dalam perkhidmatan Soviet dengan senapang tempur AKM (Avtomat Kalashnikova Modernizirovannyi) atau AK Moden, dan seterusnya oleh AK-74 yang menggunakan peluru berkaliber 5.45mm. Senjata ini masih dikeluarkan sehingga hari ini.

SIMONOV SKS 7.62mm


Senapang jenis Simonov SKS (Samozaryadnyj Karabin Simonova = Simonov Self-loading Carbine) adalah sejenis senapang karbin separa automatik yang dicipta oleh pencipta Soviet Union bernama Sergei Gavrilovich Simonov (1894 - 1986). Prototaip SKS dibuat pada awal tahun 1945, dan diuji di medan tempur dalam peperangan menentang tentera Jerman.

Selepas tahun 1945, karbin SKS dan katrij pelurunya diperbaiki dan diterima untuk kegunaan tentera Soviet dalam tahun 1949 bersama-sama senapang tempur AK-47. SKS diguna dengan meluas sehingga tahun 1970-an dan selepas itu mula ditarik balik dari kegunaan utama dan kini sama ada disimpan dalam simpanan ataupun telah dilupuskan sepenuhnya oleh pengguna-penggunanya. Walaupun demikian, senapang SKS ini masih digunakan untuk upacara istiadat rasmi oleh Pasukan Pengawal Kehormat Tentera Rusia (Russian Honor Guards).

Mesingan M60

mesingan M60

Mesingan M60 adalah sejenis mesingan tempur yang mempunyai kaliber 7.62mm. Secara formalnya, senjata ini dipanggil Machine Gun, 7.62mm, M60 menggunakan katrij peluru 7.62 x 51 mm yang disalur menggunakan belt feed.

Mesingan M60 boleh digunakan sebagai senjata pertahanan ataupun senjata serangan. Dalam kegunaan sebagai senjata serangan, ia boleh digunakan dengan kadar tembakan yang lebih tinggi, dan mempunyai jarak berkesan yang lebih jauh. Kaliber peluru yang digunakan juga lebih besar daripada peluru 5.56mm yang digunakan oleh senapang tempur M16. Sebagai senjata pertahanan, keupayaan mesingan disepadukan dalam persiapan pertahanan sesebuah unit tentera.

Mesingan M60 paling berkesan dalam jarak 1,100 meter apabila dipasangkan di di atas tripod. Jarak berkesan sekiranya menggunakan bipod pula adalah 800 meter. Kor Marin Amerika Syarikat menggunakan mesingan M60 sehingga jarak 1,500 meter dengan berkesan apabila digunakan oleh penembak yang terlatih.

Mesingan M60 telah digantikan secara amnya dalam perkhidmatan tentera Amerika Syarikat oleh mesingan sederhana jenis M240 dan juga oleh senjata automatik skuad M249 SAW. Walaupun demikian, mesingan M60 masih digemari dan digunakan sebagai senjata bantuan dan dipasangkan kepada kenderaan.

Mesingan BROWNING M2 .50 Cal

Mesingan M2

Mesingan Browning jenis M2-50 cal adalah sejenis mesingan berat yang direka untuk kegunaan menembak kapal terbang. Ia dikenali dengan panggilan Ma Deuce ataupun 50-cal di kalangan anggota tentera Amerika Syarikat.

Mesingan ini direka oleh John Browning selepas Perang Dunia I dan dibina dalam beberapa bentuk Ada mesingan yang dibuat untuk kegunaan dipasang di atas kenderaan, dan ada pula versi yang digunakan sebagai persenjataan pertahanan dalam pesawat pengebom seperti B-17 Super fortress dan B-24 Liberator. Mesingan ini juga digunakan sebagai senjata utama di atas kapal terbang North American P-47 Mustang.

Mesingan ini digunakan secara meluas dalam Perang Dunia II, dalam Perang Korea dan Perang Vietnam. Mesingan ini masih digunakan sebagai senjata sekunder di atas kereta kebal dan kereta perisai dan juga sebagai senjata pertahanan di atas kenderaan.

Mesingan RPD 7.62mm


Mesingan RPD adalah sejenis mesingan butan Soviet Union yang digunakan oleh kebanyakan tentera negara-negara Komunis. Ia dibuat di Soviet Union dan Republik Rakyat China. RPD bermakna Ручной Пулемет Дегтярева (Ruchnoy Pulemyot Degtyareva) (Degtyarev light machine gun).

Mesingan RPD direka untuk Tentera Soviet dalam tahun 1944 untuk kegunaan sebagai senjata automatik bantuan untuk skuad tentera. Mesingan ini diterima untuk perkhidmatan dengan tentera Soviet dalam tahun 1950-an. Penembak boleh menggunakan mesingan ini secara meniarap menggunakan bipod yang ada di mesingan tersebut. Penembak juga boleh menggunakan mesingan ini secara berdiri dengan mesingan digantung di paras pinggang dengan bantuan satu tali galas. Peluru disuap masuk menggunakan non-disintegrating belt feed.

Di Republik Rakyat China, senjata ini ditiru dan dikeluarkan dengan beberapa pengubahsuaian dalaman dan diberikan nama Type 56. mesingan ini kemudiannya dibekalkan dengan banyak untuk kegunaan NVA dan juga NLF (Viet Cong) semasa Perang Vietnam.

Mesingan RPD digantikan dalam perkhidmatan tentera Soviet dalam tahun 1960-an dengan mesingan RPK (Ruchnoi Pulemet Kalashnikova). Mesingan ringan (LMG) yang lebih moden, Walaupun anggota tentera tidak sukakan pertukaran tersebut, mesingan RPD hanya digunakan oleh pasukan simpanan dan kini sudah tidak digunakan lagi oleh tentera Rusia.

Tentera gerila memberontak seperti Tamil Tigers (LTTE) masih menggunakan mesingan ini dalam pemberontakan mereka menentang kerajaan Sri Lanka.

Pelancar Grenad M79


Pelancar (atau Pelontar) Grenad M79 adalah sejenis senjata yang menjadi masyhur semasa mula digunakan di dalam Perang Vietnam. Tentera Amerika Syarikat menggelarkannya sebagai Thump Gun, Blooper ataupun Thumper. Di kalangan tentera Australia, ia dipanggil Wombat Gun.

Senjata ini kelihatan seperti senapang patah dengan laras yang besar yang dipotong pendek. Larasnya dipatahkan ke bawah untuk mengisi grenad. Senjata ini boleh menembakkan grenad tabur, damak ataupun insidiari. M79 membolehkan askar infantri melontar grenad 40mm sejauh 375 meter dan boleh melontar grenad asap ataupun letupan. Untuk tempur jarak dekat, grenad jenis flechette yang meledakkan sejumlah damak besi kecil digunakan. Grenad yang meledakkan peluru tabur juga diperkenalkan untuk kegunaan tempur arak dekat.

Dalam tahun-tahun 1960-an dan 1970-an, tentera Amerika Syarikat mencuba memasang beberapa jenis pelontar grenad kepada senapang tempur M16. Satu versi senapang ini XM148 dihantar untuk kegunaan semasa Perang Vietnam.

Kini, pelontar grenad ini digantikan dalam perkhidmatan tentera Amerika Syarikat dengan pelontar grenad M203. Namun demikian, pelontar grenad M79 masih digunakan dalam beberapa peranan khusus dalam perkhidmatan polis dan tentera, seperti dalam ketenteraman awam.

M72 LAW

M72 LAW sedia untuk tembakan

M72 LAW pula adalah sistem senjata pakai buang menggunakan roket 66mm yang boleh digunakan menentang kereta kebal ringan ataupun perkubuan musuh. Walaupun hanya 2.3 kg, ia efektif sehingga jarak 200 meter.

Pelancar roket M72 LAW (Light Anti-Tank Weapon) adalah sejenis senjata pakai buang yang digunakan oleh tentera Amerika Syarikat. Senjata ini melancarkan sebuah roket anti kereta kebal dengan kaliber 66 mm dan boleh memusnahkan perkubuan musuh (bunker), kereta perisai ringan dan kenderaan lain. Senjata ini dibuat oleh Nammo Raufoss AS di Norway.

Senjata ini terdiri dari satu silinder pelancar yang diliputi dengan satu silinder pelindung yang kalis air untuk melindungi roket dan alat peledak roket (percussion cap) yang berada di dalam. Apabila hendak digunakan, silinder yang did alma ditarik keluar ke arah belakang, dan melangsungkan picu ke tempatnya dan menguncikan silinder tersebut. Senjata ini sedia untuk digunakan.

Apabila ditembak, bahan dorong (propellant) roket terbakar sehingga habis, mengeluarkan gas sekitar suhu 760° Celcius. Ini melonjakkan roket keluar daripada silinder dengan anjalan yang tidak kuat. Apabila roket terkeluar daripada silinder sepenuhnya, sirip kawalan roket akan terkeluar daripada pangkal roket untuk menstabilkan penerbangan roket. Setelah ditembak, silinder tadi dibuang begitu sahaja.

RPG-7


RPG 7 adalah sejenis senjata pelancar roket anti kereta kebal buatan Soviet Union. Di Rusia, ia dikenali dengan nama РПГ-7, dan dikeluarkan secara meluas untuk kegunaan Soviet Union dan sekutunya. Senjata ini juga dieksport dengan meluas dan boleh diperolehi dengan mudah di pasaran gelap.

RPG-7 (Ruchnoy [Handheld] Protivotankoviy [Anti-Tank] Granatomet [Grenade Launcher]-7) 6G3 adalah senjata anti kereta kebal mudah alih yang ditembak ketika dikandar di atas bahu untuk melancarkan sebuah grenad yang didorong tujahan roket. Senjata ini tahan lasak dan mudah digunakan. Ia juga murah tetapi mempunyai kekesanan yang tinggi. Ciri-ciri ini menjadikannya sistem pelantar roket yang paling banyak digunakan di dunia. Senjata kini digunakan oleh sekurang-kurang 40 buah negara, tidak termasuk pergerakan gerila pembebasan dan juga oleh kumpulan-kumpulan haram.

Senjata ini mula digunakan oleh Tentera Soviet dalam tahun 1961 untuk menggantikan senjata RPG-3 dan satu sistem pelancar dibekalkan kepada setiap skuad pasukan tentera. Konsep asalnya berteraskan sistem roket Bazooka buatan Amerika dan sistem Panzerfaust buatan Jerman.

Senjata ini digunakan dengan meluas di dalam semua konflik. Senjata ini digunakan untuk menembak jatuh 2 buah helikopter MH-60 Blackhawk semasa Pertempuran Mogadishu di Somalia (dikenali di serata dunia sebagai Blackhawk Down). Senjata ini juga digunakan oleh Taliban untuk menentang tentera Amerika dan tentera NATO di Afghanistan.

Model untuk kegunaan tentera payung terjun boleh dipecahkan menjadi du bahagian untuk memudahkan pergerakan anggota payung terjun bergerak ketika mengenakan payung terjun. Type 69 buatan China lebih ringan.

Versi yang dikeluarkan pada tahun 2001 dan sekarang digunakan oleh tentera Rusia adalah versi RPG-7V2 yang boleh melancarkan roket jenis biasa dan juga roket jenis HEAT (High Explosive Anti Tank), dan roket jenis thermobaric (proses di mana bahan letupan menggunakan oksigen daripada udara dan bukannya bahan pengoksidaan di dalam bahan peledak). RPG-7V2 mempunyai sistem pembidik UP-7V dengan kanta teropong untuk membolehkan pengguna membidik sasaran yang jauh.

Pelancar Grenad Mk 19

Pelancar grenad Mk19 40mm

Senjata ini mulanya digunakan oleh bot peronda sungai Tentera Laut Amerika (dikenali sebagai Pibber) dan boleh melontarkan grenad 40mm dari jarak minimum 75 meter sehingga jarak maksimum 2,200 meter walaupun ia paling berkesan sehingga jarak 1,600 meter. Senjata ini kemudiannya diambil guna oleh Tentera Darat Amerika dan pasukan Marin. Grenad M430 yang digunakan menyebabkan kematian dalam lingkungan 5 meter dari titik impak dan mencederakan dalam lingkungan 15 meter dari titik impak.

Pembangunan senjata Mk.19 ini dimulakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat dalam tahun 1966 sebagai lanjutan pengalaman yang diperolehi dari Perang Vietnam. Sebelum itu, Tentera Laut Amerika Syarikat mencuba penggunaan beberapa senjata yang melontarkan peluru grenad jenis 40x46mm M406 dengan kelajuan rendah yang pada mulanya dibuat untuk kegunaan dengan pelontar grenad M79. Kesemua senjata tersebut tidak dapat melontarkan grenad kepada jarak yang diharapkan.

Pelontar grenad Mk.19 menggunakan peluru 40x53mm M384 dengan kelajuan tinggi, membolehkan pencapaian jarak lontaran yang lebih jauh dan mula dicuba dalam bulan Oktober 1967. Selepas ujian, pelontar grenad Mk.19 Mod.0 diterima untuk kegunaan pada awal tahun 1968, digunakan di atas bot peronda sungai dan juga di atas helikopter UH1 Huey Tentera Laut Amerika Syarikat.

Model Mk.19 mod.1 mula digunakan dalam tahun 1971 di Vietnam dengan penghantaran lebih 1000 pucuk senjata, terdiri daripada buatan baru ataupun dengan menaik taraf senjata dari Mod.0.

Artileri[sunting | sunting sumber]

Howitzer M101A1 (105mm)

Pasukan Artileri Kor Marin Amerika Syarikat Dalam Latihan Menembak Meriam M101
Meriam M102

Meriam howitzer M101 adalah sejenis meriam jenis howitzer yang menjadi peralatan standard bagi tentera artileri Amerika Syarikat semasa Perang Dunia II/ meriam ini digunakan di medan perang di Eropah dan Pasifik. Ia juga digunakan semasa Perang Vietnam.

Meriam ini mula dikeluarkan dalam tahun 1941 dan digunakan menentang pasukan Tentera Jepun di Lautan Pasifik. Ia dengan cepat menjadi kegemaran kerana ketepatan mengenai sasaran dan kerana mempunyai kuasa tembakan yang kuat.

Meriam ini boleh melontarkan peluru sejauh 11,200 meter menjadikan ia sesuai digunakan untuk membantu pasukan infantri. Ciri-ciri ini menyebabkan meriam jenis ini menjadi pilihan banyak negara selepas Perang Dunia II. Meriam ini juga digunakan semasa Perang Korea dan Perang Vietnam.

Meriam ini ringan dan pengguna boleh bergantung harap menggunakannya. Meriam ini boleh digunakan dengan kadar tembakan yang tinggi, mencapai kadar 8 das tembakan dalam seminit. Kerana ia mudah digunakan, meriam ini boleh bertindak balas membantu pasukan infantri. Meriam ini boleh menggunakan peluru jenis HE, HEAT, WP, CHEM and ILLUM.

Howitzer M102 105 mm

Meriam jenis ini mula diperkenalkan semasa Perang Vietnam. Meriam ini lebih ringan daripada meriam M101 dan bo;eh digerakkan dengan lebih mudah berbanding dengan meriam M101. Meriam jenis ini juga melengkapkan kapal terbang penyerang AC-130A Spectre kerana ia mempunyai anjalan yang sederhana. Meriam ini boleh menggunakan berbagai jenis peluru meriam dan boleh dipusingkan 360 darjah dengan cepat. Meriam ini juga boleh digugurkan dengan payung terjun ataupun diangkut menggunakan helikopter UH-1 Huey.

Meriam ini juga digunakan sebagai meriam standard kegunaan pasukan artileri Amerika Syarikat semasa Operasi Desert Shield dan Desert Storm.

M18A1 Claymore

Periuk Api M18A1 Claymore

Bom M18A1 Claymore adalah sejenis bom (dikelaskan sebagai periuk api atau mine) yang digunakan dengan meluas di seluruh dunia. Bom Claymore ini diletakkan di atas tanah menghadap tempat di mana musuh dijangkakan berada dan apabila diletupkan akan melontarkan 700 biji bebola keluli sehingga jarak 100 meter di dalam satu lengkung seluas 60° di hadapan bom berkenaan. Bom ini digunakan dalam serang hendap dan sebagai pertahanan anti penyusupan. Ia juga boleh digunakan menentang kenderaan ringan tanpa perlindungan armor.

Bom ini menggunakan kesan Misznay-Schardin, yang mana mendapati bahawa apabila bahan letupan meletup ketiak bertemu kepingan besi waja, kuasa letupan itu akan diarahkan bertentangan arah kepingan besi itu. Selepas Perang Korea, tentera Amerika Syarikat memperbaiki rekaan Schardin menjadi bom Claymore yang melontarkan beratus-ratus bebola besi dengan sekali letupan. Bahagian belakang bom ini menggunakan besi untuk mengarahkan letupan ke arah hadapan.

Bom jenis M18A1 digunakan semasa Perang Vietnam. Bom M18A1 menggunakan bahan plastik berwarna hijau dengan perkataan "Front Toward Enemy" di atasnya. Bom ini panjangnya 21.5 cm, tinggi 8 cm dan mempunyai ketebalan 3.5 cm dan mempunyai dua kaki yang boleh dilaraskan.

Helikopter[sunting | sunting sumber]

UH-1 Huey

Helokopter memainkan pernaan penting semasa Perang Vietnam
Helikopter CH-47 Chinook Menunjukkan Keupayaan Mengangkat Muatan Berat Di Vietnam

Helikopter jenis UH-1 Huey (daripada huruf pengenalan HU-1) mencapai kematangan sebagai sistem persenjataan semasa perkhidmatan di Vietnam. Helikopter in kecil, terbang laju dan boleh terbang rendah dan boleh diubah suai menjadi beberapa konfigurasi mengikut keperluan keadaan. Helikopter Huey berjaya kerana berjaya menggunakan enjin jenis jet turbin Lycoming yang ringan tetapi berkuasa tinggi. Helikopter ini diasaskan kepada helikopter Bell 204 dan diberikan penamaan HU-1 (yang membawa kepada nama jolokannya Huey). Dalam tahun 1962, helikopter ini diterima berkhidmat dengan Tentera Darat Amerika dengan nama pengenalan UH-1.

Di Vietnam, helikopter ini kebanyakannya digunakan sebagai helikopter utility, tetapi juga amat berguna sebagai helikopter medEvac, pengangkutan anggota dalam serangan udara dam menjalankan misi-misi mencari dan menyelamat. Semasa Perang Vietnam, versi UH1-D dikeluarkan dalam tahun 1963, dengan enjin yang lebih berkuasa dan fiuslaj yang lebih panjang.

Helikopter ini dipasangkan dengan dua mesingan M-60 membolehkan anak kapal memberikan tembakan bantuan kepada tentera yang masuk atau keluar daripada helikopter mereka. Roket dipasang untuk membolehkan Huey digunakan sebagai platform serangan untuk memusnahkan jambatan, bangunan dan kereta kebal.

Huey yang dipasangkan roket dan mesingan dipanggil Snake berbanding dengan Slick untuk helikopter pengangkut biasa. Gatling Gun memberikan kadar tembakan melebihi 6,000 tembakan peluru per minit (rounds per minute). Kerangka Huey digunakan untuk membina helikopter penyerang AH-1 Cobra dan dilengkapkan dengan roket, minigun dan misil. Di Vietnam seramai 2,202 orang juru terbang Huey terbunuh dan kira-kira 2,500 Huey musnah, separuh daripada semasa pertempuran.

Boeing Vertol CH-47 Chinook

Dalam tahun 1966, Tentera Darat Amerika diarahkan menyerah kesemua pesawat pengangkut C-7 Caribou kepada Tentera Udara Amerika. Dengan penyerahan ini, Tentera Darat kehilangan keupayaan pengangkutan taktikal. Helikopter pengangkut CH-47 Chinook diperkenalkan dalam tahun 1966 dan membawa dimensi baru ke medan tempur. Dengan menggunakan helikopter ini, peralatan berat boleh dibawa di serata pelosok medan tempur. Dengan keupayaan angkat sehingga 10 tan, peralatan seperti meriam medan dan lain-lain peralatan berat (jentolak dsbg) boleh dipindahkan dengan cepat dan ditempatkan di tempat ia diperlukan. Dan ini dapat dilakukan tanpa memerlukan landasan kapal terbang yang khusus.

Sejak itu, helikopter CH-47 Chinook menjadi keperluan penting Tentera Darat. Helikopter ini boleh memuatkan sehingga 33 orang anggota tentera berbanding 8 hingga 10 orang yang boleh diisi dalam helikopter Huey. Helikopter CH-47 Chinook boleh dipasangkan dengan 3 mesingan M-60 untuk memberikan kebolehan memberikan tembakan bantuan kepada askar-askar yang mendarat. CH-47 Chinook menjadi pengangkut berat standard Divisyen Pertama Kavalri Udara.

Sikorsky HH-3E Jolly Green Giant

Helikopter HH-3 melakukan misi menyelamat di Vietnam

Helikopter HH-3E adalah satu versi helikopter SH-3 buatan Sikorsky yang digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat. Helikopter HH-3E digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat sebagai helikopter mencari dan menyelamat, dan dikenali dengan nama jolokan Jolly Green Giant.

Pesanan awal adalah untuk 75 buah helikopter yang diberikan penamaan CH-3C dengan ekor baru yang mempunyai tanjakan (ramp) untuk memuatkan barang dan kenderaan. Dalam tahun 1966, 41 buah helikopter CH-3Cs dinaik taraf dengan enjin yang lebih berkuasa dan diberikan penamaan CH-3E dan ditambah dengan pesanan baru untuk 45 buah helikopter.

50 buah helikopter ditugaskan untuk misi mencari dan menyelamat dan dipanggil sebagai HH-3E dan diberikan pertahanan armor, senjata pertahanan sendiri (mesingan M-60), tangki minyak kedap sendiri (self-sealing fuel tanks), pengangkat penyelamat dan keboleh mengisi minyak dalam penerbangan.

Bell OH-58 Kiowa

OH-58 Kiowa

Helikopter OH-58 Kiowa adalah helikopter yang dikeluarkan oleh bell Helicopters untuk kegunaan peninjauan, pengawasan dan pengutipan maklumat risik. Dalam bulan Oktober 1961, tentera darat Amerika meminta cadangan daripada syarikat pembuat helikopter untuk pembekalan helikopter pengawasan ringan (LOH) daripada Belll Helicopter dan 12 pengeluar lain. Bell mengemukakan rekaan Bell 206. 5 buah prototaip dibina untuk penilaian Tentera. Juru terbang penilai membuat aduan kekurangan kuasa enjin pesawat Bell ini dan ia tersingkir daripada pemilihan. Akhirnya, rekaan Hughes dipilih dan memasuki perkhidmatan sebagai OH-56 Cayuse.

Bell memasarkan model Bell 206 Jetranger di pasaran awam dan mendapat jualan laris, khususnya daripada stesen televisyen dan pasukan polis. Dalam tahun 1967, tentera Amerika sekali lagi meminta pembidaan daripada pengeluar helikopter untuk pembekalan helikopter LOH kerana Hughes tidak dapat memenuhi kontrak pembekalan helikopter OH-56 Cayuse. Kali ini Bell menang pembidaan dan modelnya diterima masuk perkhidmatan tentera dan diberikan penamaan OH-58 Kiowa.

Helikopter ini dihantar ke Vietnam pada musim gugur 1969 dan ditugaskan dalam pasukan Kavalri Udara, pasukan helikopter penyerang dan pasukan artileri medan. Selain itu, Kiowa juga digunakan untuk misi MedEvac. Kiowa juga digandingkan dengan AH-1G Cobra dalam “Pink Team”. Helikopter OH-58 Kiowa boleh dipasangkan sistem senjata M27 dengan mesingan M134 7.62mm di sebelah kiri pesawat.

Hughes OH-6 Cayuse


Helikopter buatan Hughes berkhidmat di Vietnam sebagai sebuah helikopter peninjau ringan (LOH) dan dipanggil Loach. Helikopter ini mempunyai enjin Allison T63-A-5A yang memberikan kuasa 253-shp. Prototaip helikopter ini melakukan penerbangan sulung dalam bulan Februari 1963. Helikopter ini memulakan khidmat dengan tentera Amerika Syarikat dalam tahun 1966. Helikopter ini memenangi pertandingan untuk pembekalan helikopter LOH mengalahkan rekaan Fairchild Hiller dan rekaan Bell Helicopter. Rekaan bell kemudiannya dikembangkan menjadi Bell 206 (dan kemudiannya OH-58 Kiowa)

OH-6A Cayuse mempunyai prestasi tinggi dan bunyi yang kurang bising khususnya disebabkan penggunaan rotor 4 bilah dan saiznya yang kecil. Helikopter ini akan terbang rendah untuk mengacum musuh supaya menembak supaya kedudukan musuh dapat dikesan. Helikopter ini digandingkan sebagai “Pink Team” dengan helikopter penyerang AH-1 Cobra.

Helikopter OH-6A Cayuse boleh tahan menerima tembakan teruk dan masih berupaya pulang dengan selamat. Helikopter ini boleh dilengkapkan dengan sistem senjata M27 dengan senjata Minigun M134 di sebelah kiri pesawat dan sepucuk mesingan M60D 7.62mm di sebelah kanan.

Bell AH-1 Cobra

AH-1G Cobra di Vietnam

Helikopter AH-1 Cobra adalah sejenis helikopter penyerang dua anak kapal yang boleh beroperasi sama ada di darat ataupun di laut. Helikopter ini memberikan bantuan serangan rapat untuk pasukan tentera khususnya di dalam peranan anti kereta kebal, iringan bersenjata dan peninjauan.

Helikopter ini lahir daripada pengalaman yang diperolehi semasa perang Vietnam. Kejayaan helikopter Huey yang dipasangkan senjata roket dan mesingan mendorong tentera Amerika Syarikat untuk mencuba penggunaan helikopter penyerang yang khusus, Akhirnya helikopter AH-1F dikeluarkan menggunakan enjin, sistem gear dan sistem rotor helikopter UH-1 tetapi diberikan pengubahsuaian menjadi helikopter penyerang khususnya dengan fiuslaj yang tirus dan tempat juru terbang yang disusun cara tandem. Helikopter ini juga menjadi ikon perang Vietnam. Helikopter ini berjaya memenuhi keperluan tentera Amerika untuk sebuah helikopter yang pantas, ringan dan boleh mensasarkan ordnans dengan tepat.

Apabila program Lockheed Cheyenne gagal mencapai matlamatnya, tentera Amerika Syarikat memilih helikopter AH-1 sebagai alternatif. Model AH-1G Cobra menggunakan rotor lebar, dan boleh terbang dua kali lebih laju daripada helikopter Huey dan boleh berlegar 3 kali lebih lama.

Boeing Vertol CH-46 Sea Knight

Helikopter CH-46

Helikopter CH-46 Sea Knight digunakan oleh pasukan Marin Amerika Syarikat untuk tujuan pengangkutan berat sederhana. Helikopter jenis ini mula digunakan dengan pembelian awal sebanyak 600 unit dalam tahun 1964 dan bertujuan memenuhi keperluan pengangkutan berat sederhana pasukan Marin di Vietnam.

Helikopter ini menggunakan sistem dua kipas rotor (tandem rotor) yang memberikannya pengendalian yang lebih baik di dalam keadaan angin kencang yang membolehkan helikopter ini membuat perubahan kedudukan dan hala dengan cepat semasa pergerakan helikopter yang perlahan. Helikopter ini boleh membawa 25 orang anggota tentera serba lengkap dan boleh membuat angkutan 3 ton dan boleh terbang selama 2 jam. Perut kapal yang luas membolehkan ia digunakan untuk pemasangan pengusung bagi pemindahan mangsa bencana. Helikopter ini boleh mendarat dan terapung sehingga 2 jam di atas air sekiranya perlu membuat pendaratan kecemasan.

Penerbangan sulung helikopter ini dibuat dalam bulan April 1958, sebagai satu inisiatif sendiri syarikat Boeing Vertol yang mengunjurkan aplikasi ketenteraan. Tentera Darat membuat penilaian ke atas 3 buah helikopter tetapi akhirnya mahukan helikopter yang lebih besar dan boleh mengangkut muatan lebih berat.

Pasukan marin pula melihat helikopter ini paling ideal untuk memenuhi keperluannya. Pengubahsuaian dibuat supaya rotornya boleh dilipatkan untuk memaksimumkan ruang simpanan, dan pintu tanjakan yang boleh dibuka semasa penerbangan. Helikopter ini juga dipasangkan mesin angkut (hoist) yang boleh mengangkat beban sehingga 5 ton. Helikopter CH-46A yang pertama membuat penerbangan dalam bulan Ogos 1962 dan diterima berkhidmat mulai tahun 1964.

Sikorsky CH-53 Sea Stallion

Helikopter CH-53 Super Jolly Green Giant

CH-53 Sea Stallion adalah nama panggilan sejenis helikopter berat buatan Sikorsky pada asalnya untuk Kor Marin Amerika Syarikat. Helikopter ini kini menjadi helikopter yang paling berat dibuat di negara barat. Helikopter ini direka bentuk sebagai Model 65 dalam tahun 1960. Dalam tahun 1964, helikopter ini memasuki perkhidmatan dengan Kor Marin sebagai CH-53A Stallion.

Helikopter CH-53A dipesan oleh Kor Marin untuk memenuhi keperluan helikopter pengangkutan berat, dan pesawat pertama menjalankan penerbangan pada 12 Oktober 1964.

Helikopter HH-53 adalah versi yang digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat untuk operasi mencari dan menyelamat tempur (combat search and rescue) atau CSAR. Pada 15 Mac 1967, helikopter HH-53B Super Jolly Green Giant membuat penerbangan sulungnya di Pengkalan Udara Wright-Patterson. Setelah menjalani penilaian dengan memuaskan, helikopter ini dihantar untuk menjalani misi CSAR di Vietnam. Helikopter HH-53 "Super Jolly" sepatutnya menggantikan helikopter HH-3 Jolly Green Giant dalam peranan CSAR.

HH-53 "Super Jolly" boleh terbang dengan lebih laju berbanding HH-3 dan mempunyai berat pelepasan hampir 3 kali berat pelepasan HH-3. Helikopter HH-53 "Super Jolly" juga lebih berkuasa membolehkan ia dipasangkan dengan pertahanan armor dan persenjataan yang lebih berat, dan boleh terkatung-katung dengan lebih upaya khususnya di tempat dan di paras tinggi.

Helikopter HH-53 Super Jolly menjadi helikopter utama digunakan untuk operasi mencari dan menyelamat tempur CSAR semasa Perang Vietnam menggantikan helikopter HH-3. Helikopter ini juga digunakan untuk melaksanakan misi-misi peperangan khas seperti penyusupan masuk anggota-anggota pasukan khas ke kawasan operasi. HH-53 Super Jolly digunakan untuk menyusup masuk pasukan komando semasa serangan ke atas penjara Son Tay dalam tahun 1970 dalam percubaan untuk membebaskan tahanan perang Amerika di penjara tersebut.

Sikorsky CH-54 Tarhe

Helikopter CH-54 Tarhe Mengangkat Helikopter CH-47 Yang Rosak Untuk Pembaikan

Helikopter Sikorsky CH-54A dan CH-54B Tarhe adalah helikopter yang asalnya diberikan penamaan Model 64 oleh Sikorsky. Helikopter ini dikenali sebagai Skycrane kerana melakukan kerja-kerja berat mengangkut keperluan berat di medan perang.

Helikopter ini mempunyai 3 orang anak kapal, iaitu juru terbang, pembantu juru terbang dan seorang ketua awak-awak yang mengendalikan jentera pengangkat (hoist). Helikopter ini berupaya mengangkat muatan yang berat dan besar (bulky) menggunakan kabel pengangkat. Penggunaan kabel ini membolehkan helikopter ini mengangkat muatan tanpa perlu mendarat terlebih dahulu.

Helikopter ini juga boleh mengangkat kotak kontena yang digunakan untuk pelbagai kegunaan, termasuk penggunaan sebagai sebuah surgeri MASH, lengkap dengan mesin X-Ray, bank darah dan peralatan makmal. Kotak ini dilengkapkan dengan pendingin hawa membolehkan pembedahan dilakukan di mana sahaja. Kotak yang lain membolehkan helikopter ini mengangkat 45 orang anggota tentera serba lengkap.

Helikopter ini berkhidmat dengan 1 Divisyen Kavalri di Vietnam. Helikopter ini juga digunakan dalam operasi mendapatkan semula pesawat udara terhempas yang terlalu berat untuk diangkat oleh helikopter CH-47 Chinook. Helikopter ini unik kerana boleh menggugurkan Sebutir bom 10,000 lb dikenali sebagai ‘daisy-cutter’ untuk memugar kawasan hutan untuk mewujudkan dengan serta merta kawasan pendaratan helikopter.

Helikopter CH-54 Tarhe mempunyai rotor enam bilah, rotor ekor 4 bilah dan dikuasai oleh dua buah enjin turbin Pratt & Whitney T73 -P-1 yang mengeluarkan kuasa 4500 shp, dan boleh mencapai kelajuan penerbangan 128 bsj (111 knots). Helikopter CH-54B menggantikan enjin dengan 2 buah Pratt & Whitney T73-P-700 yang mengeluarkan kuasa 4800 shp.

Sikorsky UH-34

Fail:Shuflylift.jpg
Helikopter UH-34 membuat angkatan semasa Ops Shufly

Helikopter Sikorsky UH-34D bermula sebagai sebuah projek pembiayaan sendiri oleh Sikorsky, dan pada mulanya tidak diendahkan oleh angkatan bersenjata Amerika. Namun demikian, ia kelak menjadi helikopter yang menjadi tulang belakang cawangan perkhidmatan tentera Amerika Syarikat dan negara-negara lain.

Dikenali sebagai S-58 oleh Sikorsky, helikopter H-34 adalah satu penambahbaikan kepada helikopter S-55 buatannya yang mula digunakan dalam tahun 1940-an. Sikorsky membuat bidaan untuk memenuhi keperluan helikopter utiliti untuk Tentera Darat dan Tentera Udara dan keperluan helikopter anti kapal selam untuk Tentera Laut. Sikorsky tewas dalam semua percubaan ini.

Tentera Laut, Tentera Darat dan Kor Marin menilai semula helikopter S-58 setelah menghadapi masalah dengan pemilihan mereka yang terdahulu dan akhirnya membuat pilihan menggunakan helikopter S-58 ini.

Tentera Laut mulanya memanggil helikopter ini HSS-1 Seabat sementara Kor Marin memanggilnya HUS-1 Seahorse. Tentera Darat memanggilnya H-34 Choctaw. Dalam tahun 1962, penamaan helikopter ini ditukar kepada UH-34. Sikorsky membina 1,825 unit helikopter ini dan Perancis membina 135 unit lagi. Syarikat Westland di United Kingdom membina 400 unit versi dinamakan Wessex.

Helikopter ini menggunakan enjin Wright R-1820-84 dengan 9 silinder dengan penyejukan udara. menggunakan sistem kipas peniup. Fiuslaj helikopter ini dibuat menggunakan logam, khususnya aloi magnesium. Helikopter ini digunakan oleh Tentera Laut sebagai pesawat anti kapal selam dari tahun 1954 sehingga 1962 apabila tugasan ini diambil alih pesawat Sikorsky SH-3 Sea King. Helikopter h-34 juga digunakan untuk penerbangan VIP dan operasi mencari dan menyelamat SAR.

Kor marin menggunakan helikopter ini bermula tahun 1955, dan akhirnya menerima hantaran 515 unit helikopter UH-34D sehinggalah penerimaan helikopter CH-46 untuk perkhidmatan dalam Kor Marin.

Pada 15 April 1962, skuadron Marin HMM-362 ditempatkan di Soc Trang, Vietnam untuk menyokong tentera ARVN. Skuadron ini kemudiannya diikuti oleh lain-lain skuadron helikopter Marin. Sepanjang perkhidmatan helikopter ini dalam Perang Vietnam, 134 buah helikopter UH-34 musnah.

Kapal terbang penyerang[sunting | sunting sumber]

A1 Skyraider

Kapal terbang A1 Skyraider

Pesawat ini digunakan sebagai pesawat pengiring helikopter penyelamat, dan untuk sokongan udara dekat (close air support) bagi unit-unit tentera darat yang memerlukan bantuan. Pesawat di dicipta oleh Ed Heinemann, dari syarikat Douglas Aircraft. A1 Skyraider adalah sebuah kapal terbang yang lasak, boleh membawa muatan perang yang banyak dan boleh berlegar berjam-jam di atas kawasan operasi untuk menunggu panggilan daripada pasukan yang memerlukan bantuan. A1D Skyraider dikreditkan dengan kejayaan menembak jatuh sebuah pesawat MiG-17. Di penghujung Perang Vietnam, tugas A1D Skyraider diambil alih pesawat A-37 Dragonfly and A-7 Corsair II.

Kapal terbang pejuang A1 Skyraider paling masyhur kerana melakukan operasi “Sandy” untuk mengiring helikopter penyelamat semasa Perang Vietnam. Pesawat ini adalah pesawat pejuang penyerang satu tempat duduk yang dibina oleh Douglas Aircraft Company (selepas itu McDonnell Douglas dan kini sebahagian daripada syarikat Boeing). Pesawat ini menjadi satu kejanggalan kerana menjadi pesawat berkipas yang amat berjaya melakukan misi dan tugasannya di zaman penerbangan jet.

Kapal terbang ini adalah rekaan pereka terkenal Ed Heinemann. Dia terkenal kerana menjadi pereka kapal terbang A-4 Skyhawk. Heinemann membuat Skyraider sebagai satu pilihan yang lebih mudah kepada reka bentuk kapal terbang XBTD-1. penerbangan sulung prototaip dibuat pada 18 Mac 1945. Kapal terbang ini mempunyai enjin Wright R-3350, dan 7 stesen persenjataan di setiap sayap, membolehkannya membawa muatan senjata yang amat banyak.

Skyraider terlalu lambat untuk beraksi dalam Perang Dunia II, tetapi memberikan perkhidmatan cemerlang semasa Perang Korea. Kelebihan kapal terbang ini membawa muatan perang yang banyak dan kebolehannya berlegar untuk masa yang lama (selama 10 jam) menjadikannya ia paling sesuai untuk memenuhi misi serangan bantuan rapat (close air support). Skyraider melalui beberapa versi bermula dengan AD-1, dan kemudiannya AD-2 sebelum digantikan dengan versi AD-3. Versi AD-4 mempunyai enjin Wright R-3350-26WA yang lebih berkuasa, dan versi AD-5 mempunyai dua orang juruterbang. Versi pengeluaran terakhir adalah AD-7 yang menggunakan enjin Wright R-3350-26WB.

Pengeluaran dihentikan dalam tahun 1957 setelah pembinaan 3,180 unit. Dalam tahun 1962, pesawat ini ditukarkan penamaannya kepada A-1 Skyraider dan digunakan semasa Perang Vietnam oleh Tentera Udara Amerika Syarikat dan Tentera Laut Amerika Syarikat. A1D Skyraider mengilhamkan pesawat A-10 Thunderbolt II yang direka sebagai pesawat khusus sokongan udara dekat untuk misi tempur di teater Eropah.

Cessna A-37 Dragonfly

A-37 Dragonfly

Kapal terbang penyerang ‘’’A-37 Dragonfly’’’ dibangunkan dalam tahun 1963 dengan membuat pengubahsuaian kepada kerangka kapal terbang latihan T-37 Tweety Bird. Walaupun kelihatan serupa, pada hakikat tidak banyak kelengkapan yang boleh dikongsi bersama di antara kedua model ini. Stesen senjata diletakkan di bahagian bawah sayap dan hujung sayap diletakkan tangki minyak. Kokpit pesawat ini diberikan kelengkapan avionics yang lebih canggih dan kerusi lenting, dan kebolehan mengisi minyak semasa penerbangan. Meriam 20mm juga dipasangkan.

Oleh kerana pengubahsuaian ini melibatkan penambahan berat pesawat, dua enjin General Electric J85-GE-17A yang lebih berkuasa dipasangkan yang memberikan tujahan 2,850 lbs. Pesawat ini mempunyai depan sayap 35 kaki 10 inci, panjang 29 kaki 3 inci dan tinggi 8 kaki 10 inci. Berat maksimum pesawat ini adalah 7000 kg dan ia boleh terbang dengan kelajuan maksimum 800 kmj. Pesawat ini boleh terbang sehingga ketinggian 14000 meter. Pesawat ini mempunyai 2 orang anak kapal.

Persenjataan pesawat A-37 Dragonfly termasuklah satu pucuk minigun 7.62mm di bahagian muncung pesawat dan beban perang seberat 2400 kg yang boleh dipasang di 8 stesen senjata di sayap. Tatasusun yang lain boleh melibatkan pemasangan dua pod mesingan, 2 pelancar roket 2.75 inci dan 4 butir bom. Sebanyak 577 pesawat A-37 dibina oleh Cessna dalam jangka masa 10 tahun. Pesawat ini digunakan dengan meluas semasa Perang Vietnam dan sebilangannya diserahkan kepada Tentera Udara Republik Vietnam.

Douglas A-4 Skyhawk

A-4 Skyhawk

Kapal terbang McDonnell-Douglas (kini Boeing) A-4 Skyhawk adalah sejenis pesawat penyerang yang direka khusus untuk beroperasi dari kapal induk Tentera Laut Amerika Syarikat. Kapal terbang ini masih dalam perkhidmatan dengan angkatan tentera beberapa buah negara seperti Argentina.

Pesawat A-4 Skyhawk dicipta oleh Ed Heinemann untuk memenuhi keperluan Tentera Laut yang mencari kapal terbang bagi menggantikan pesawat A-1 Skyraider. Ed Heinemann memilih untuk mencipta pesawat yang paling ringan dan paling kecil dan paling mudah dikendalikan. Hasilnya, pesawat A-4 Skyhawk ciptaan Ed Heinemann hanya separuh daripada berat yang ditetapkan oleh Tentera Laut dan buka sayapnya kecil sehingga tidak memerlukan sayapnya dilipat untuk simpanan dalam hangar kapal. Kelasakan pesawat ini memberikan jolokan "Scooter".

Dalam tahun 1952, Tentera Laut memberikan kontrak kepada McDonnell-Douglas untuk pembekalan kapal terbang A-4 Skyhawk. Penerbangan sulung dilakukan pada 22 Jun 1954 dan penghantaran kepada skuadron Tentera Laut dan Kor Marin bermula pada akhir tahun 1956. Skyhawk berterusan dibuat sehingga tahun 1975 dengan 2960 unit dibina, termasuk 555 pesawat dua tempat duduk.

Tentera Laut mula menarik baik pesawat A-4 Skyhawk daripada perkhidmatan skuadron dalam tahun 1967 untuk penggantian dengan pesawat A-7 Corsair II. Kor Marin terus menggunakan pesawat A-4 Skyhawk sehingga pertengahan tahun 1990-an apabila ia digantikan oleh pesawat AV-8 Harrier.

Grumman A-6 Intruder

A-6 Intruder

Kapal terbang Grumman A-6 Intruder adalah sejenis kapal terbang penyerang pelbagai cuaca yang beroperasi dari kapal induk. Pesawat ini mempunyai dua enjin dan berkhidmat antara tahun 1962 hingga 1997. pesawat ini bertujuan menggantikan A-1 Skyraider dalam misi serangan.

Kapal terbang A-6 intruder dibuat untuk memenuhi keperluan Tentera Laut Amerika bagi satu jenis pesawat penyerang yang boleh beroperasi dalam apa bentuk cuaca (dalam tafsiran Tentera Laut waktu malam juga adalah satu jenis cuaca). Pesawat prototaip melakukan penerbangan sulung pada 19 April 1960. Juru terbang pesawat ini duduk di sebelah kiri dan pemandu arah/pembidik bom pula duduk di sebelah kanan. Sebuah skrin CRT mempamerkan rupa bumi di hadapan, dan membolehkan pesawat ini terbang rendah dalam semua jenis cuaca.

Bentuk sayapnya memberikan tahap efisien yang tinggi pada kelajuan subsonik. Bentuk sayap A-6 Intruder digunakan sebagai asas kepada reka bentuk sayap F-14 Tomcat bersama-sama dengan roda dan geometri salur masuk enjin . Dalam tahun 1962, pesawat ini menerima siri penamaan A-6. pesawat A-6 mula memasuki perkhidmatan peringkat skuadron pada bulan Februari 1963. Pesawat A-6 Intruder menjadi pesawat penyerang utama digunakan oleh Tentera Laut dan Kor Marin. Pesawat ini juga boleh membawa muatan perang yang berat.

Kesemuanya, 687 buah kapal terbang A-6 Intruder dibina oleh Grumman untuk Tentera Laut Amerika dan Kor Marin, dengan 488 unit dibina dalam versi A-6A. Pesawat A-6 Intruder menggugurkan lebih banyak ordnans semasa Perang Vietnam berbanding dengan pengebom B-52. [1]. Untuk memberikan perlindungan daripada serangan peluru berpandu, 19 buah pesawat A-6A dinaik taraf dan diubahsuai menjadi pesawat A-6B yang berperanan khusus menyerang dan menumpaskan peluru berpandu (SEAD) menggunakan misil antiradiasi jenis AGM-45 Shrike dan AGM-78 Standard.

12 buah pesawat A-6A lagi diubahsuai menjadi A-6C yang diberikan peranan khusus menyerang sasaran di Laluan Ho Chi Minh. Pesawat A-6C ini mempunyai sistem infra merah FLIR dan kamera TV dan mempunyai peralatan khas untuk mengesan enjin lori yang menggunakan Laluan Ho Chi Minh. Sebuah daripada 12 pesawat ini musnah semasa menjalankan operasi.

Ling-Temco-Vought A-7 Corsair II

A-7 Corsair II

Pesawat A-7 Corsair II menggunakan kerangka pesawat F-8 Crusader yang diubahsuai dengan badan yang lebih lebar dan lebih pendek untuk menjalankan operasi serangan bantuan rapat (CAS) untuk Tentera Udara Amerika Syarikat. Pesawat ini memulakan perkhidmatan dalam tahun 1965.

Dalam tahun 1962, Tentera Laut Amerika Syarikat menjalankan kerja persediaan untuk menggantikan pesawat A-4 Skyhawk dengan sejenis pesawat yang mempunyai jarak tempur yang lebih jauh dan keupayaan membawa lebih banyak bom. Penekanan diberikan kepada keupayaan mengena sasaran dengan tepat untuk membolehkan kos per sasaran diminimumkan. Untuk mengurangkan kos, cadangan dihadkan kepada reka bentuk sedia ada. Cadangan Vought berasaskan pesawat F-8 Crusader diterima sebagai pemenang.

Pesawat A-7 Corsair mempunyai ketinggian 16 kaki dan panjangnya 46 kaki, sementara depan sayapnya adalah 38 kaki 9 inci dengan berat kosong 19,500 lbs dan berat maksimum 42,000 lbs. Pesawat ini didorong oleh sebuah enjin turbofan Pratt & Whitney TF30. Keupayaan mengenai sasaran dengan tepat dibolehkan dengan penggunaan sistem automatik dengan sistem pandu arah elektronik dan sistem pengeboman. Pesawat A-7 Corsair menjadi pesawat pengebom utama Tentera Laut Amerika menjelang penghujung Perang Vietnam. Pesawat A-7 Corsair menjalankan misi terakhir Perang Vietnam dengan serangan ke atas sasaran di Kemboja pada 15 Ogos 1973. Pesawat A-7 Corsair II adalah antra pesawat tempur paling awal menggunakan sistem HUD, sistem pandu arah inertia dibendung Doppler (doppler-bounded inertial navigation system) dan enjin turbofan.

Pesawat A-7 Tentera Laut Amerika mula ditempatkan di medan Perang Vietnam dalam tahun 1967 di atas kapal induk USS Ranger (CVA-61) dan pertama kali membuat penerbangan tempur pada 4 Disember 1967. Pesawat A-7B yang ditambah baik memasuki perkhidmatan peringkat skuadron pada awal tahun 1969. Tentera Udara Amerika Syarikat menggunakan pesawat A-7D mereka di Vietnam bermula dengan penempatan Kumpulan Pesawat Pejuang Taktikal ke-354 (354th Tactical Fighter Wing) di Pengkalan Udara Korat, Thailand. Pesawat A-7 ditugaskan untuk misi “Sandy” mengiringi helikopter CSAR dalam misi menyelamat. Pesawat A-7D Tentera Udara Amerika Syarikat mengendalikan 12,928 kali penerbangan tempur di Vietnam dengan mengalami kehilangan 4 buah pesawat, kadar paling rendah untuk mana-mana jenis pesawat.

General Dynamics F-111 Aardvark

F-111 Aardvark

Pesawat versatil F-111 yang diberikan nama jolokan Aardvark mula menyertai perkhidmatan skuadron dalam Tentera Udara Amerika Syarikat dalam tahu 1967. Pesawat ini boleh terbang pada kadar 2 kali kelajuan bunyi (Mach 2) dengan mengayunkan sayapnya ke belakang. Sayapnya diayunkan ke hadapan untuk berlepas, mendarat dan semasa terbang pada kelajuan rendah.

Pesawat ini mulanya dipangiil TFX (Tactical Fighter X), dan dibuat untuk memenuhi keperluan pejuang-pengebom baru untuk Tentera Udara Amerika Syarikat. Dalam tahun 1960, Jabatan Pertahanan Amerika menggabungkan keperluan Tentera Udara dengan keperluan pesawat pejuang baru untuk Tentera Laut. Satu pertandingan diadakan di antara pengeluar kapal terbang. General Dynamics akhirnya muncul sebagai pemenang pertandingan.

Penerbangan sulung pesawat F-111A berlangsung dalam bulan Disember 1964 dan pesawat mula dihantar kepada Tentera Udara dalam tahun 1967 tetapi program F-111B untuk Tentera Laut dibatalkan. Kesemua sekali, 566 buah kapal terbang F-111 dibina, dengan 159 buah dalam versi F-111A. Pesawat F-111 terlibat dalam Perang Vietnam semasa berkhidmat dengan Kumpulan 474TFW menjalankan operasi Linebacker II.

Pesawat pengebom[sunting | sunting sumber]

Pesawat Pengebom B-52 Stratofortress

Pesawat pengebom B-52 semasa operasi dalam Perang Vietnam

Kapal terbang Boeing B-52 Stratofortress merupakan pesawat pengebom strategik yang digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) sejak tahun 1954.

Pesawat ini paling digeruni oleh pejuang-pejuang NVA dan Viet Cong apabila menjalankan operasi pengeboman semasa Perang Vietnam. Mereka yang terselamat menggambarkan pengalaman seperti melalui satu gempa bumi. Sebuah pesawat pengebom B-52 boleh menggugurkan lebih daripada 84 biji bom 500 lb di dalam perut kapal dan tambahan 24 biji bom yang dipasangkan di tempat persenjataan di bawah sayap.

B-52 memainkan peranan penting semasa operasi pengeboman dalam tahun 1965 dengan penempatan 27 buah pesawat B-52F di Pengkalan Udara Andersen di Guam. Mereka menjalankan operasi pengeboman ke atas kedudukan NVA dan Viet Cong di Laluan Ho Chi Minh, dan memberikan bantuan serangan dekat (Close Air Support) kepada kedudukan tentera Amerika dan juga kedudukan tentera di Vietnam Utara.

Operasi pertama dijalankan pada 18 jun 1965 oleh 27 buah pesawat B-52F yang mensasarkan Ben Cat, 64 kilometer di utara Saigon. Misi ini mengalami kehilangan 2 buah pesawat B-52 yang berlanggar di udara dalam perjalanan ke Vietnam dan mengakibatkan 8 kematian. Pesawat B-52F digantikan dengan pesawat B-52D dalam tahun 1966. Pesawat B-52D menjadi versi paling berjaya menjalankan operasi di Vietnam. Ops Arc Light pertama diterbangkan daripada Pengkalan Udara Kadena pada 16 Februari 1968.

Dalam tahun 1967, pesawat B-52D ditempatkan di Pengkalan Udara U Tapao di Thailand, di mana jarak yang lebih dekat membolehkan pesawat ini menjalankan misi pengeboman tanpa keperluan mengisi minyak di udara. Operasi di U Tapao berterusan sehingga tahun 1973.

Martin B-57 Canberra

Pesawat pengebom B-57 semasa operasi dalam Perang Vietnam

Kapal terbang pengebom B-57 Canberra digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat untuk menjalankan misi-misi pengeboman dan peninjauan mulai tahun 1950-an. Kapal terbang ini pada asalnya diasaskan kepada pesawat English Electric Canberra buatan British.

Versi B-57B menjadi versi muktamad pesawat pengebom ini, dan mempunyai beberapa pengubahsuaian. 4 stesen senjata dipasangkan di bawah sayap kapal terbang ini untuk membolehkan lebih banyak senjata dibawa. Kapal terbang ini juga diberikan persenjataan 8 pucuk mesingan of 0.50 in (12.7 mm) Browning M2 dan kemudiannya digantikan dengan 8 pucuk meriam 20 mm jenis M39.

Penerbangan sulung B-57B dilakukan pada 18 Jun 1954. Pesawat jenis B-57 pada awalnya menghadapi beberapa masalah seperti kerosakan enjin dan kegagalan pengerak sayap ekor menyebabkan beberapa pesawat menjunam ke tanah. Tentera Udara Amerika Syarikat menganggapkan pesawat B-57 ini tidak sesuai untuk tugasan pencerobohan malam dan Martin mengambil langkah meningkatkan peralatan elektronik pesawat ini. Menjelang tahun 1957, Tentera Udara Amerika Syarikat menerima pesawat F-100 Super Sabre ke dalam perkhidmatan skuadron, dan B-57 diputuskan untuk dikeluarkan daripada perkhidmatan. Persaraan pesawat ini ditangguhkan kerana Perang Vietnam.

Penempatan pesawat B-57B di Bien Hoa bermula dalam bulan November 1964 dengan perlanggaran di antara 3 buah pesawat semasa tiba! 5 buah pesawat lagi musnah dalam serangan mortar oleh Viet Cong dan 15 lagi rosak. Misi pengeboman bermula pada 19 Februari 1965 dalam Ops Rolling Thunder. Pesawat B-57 biasanya dipasangkan 9 butir bom 500 lb (227 kg) di dalam badan pesawat dan 4 butir bom 750 lb (340 kg) di bawah sayap.

Dalam bulan April 1965, pesawat B-57B mula membuat serangan waktu malam dibantu oleh pesawat lampu suar dan pesawat peperangan elektronik jenis EF-10B Skyknight. Padda 16 Mei 1967, sebuah pesawat b-57B meletup di atas landasan di Bien Hoa, dan menyebabkan kemusnahan 10 buah B-57B yang lain, bersama-sama 11 buah kapal terbang A-1 Skyraider dan sebuah kapal terbang F-8 Crusader.

Akibat pelumpuhan perang, peswat B-57 dihantar ke Phan Rang di mana mereka menyertai serangan membantu operasi tentera di kawasan tersebut bersama-sama pesawat pengebom Canberra Tentera Udara Diraja Australia. Daripada 94 buah pesawat B-57 yang dihantar ke Vietnam, 51 buah menjadi korban perang dan pada akhir tahun tahun 1969, hanya 9 buah sahaja yang masih tinggal.

Pesawat pejuang[sunting | sunting sumber]

McDonnell Douglas F-4 Phantom

F-4 Phantom Berkhidmat Cemerlang Semasa Perang Vietnam

Pesawat McDonnell Douglas F-4 Phantom II adalah pesawat pejuang-pengebom supersonik dua tempat duduk yang dibina untuk Tentera Laut Amerika Syarikat. Pesawat ini berkhidmat dengan Tentera Laut dari tahun 1960 hingga 1996. Selain itu, pesawat ini juga berkhidmat dengan Tentera Udara Amerika Syarikat dan negara-negara lain seperti Jepun, Korea, United Kingdom dan Jerman. Dalam tahun 2001, masih terdapat lebih 1,000 buat pesawat yang masih aktif berkhidmat.

F-4 Phantom memasuki perkhidmatan Tentera Laut dalam tahun 1960 sebagai pejuang pertahanan armada. Perkhidmatan dengan Tentera Udara mengikut dalam tahun 1963 dalam peranan pejuang-pengebom. Apabila pembuatan dihentikan dalam tahun 1981, sebanyak 5,195 buah pesawat F-4 Phantom telah dibina, menjadikannya pesawat supersonik buat Amerika yang paling banyak dikeluarkan. Pengeluaran F-4 Phantom berterusan selama 24 tahun. Pesawat F-4 Phantom memang besar dan berat dengan berat berlepas maksimum 27,000 kg tetapi masih boleh mencapai kelajuan Mach 2.23 dan kecepatan naik 12,600 meter seminit (41,000 kaki seminit).

Pesawat F-4 Phantom juga memegang beberapa rekod penerbangan, termasuk rekod kelajuan 2,585 km/jam dan rekod ketinggian 30,040 meter. F-4 Phantom juga boleh membawa persenjataan seberat 8,480 kg yang boleh dipasangkan kepada 9 stesen senjata meliputi misil udara ke udara dan misil udara ke darat, serta pelbagai jenis bom yang dikawal dan tidak dikawal, termasuk bom nuklear. Pada mulanya, F-4 Phantom tidak diberikan persenjataan meriam sehinggalah pengalaman tempur di Vietnam memaksa pemasanagan sepucuk meriam 20mm kepada pesawat F-4E Phantom. Pesawat ini juga membawa inovasi menggunakan radar dedenyut-Doppler.

Penggunaan meluas dengan Tentera Amerika dan sekutunya serta rupa bentuknya yang ketara, F-4 Phantom menjadi satu ikon Perang Dingin dan memberikan khidmat cemerlang semasa Perang Vietnam dan Perang Arab Israel. Pesawat F-4 Phantom merekodkan 393 kemenangan di udara. Selain serangan darat, F-4 Phantom juga menjalankan misi tinjauan taktikal dan misi Wild Weasel. Pesawat F-4 Phantom II juga unik kerana digunakan oleh pasukan pertunjukan udara Thunderbirds Tentera Udara (F-4E) dan Blue Angels Tentera Laut (F-4J) bermula tahun 1969 dan digunakan selama 6 tahun.

Northrop F-5A Freedom Fighter

F-5A Freedom Fighter Vietnam Selatan

Tentera Udara Amerika Syarikat membuat penilaian pesawat F-5A di bawah program the Skoshi Tiger dalam tahun 1965. 12 buat pesawat dihantar untuk penilaian oleh Kumpulan Pejuang Taktikal ke 4503 (4503 TFW) dan diberikan penamaan F-5C. kumpulan ini mengadakan 3,500 penerbangan dari Bien Hoa di Vietnam Selatan dengan mengalami dua pesawat musnah. Tetapi Tentera Udara Amerika Syarikat mendapati pesawat F-5 tidak sesuai untuk kegunaan mereka. Pesawat-pesawat itu dipindahkan kepada Tentera Udara Vietnam Selatan.

Vietnam Selatan mahukan pesawat F-4 Phantom, tetapi tidak diendahkan oleh Amerika Syarikat. Sebaliknya, mereka berpendapat pesawat F-5 setanding dengan pesawat supersonik yang digunakan oleh Vietnam Utara. Pesawat F-5 Vietnam Selatan menjalankan misi serangan darat untuk membantu pasukan tentera darat. Perkhidmatan pesawat F-5 freedom Fighter dalam perkhidmatan Vietnam Selatan mendukacitakan kerana mempunyai ketepatan mengebom yang kurang baik. Selepas pengunduran Amerika Syarikat dari Vietnam Selatan dalam tahun 1973 melihat peningkatan bantuan tentera kepada Vietnam. Sejumlah 126 buah pesawat F-5A dihantar ke Vietnam, kebanyakannya menggunakan pesawat yang dahulunya digunakan oleh Taiwan, Korea Selatan dan Iran yang bertukar menggunakan pesawat F-5E Tiger II yang lebih berkeupayaan.

Chance-Vought F-8 Crusader

F-8 Crusader Di Atas USS Midway Semasa Perang Vietnam

Semasa peringkat awal Perang Vietnam. Peranan utama F-8 Crusader adalah sebagai pesawat peninjau, dengan diiringi pesawat pejuang. Selain itu, pesawat ini juga menjalankan operasi pengeboman, misi mengiring dan MigCAP (Mig Combat Air Patrol).

Pesawat F-8 Crusader mencatatkan kadar kemenangan (kill ratio) terbaik di kalangan pesawat pejuang Amerika Syarikat, dengan 19 kemenangan berbanding 3 pesawat yang musnah. Hampir kesemua daripada kemenangan direkod menggunakan misil AIM-9 Sidewinder. Selepas ketibaan pesawat F-4 Phantom II, kejaguhan F-8 Crusader berpindah ke tangan F-4 Phantom II.

Pesawat F-8 Crusader juga kadang kala digunakan sebagai umpan (decoy) dalam pertarungan dengan sistem SAM kendalian Vietnam Utara, dengan membiarkan radar sistem pertahanan menjejak pergerakan mereka dan membolehkan pesawat pengebom menyusup ke kawasan sasaran. Di antara tahun 1964 hingga 1973, 68 buah pesawat F-8 Crusader ditembak jatuh oleh aktiviti musuh. Sejumlah 166 buah pesawat F-8 Crusader musnah semasa Perang Vietnam [2] iaitu 23 pesawat Kor Marin dan 143 pesawat Tentera Laut. Jumlah ini adalah 13% daripada keseluruhan bilangan pesawat F-8 Crusader yang dibina. Namun demikian 76 daripada 166 pesawat F-8 Crusader musnah akibat kemalangan dan bukannya semasa pertempuran.

Republic F-105 Thunderchief

F-105D Membuat Misi Pengeboman Dengan Pandu Arah Pesawat EB-66 Skywarrior

Pesawat ini diberikan nama jolokan “Thud” dan memikul beban berat semasa Perang Vietnam, menjalani misi pengeboman taktikal dengan baik. Pesawat F-105 menjalankan operasi penyusupan jauh ke kawasan Vietnam Utara merentasi kawasan pertahanan SAM yang padat untuk menggugurkan bom dengan tepat ke atas sasaran.

Pesawat Model D membuat paling banyak operasi menentang Vietnam Utara dan berjaya mencatatkan kemenangan memusnahkan 25 buah pejuang MiG. Model F-105D merupakan versi pelbagai cuaca dan F-105F adalah versi dua tempat duduk. Pesawat F-105G adalah versi "Wild Weasel" dan ditugaskan menjalankan misi penyesakan radar SAM dan memusnahkan kedudukan SAM.

Pesawat F-105 Thunderchief menjadi pesawat utama menjalankan misi serangan darat untuk Tentera Udara, dengan 20,000 penerbangan tempur dilakukan. Sebanyak 334 buah pesawat F-105 musnah sepanjang Perang Vietnam. Dua orang juru terbang F-105 “Wild Weasel” dianugerahkan Pingat Penghormatan (Medal of Honor).

Selepas Perang Vietnam, pesawat F-105 ditarik keluar daripada perkhidmatan Tentera Udara dan dipindahkan kepada pasukan Pengawal Udara Kebangsaan, namun penggunaan berat pesawat-pesawat ini semasa perang Vietnam telah mengehadkan kegunaan mereka.

North American F-100 Super Sabre

Pesawat Pejuang MiG-21

Pesawat Pejuang MiG-19 Pesawat Pejuang MiG-17

Kapal terbang pengangkut[sunting | sunting sumber]

Fairchild C-123 Provider

C-123 Provider

Pesawat C-123 mula digunakan di Vietnam dalam tahun 1962. Pesawat ini digunakan di seluruh pelosok Vietnam sebagai pengangkut anggota dan barang-barang. Kebolehannya menggunakan landasan pendek membolehkan unit-unit tentera digerakkan dengan cepat ke merata tempat. Pesawat C-123 menjalankan pelbagai operasi seperti menggugurkan anggota payung terjun, pengangkutan anggota, peluru dan bekalan lain, penyemburan bahan kimia (Agent Orange) , penerbangan ehsan, penerbangan menyelamat, pemindahan udara dan penghantaran pundi bahan api.

Semasa pengepungan pengkalan Khe Sanh dalam tahun 1968, pesawat C-123 Provider dan C-130 Hercules membolehkan penghantaran diteruskan kepada garison di pengkalan tersebut. Apabila keadaan semakin getir dan penerbangan oleh pesawat C-130 Hercules dihentikan, pesawat C-123 Provider menjadi satu-satunya talian hayat anggota marin di Khe Sanh. Apabila keadaan meruncing dan pendaratan tidak lagi boleh dibuat, pesawat C-123 Provider menjalankan operasi pengguguran bekalan menggunakan teknik LAPES.

Pesawat C-123 Provider juga digunakan secara meluas dalam Operasi Ranch Hand menyembur bahan kimia Agent Orange untuk meranggas daun-daun pohon di hutan belantara bagi membolehkan pasukan tentera mengenal pasti kedudukan musuh dan untuk memusnahkan simpanan makanan musuh. Pesawat C-123 juga diubah suai menjadi pesawat gempur (gunship) di bawah projek Gunship III menggunakan model AC-119G Shadow dan AC-119K Stinger.

Lockheed C-130 Hercules

Lockheed C-130 Hercules

Lockheed C-141 Starlifter

Lockheed C-141C Starlifter

Lockheed C-5 Galaxy

Lockheed C-5 Galaxy

De Havilland Canada DHC-4/C-7 Caribou

C-7 Caribou

Antonov AN-2


Pesawat “gunship"[sunting | sunting sumber]

AC-47 Spooky

AC-47

Dalam Perang Vietnam, Tentera Udara Amerika mengubah suai pesawat C-47 Skytrain sebagai platform senjata. Pesawat ini dipasangkan secara percubaan dengan 3 pucuk minigun GAU-17 yang boleh menembak peluru 7.62mm pada kadar 2,000 hingga 4,000 butir peluru per minit. Senjata ini dikawal dari jarak jauh oleh juruterbang ataupun juru tembak yang ditentukan. Pesawat ini juga dipasangkan 48 butir lampu suar Mk 24 membolehkan pesawat ini menerangi kawasan sasaran untuk membuat serangan. AC-47 Spooky amat berkesan membantu kumpulan askar sedang bertempur (troops in contact). AC-47 Spooky lebih dikenali dengan nama “Puff The Magic Dragon” sempena lagu popular ketika itu. Walaupun AC-47 Spooky berjaya, ia mempunyai kelemahan kerana terbang pada kelajuan rendah dan tidak mempunyai kuasa enjin yang mencukupi.

Kejayaan AC-47 Spooky sebagai platform senjata mendorong Tentera Udara Amerika mengubah suai pesawat lebih besar. AC-119G Shadow dan Stinger dibangunkan daripada kerangka pesawat C-119 Flying Boxcar dan pasukan simpanan mempunyai bilangan kerangka yang banyak. 26 AC-119G Shadow diubah suai, dilengkapkan dengan 4 laras minigun GAU-17, lampu suar dan digunakan untuk menggantikan AC-47 Spooky dalam peranan membantu askar yang sedang bertempur. 26 buah AC-119K Stinger dibina dengan 2 pucuk meriam 20 mm jenis M61 untuk kegunaan khusus memusnahkan trak dan lori di Laluan Ho Chi Minh.

AC-119G Shadow dan AC-119K Stinger

AC-119 Stinger

Fairchild AC-119G Shadow dan AC-119K Stinger dicipta semasa Perang Vietnam untuk menggantikan pesawat penyerang AC-47 Spooky dan untuk menyokong pesawat AC-130 Spectre yang baru memasuki perkhidmatan dengan Tentera Udara Amerika Syarikat. Program pembinaan pesawat AC-119G dan AC-119K sebenarnya dibuat selepas pembinaan pesawat AC-130 Spectre dan bukan sebaliknya.

Menjelang akhir tahun 1967, penggunaan pesawat senjata AC-47 Spooky amat berjaya, tetapi Tentera Udara Amerika Syarikat merasakan pesawat AC-47 Spooky terlalu kecil. Mereka merancangkan penggunaan pesawat lebih besar. Pesawat AC-130 Spectre amat berjaya tetapi kos operasinya tinggi dan kos kerangkanya mahal. AC-130 Spectre ditumpukan kegunaannya di laluanHo Chi Minh.

Sebaliknya, Tentera Udara Amerika Syarikat mempunyai banyak kerangka C-119 kerana pesawat ini tidak lagi berkhidmat aktif dan diletakkan dalam simpanan. Di bawah projek Project Gunship III, 26 buah pesawat C-119G dibina sebagai pesawat AC-119G dan 26 buah pesawat C-119K diubahsuai menjadi pesawat AC-119K (Model AC-119K mempunyai tambahan 2 pucuk meriam M61 20mm). Menjelang bulan November 1968, pesawat-pesawat ini dihantar ke Vietnam menyertai Kumpulan Operasi Khas ke-14 (14th Special Operations Wing) terdiri dari Skuadron Ke-17 dengan AC-119G dan Skuadron Ke-18 dengan C-119K. Pesawat ini berkhidmat sehingga tahun 1971 apabila 14th SOW dibubarkan.

AC-130 Spectre

Melihatkan kejayaan AC-47 Spooky, Tentera Udara Amerika mahukan kombinasi persenjataan yang lebih berat dengan kerangka yang lebih besar untuk membolehkan pesawat berlegar lama di kawasan tempur. Lebih daripada 10,000 trak dan lori dimusnahkan di sepanjang Laluan Ho Chi Minh. Pesawat AC-130 Spectre dilengkapkan dengan 4 laras minigun GAU-17, dan 4 laras meriam. Pesawat ini juga mempunyai lampu cari dan pengimbas infra merah. 6 buah AC-130 Spectre ditembak jatuh semasa perang Vietnam. [3] Versi AC-130 yang dinaik taraf masih digunakan pada masa ini.

Pesawat peninjau[sunting | sunting sumber]

North American OV-10 Bronco

OV-10 Bronco di Vietnam

Cessna O-1 Bird Dog

O-1 Bird Dog

North American RA-5C Vigilante

RA-5C Vigilante

Douglas EB-66 Destroyer

EB-66 Destroyer

Grumman OV-1 Mohawk

OV-1 Mohawk

Martin RB-57

RB-57

Douglas RA-3B Skywarrior

RA-3B Skywarrior

Bom and peluru[sunting | sunting sumber]

Napalm

Walaupun telah digunakan semenjak tahun 1944, penggunaan bom napalm secara meluas di Vietnam membuka mata dunia kepada kekejaman pengguna senjata ini. Dibuat menggunakan galian daripada asid naphthenic dan palmitic, campuran ini menjadi sejenis gel yang melekat. Apabila dicucuh, ia membakar pada paras 800 darjah celsius. Napalm juga menghapuskan oksigen dari udara dan mengeluarkan carbon monosida dengan jumlah yang banyak. Bom napalm digunakan untuk mewujudkan dengan serta merta kawasan untuk pendaratan helikopter.

Kim Phuc Phan Thi, tengah berlari selepas bom napalm digugurkan ke atas perkampungan Trang Bang, Vietnam kerana disyaki menjadi sarang gerila komunis. Kim Phuc selamat apabila mengoyakkan bajunya yang terbakar. Jurugambar : Huynh Cong Ut (Nick Ut)

Penggunaan napalm mendapat kecaman Sedunia apabila Nick Ut mengambil foto kanak-kanak bertempiaran lari akibat terkena serangan bom napalm. Seorang daripada kanak-kanak itu Phan Thị Kim Phúc terpaksa mengoyakkan bajunya kerana terbakar. Phuc mengalami melecur tahap 3 di separuh daripada badannya, beliau tinggal 14 bulan di hospital dan menjalani 17 pembedahan, dan akhirnya selamat. Kesan daripada kejadian ini, penggunaan napalm ke atas sasaran bukan tentera diharamkan melalui konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1980. Amerika tidak menandatangani konvensyen ini tetapi memusnahkan simpanan bom napalm menjelang tahun 2001.

AGM-62 Walleye

AIM-9 Sidewinder

AIM-7 Sparrow

Maverick

AGM-45 Shrike

AGM-78 Standard

AGM-87 Focus

S-125

S-75 Dvina

S-300

Kenderaan perisai[sunting | sunting sumber]

M60 Patton

Kereta Kebal M60 Patton

M48 Patton

Kereta Kebal M48 Patton

M113

Kereta Perisai M113 di Vietnam

M113 digunakan di Vietnam untuk membawa pasukan infantri ke medan tempur. Perisai M113 boleh tahan ditembak peluru berkaliber sehingga 7.62 mm tanpa apa-apa kecelakaan kepada tentera di dalamnya. Perisai M113 menggunakan logam aluminium yang ringan tetapi kukuh. Berat keseluruhan M113 adalah sekitar 13 ton. Kenderaan M113 diperkenalkan dalam tahun 1960. Oleh kerana kenderaan ini tidak berat, ia hanya menggunakan enjin disel 2 lejang dengan 6 silinder yang digunakan dalam bas bandar GM. Kenderaan M113 juga boleh diangkut menggunakan kapal terbang C-130 Hercules.

Kenderaan perisai ini digunakan untuk mengiringi konvoi kenderaan bekalan dan untuk tugasan kawalan keselamatan setempat. Kenderaan ini mempunyai pacuan 4 roda dan mempunyai keupayaan amphibia. Ia mempunyai kelajuan darat sehingga 62 bsj dan kelajuan 3 bsj di dalam air. Perisainya boleh menahan peluru sehingga 7.62 x 51 mm. Pasukan ARVN menggunakan kenderaan M113 sebagai kenderaan tempur infantri di mana kenderaan M113 membantu anggota tentera yang dibawanya semasa bertempur.

Semasa pertempuran di Ap Bac dalam bulan Januari 1963, 14 orang guner mesingan .50 cal ARVN mati semasa pertempuran. Kesan daripadanya, pertahanan perisai M113 dipertingkatkan dan dipasangkan sebuah turet rekaan FMC untuk kedudukan komander kenderaan dan pemasangan dua pucuk mesingan M-60 (dengan perisai pertahanan) di dalam hac di belakang kedudukan komander. M113 versi ini dikenali dengan panggilan ACAV (Armored Cavalry Assault Vehicle). Kenderaan ini boleh membawa 2 anak kapal dan 10 askar infantri. Askar infantri boleh menggunakan senjata mereka untuk menembak melalui lubang menembak di sisi kenderaan. Ia juga boleh pasangkan meriam 76mm dan 90mm dan boleh diubah suai menjadi pengangkut mortar.

Cadillac Gage V-100 Commando

Kereta Perisai V-100 Kegunaan Polis Tentera Di Vietnam

Kenderaan perisai ini digunakan untuk mengiringi konvoi kenderaan bekalan dan untuk tugasan kawalan keselamatan setempat. Kenderaan ini mempunyai pacuan 4 roda dan mempunyai keupayaan amphibia. Ia mempunyai kelajuan darat sehingga 62 bsj dan kelajuan 3 bsj di dalam air. Perisainya boleh menahan peluru sehingga 7.62 x 51 mm.

Kenderaan ini boleh membawa 2 anak kapal dan 10 askar infantri. Senjata yang dilengkapkan adalah 2 laras mesingan M60. Askar infantri boleh menggunakan senjata mereka untuk menembak melalui lubang menembak di sisi kenderaan. Ia juga boleh pasangkan meriam 76mm dan 90mm dan boleh diubah suai menjadi pengangkut mortar. Kenderaan V-100 ARVN units mempunyai bilangan anak kapal yang lebih ramai, termasuk komander dan operator radio.

M41 Walker Bulldog

Kereta Kebal M41 Walker Bulldog di Vietnam

M551 Sheridan

Kereta Kebal M551 Sheridan di Vietnam

Strategi dan doktrin[sunting | sunting sumber]

Pengkalan Bantuan Tembakan Fire Support Base (FSB)

Pengkalan Bantuan Tembakan (Bahasa Inggeris : Fire Support Base, singkatan FSB ataupun firebase) adalah satu pengkalan tentera artileri yang diwujudkan untuk memberikan bantuan tembakan artileri kepada pasukan tentera Amerika. FSB digunakan secara meluas semasa Perang Vietnam untuk memberikan bantuan artileri kepada pasukan tentera Amerika yang beroperasi di jauh di luar kawasan kekesanan pasukan artileri mereka sendiri.

Komponen Pengkalan Bantuan Tembakan berbeza-beza. Secara amnya, pengkalan yang kecil mempunyai 1 bateri askar artileri dengan 6 laras meriam howitzer 105mm dengan awak-awaknya. Bateri artileri tersebut disokong oleh satu platun askar jurutera. Pertahanan diberikan oleh 1 kompeni askar infantri dengan mesingan, bom Claymore, mortar dan senjata ringan.

Med-evac

Misi Medevac oleh UH-1 Huey "Dust Off"

UH-1 Huey juga terkenal kerana kegunaan sebagai helikopter "Med-evac" yang digunakan untuk mengeluarkan anggota yang cedera dari medan tempur dan menerbangkan mereka ke pusat perubatan medan. Ini mengurangkan dengan besar kadar kematian askar yang cedera di medan pertempuran. Pada purata, jarak masa di antara tentera mengalami kecederaan dan mendapat rawatan di surgeri adalah 100 minit. 97% tentera cedera yang dikeluarkan dari medan tempur ke surgeri medan berjaya hidup. [4] 390,000 orang anggota tentera yang cedera dikeluarkan dari medan tempur dengan helikopter.

Juruterbang "Med-evac" menanggung risiko tinggi masuk ke medan tempur untuk mengeluarkan merka yang cedera. 88 orang juruterbang helikopter "Med-evac" terbunuh dan 380 yang lain cedera. Juruterbang Major Charles L Kelly merupakan wira "Med-evac". [5] [6] [7]

Pasukan Khas

Fail:Specialforcesteam.jpg
Pasukan Khas di Vietnam

Pasukan Khas seperti Green Berets dan Navy Seals beroperasi dalam perlaksanaan peperangan bukan konvensional di Vietnam. Pasukan Peninjau Jarak Jauh (Long Range Reconnaissance Patrol) membuat rondaan untuk mengintip dan meninjau kedudukan musuh. Pasukan Green Berets mula digunakan oleh Presiden Kennedy sebagai penasihat tentera pada permulaan zaman penglibatan Tentera Amerika.

Pasukan Green Berets menubuhkan kem di kawasan pergunungan di kawasan tengah Vietnam. Mereka mengumpulkan penduduk kaum asli berbangsa Montagnard dan melatih mereka menjadi penempur dalam pasukan “Striker”. Pasukan ini menjalankan operasi serangan ke atas Laluan Ho Chi Minh (Tentera Amerika tidak dibenarkan menjalankan operasi di Laos). Pasukan ini disusunkan mengikut “A team” terdiri dari 12 orang anggota yang kemudiannya membina pasukan tempur mereka menggunakan penduduk tempatan.

Amerika amat berpuashati dengan pencapaian oleh pasukan Special Air Service Regiment dari Australia dan New Zealand. Pasukan SAS Australia tiba di Vietnam pada 15 Jun 1966 dan memulakan operasi tentera daripada pengkalan di Nui Dat. Mereka menjalankan peranan pengintipan dan mengumpulkan maklumat mengenai pasukan komunis di wilayah Phuoc Tuy. Kesan pasukan ini dapat dinilai apabila Viet Cong meletakkan harga US$5,000 untuk seorang Ma Rung – hantu hutan. Hanya 1 orang anggota SAS Australia Australia terbunuh semasa bertugas di Vietnam. [8] Pengalaman pasukan SAS Australia di Vietnam dikisahkan dalam filem Odd Angry Shot. [9] [10] Pasukan SAS Australia berjaya membunuh 378 orang Viet cong kesemuanya, dengan mengalami 1 orang anggota terbunuh. Pasukan SAS New Zealand dengan kekuatan 1 pegawai dan 25 anggota berkhidmat bersama-sama pasukan SAS Australia.

Mark I P.B.R.

Medan ujian senjata[sunting | sunting sumber]

Vietnam juga merupakan medan ujian untuk doktrin Kavalri Udara. Helikopter digunakan untuk memasukkan dan mengubah kedudukan unit tentera dengan cepat. Cara pergerakan ini disempurnakan oleh Divisyen Pertama Kavalri Udara dan Divisyen ke-101 Gerak Udara (Airmobile). Pasukan Marin juga menggunakan helikopter untuk pergerakan “vertical envelopment” mereka.

Peluru Berpandu

Tentera udara mula menggunakan peluru berpandu semasa perang Vietnam. Jambatan di Thanh Hoa sebelumnya diserang berkali-kali tetapi tidak dapat dimusnahkan. Pada 27 April 1972, 8 pesawat penyerang di mana 2 pesawat membawa dengan 2 misil Walleye II setiap satu dan 2 pesawat lain masing-masingnya membawa 2 bom berpanduan laser memusnahkan jambatan tersebut.

Agent Orange

Pesawat Udara Menyembur Peranggas Agent Orange Di Hutan Belantara Vietnam

Amerika menggunakan racun herba semasa Perang Vietnam untuk (a) menyebabkan pokok-pokok hutan menggugurkan daun supaya pergerakan Viet Cong dan tentera PAVN, dan (b) untuk memusnahkan sumber makanan pihak musuh.

Peranggas disembur daripada pesawat udara (biasanya pesawat C-123 Provider) yang terbang rendah sangat berbahaya, walaupun dalam jumlah yang kecil. Hampir 50 juta liter Agent Orange, mengandungi 170 kilogram dioxin disembur sepanjang Perang Vietnam.

Agent Orange dipersalahkan untuk kadar keguguran kandung yang terlampau tinggi, penyakit kulit, kanser, dan kecacatan semasa kelahiran. Tentera Amerika, Australia dan New Zealand juga mengalami kesan daripada Agent Orange. [11] Sejak tahun 1980, banyak kes saman diajukan terhadap Dow Chemical dan Monsanto, pengeluar Peranggas yang digunakan. US$180 juta telah dibayar kepada veteran tentera di Amerika Syarikat, dan satu jumlah (tidak diketahui) dibayar kepada veteran Australia dan New Zealand dalam satu penyelesaian luar mahkamah. US$62 juta dibayar kepada veteran dari Korea Selatan.