Radio24

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Radio 24 ialah satu-satunya stesen radio berita Malaysia yang dilancarkan pada hari Isnin, 3 September 2007. Stesen radio ini dimiliki oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan ia menyiarkan berita dari dalam dan luar negara selama 24 jam sehari dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris menggunakan frekuensi FM 93.9 Megahertz yang dahulunya hak milik Klasik Nasional dari pemancar Menara Kuala Lumpur untuk Lembah Klang sahaja. Stesen radio ini beroperasi di Tingkat 15, Wisma Bernama, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Ia juga menyiarkan di Johor Bahru pada 107.5 MHz yang bermula pada Jan 2012.

Mereka yang mendengar stesen radio ini tidak perlu menunggu berita jam lapan kerana semua orang sentiasa bersama radio sebagai teman maklumat mereka. Slogan utama radio ini ketika dilancarkan ialah "Sebenar. Semasa.". Pada tahun 2010, slogan baharu BERNAMA Radio24 ialah "Berita Pantas. Info Berterusan."

Radio24 atau BERNAMA Radio24 telah mencatat pelbagai sejarah sejak dilancarkan, termasuk menjadi yang pertama menemuramah Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaffar sekembalinya beliau ke bumi pada tahun 2007, menemurah Erni Dekritawati Buhari yakni anak sulung jutawan kosmetik Datuk Sosilawati yang lapor mati dibunuh pada tahun 2010, melaporkan tanah runtuh Bukit Antarabangsa pada tahun 2008, melapor gempa bumi Padang pada tahun 2009 dsb.

Radio24 telah dicalonkan dalam 10 kategori Anugerah Seri Angkasa 2010 dengan mendapat 14 pencalonan kesemuanya.

Pada 18 dan 19 Februari 2011, Radio24 telah memenangi tiga Anugerah Seri Angkasa 2010 yakni Penyampai Berita Radio Terbaik (Wan Syahrina), Bicarawara Radio Terbaik (Azlan Idris & Syeliza Basri - Kerusi Panas) dan Pengimbang Muzik Radio Terbaik (Mohd Zaini Ahmad Norbi - Embun Hibiscus).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 19 hingga 23 Julai 2007, iaitu semasa Tilawah Al-Quran Peringkat kebangsaan ke-50 , frekuensi FM 93.9 MHz Klasik Nasional dari Menara Kuala Lumpur digunakan untuk meneruskan siaran biasa dari jam 8:30 malam hingga 11:00 malam sahaja.

Klasik Nasional menamatkan siaran dari frekuensi tersebut pada 14 Ogos 2007 jam 12:00 tengah hari yang menandakan ia kini bersiaran di Lembah Klang pada 2 frekuensi sahaja (87.7 dan 98.3).

Siaran ujian Radio24 bermula pada 16 Ogos 2007 jam 12:00 tengah hari bermula dengan lagu kebangsaan Negaraku, "jingle" pertama dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris manakala ucapan-ucapan daripada menteri-menteri dan bakal pendengar radio tersebut. Lagu pertama yang didendangkan ialah Saya Anak Malaysia. Siaran ujian ini akan bersiaran dalam bentuk promo dan selingan lagu selama satu jam yang bersiaran tanpa henti sehingga hari pelancaran.

Radio24 dilancarkan sepenuhnya pada jam 9:00 pagi, Isnin, 3 September 2007.

Frekuensi[sunting | sunting sumber]

  • FM 93.9 MHz dari Menara Kuala Lumpur untuk Lembah Klang.
  • FM 107.5 Mhz dari Gunung Pulai untuk Johor Selatan, Singapura, Kepulauan Riau serta Kota Batam. Radio24 masih dapat didengari di kawasan Johor Utara melaului 107.5 MHz. Frekuensi 107.5 MHz dahulu digunakan oleh FM Stereo Johor Bahru yang dipancar dari RTM Johor Bahru untuk kawasan Johor Bahru, lalu pemancar frekuensi 107.5 MHz telah dipindah ke Gunung Pulai setelah siaran FM Stereo Johor Bahru telah ditamatkan dan diambil alih oleh Radio24.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]