Pergi ke kandungan

Bulterier katik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Bulterier kecil)
Bulterier katik
Bulterier katik Inggeris
Nama lainBull terrier katik
Bulterier katik Inggeris
Bull terrier katik Inggeris
Mini bull
Negara asalEngland
Trait
Tinggi Tidak melebihi 35.4 cm (14 in)
Bulu Pendek, rata, sekata, dan kasar kepada sentuhan
Warna Putih, hitam, brindle, merah, perang kekuning-kuningan, dan triwarna
Jangka hayat 11–14 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Bulterier katik atau bull terrier katik[a] ialah satu baka dengan asal usulnya pada terier putih Inggeris yang pupus, anjing Dalmatia, dan buldog. Kewujudan pertamanya didokumenkan pada tahun 1872 dalam The Dogs of British Island.

Penampilan

[sunting | sunting sumber]
Bulterier piawai di sebelah kiri, bulterier katik di sebelah kanan
Bulterier katik berwarna hitam, putih, dan sawo matang (triwarna)

Bulterier katik mempunyai lapis bulu pendek, halus, dan licau yang sangat rapat dengan kulit, seperti bulterier. Ia diterima dalam gelanggang dengan warna putih, putih dengan warna lain, atau sepenuhnya berwarna. Walau bagaimanapun, seperti bulterier, sebarang lapis bulu berwarna biru atau hati tidak diingini. Anjing ini memerlukan penjagaan bulu minimum.

Pada awal tahun 1900-an, perbezaan antara baka ditentukan oleh berat anjing. Walau bagaimanapun, ini menyebabkan bulterier katik menjadi sangat kecil dan halus sehinggakan kelihatan lebih seperti anjing Chihuahua daripada bulterier. Oleh itu, pada tahun 1970-an, batas berat digantikan dengan batas ketinggian kurang daripada empat belas inci. Ia biasanya tidak lebih kecil daripada sepuluh inci. Menurut AKC, berat bulterier katik mesti berperkadaran dengan ketinggiannya. Walau bagaimanapun, ia cenderung untuk berkisar dalam lingkungan 20–35 lb (9.1–15.9 kg).

Bulterier katik mempunyai binaan sangat galak. Ia mempunyai bahu sangat berotot dan tubuh lengkap. Seperti bulterier, ia mempunyai kepala yang diperihalkan "berbentuk telur". Kepalanya rata di atas dengan hidung Rom. Matanya berbentuk segi tiga dan terletak dekat-dekat. Telinganya terangkat menegak dan tidak terpotong atau terubah. Ekornya terangkat secara mendatar dan bukannya menegak.

Seperti bulterier, bulterier katik bersikap penyayang dan, seperti banyak baka terier, ia kadang-kadang dapat menjadi degil; tetapi walaupun demikian, ia merupakan anjing hebat untuk orang dengan ruang terbatas.

Bulterier katik terkenal sebagai anjing degil dan berani. Walaupun pendiriannya kenit, ia sedia mencabar anjing lebih besar. Walau bagaimanapun, seperti mana-mana anjing, pemilik dapat mengurangkan kemungkinan konfrontasi dengan menyediakan pelatihan sesuai. Ia sangat bertenaga dan suka bermain serta menyayangi orang, tetapi perlu ada perhatian kerana ia berubah-ubah di sekeliling anjing lain.

Bulterier katik memerlukan sedikit penjagaan bulu. Pemberusan pantas sekali sehari atau beberapa kali seminggu sudah memadai. Pelindung matahari mesti digunakan pada mana-mana bahagian bulu putih jarang di sekeliling muka, telinga, sukuan belakang, atau perut apabila berada di ruangan luaran untuk mengelakkan selaran matahari dan kanser.

Kesihatan

[sunting | sunting sumber]

Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 12.2 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[1]

Kepekakan berlaku pada kedua-dua bulterier berwarna dan bulterier putih. Anak anjing dapat lahir dengan kepekakan di sebelah telinga atau di kedua-dua belah telinga. Anjing pekak tidak patut dibiakbakakan kerana kepekakan ialah keadaan keturunan.[2] Pengujian BAEP (atau BAER) dilakukan ke atas anak anjing sebelum penjualan untuk mengenal pasti anak anjing yang mempunyai masalah pendengaran.

Akrodermatitis maut, yang juga dikenali sebagai akrodermatitis bulterier, ialah penyakit terwaris autosom monogen genodermatosis jarang yang terdapat secara eksklusif pada bulterier putih (termasuk bulterier katik). Keadaan ini biasanya membawa maut dan bercirikan pertumbuhan lemah, penurunan paras kuprum serum dan paras zink serum, keimunodefisienan, bronkopneumonia, lesi kulit, dan penghakisan pada hujung-hujung distal. Gejala lain yang berlaku hanya kemudian termasuk kerakan, papul, pustul, eritema, hiperkeratosis, dan pencairan warna. Keadaan ini menjelma dalam beberapa minggu pertama kehidupan dan kebanyakan anak anjing yang terjejas mati sebelum usia 2 tahun. Saiz anak anjing ini kira-kira separuh daripada rakan seperinduk tidak terjejas pada usia setahun. Tidak seperti keadaan manusia, iaitu akrodermatitis enteropatika, pensuplemenan zink tidak memperbaik gejala.[3][4]

Bulterier katik ialah salah satu baka yang lebih lazim terjejas akibat kehelan kanta primer yang disebabkan oleh mutasi resesif autosom bagi gen ADAMTS17.[5]

Semasa baka bulterier pertama kali diwujudkan pada abad ke-19 England, ia adalah kira-kira sama saiz dengan bulterier katik.[6] Bulterier katik diberikan keahlian dalam American Kennel Club (AKC) pada 14 Mei 1991 (berkuat kuasa 1 Januari 1992).[7][8]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jawi: بول تيريئر کاتيق; بولتيريئر کاتيق; bahasa Inggeris: miniature bull terrier
  1. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid= value (bantuan).
  2. ^ "Bull Terrier Health: Deafness" [Kesihatan Bulterier: Kepekakan] (dalam bahasa Inggeris). Bull Terriers Health UK. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  3. ^ Rhodes, Karen Helton; Werner, Alexander H. (25 Januari 2011). Blackwell's Five-Minute Veterinary Consult Clinical Companion: Small Animal Dermatology [Teman Klinikal Rujukan Veterinar Lima Minit Blackwell: Dermatologi Haiwan Kecil] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Ames, Iowa, Amerika Syarikat: Wiley-Blackwell. m/s. 473–474. ISBN 9780813815961. OCLC 645598149.
  4. ^ Bauer, Anina; Jagannathan, Vidhya; Högler, Sandra; Richter, Barbara; McEwan, Neil A.; Thomas, Anne; Cadieu, Edouard; André, Catherine; Hytönen, Marjo K.; Lohi, Hannes; Welle, Monika M.; Roosje, Petra; Mellersh, Cathryn S.; Casal, Margret L.; Leeb, Tosso (22 Mac 2018). Fischer, Judith (penyunting). "MKLN1 splicing defect in dogs with lethal acrodermatitis" [Kecacatan hiris-cantum MKLN1 pada anjing dengan akrodermatitis maut]. PLOS Genetics (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 14 (3): e1007264. doi:10.1371/journal.pgen.1007264. ISSN 1553-7404. PMC 5863938. PMID 29565995. S2CID 4439722.
  5. ^ Oliver, James A. C.; Mellersh, Cathryn S. (14 Disember 2020). "Genetics" [Genetik]. Dalam Cooper, Barbara; Mullineaux, Elizabeth; Turner, Lynn (penyunting). BSAVA Textbook of Veterinary Nursing [Buku Teks Kejururawatan Veterinar BSAVA] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-6). Gloucester, United Kingdom: British Small Animal Veterinary Association. m/s. 131. ISBN 9781910443392. OCLC 1197697572.
  6. ^ "Miniature Bull Terrier History" [Sejarah Bulterier Katik] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 April 2008. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  7. ^ "Miniature Bull Terrier Breed Standard" [Piawaian Baka Bulterier Katik] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 November 2014. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  8. ^ "Miniature Bull Terrier (coloured)" [Bulterier Katik (berwarna)] (dalam bahasa Inggeris). Dog.com. Dicapai pada 7 Mac 2024.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]