Laluan Rel Pantai Timur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari East Coast Rail Link)
Jump to navigation Jump to search

Projek East Coast Rail Link[1] (singkatan ECRL, Bahasa Melayu: Rel Hubungan Pantai Timur) ialah projek yang dicadangkan untuk menghubungkan landasan kereta api antara Kuala Lumpur ke Kota Bharu melalui Wilayah Ekonomi Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Pada 15 Mac 2016, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), telah melakukan market sensing untuk mengukur faedah pasaran, mendapatkan pandangan dan idea untuk ECRL melalui Maklumat Permintaan (RFI).[2][3] ECRL ialah laluan baru sama sekali berdasarkan landasan tolok piawaian dan mungkin bermula dari Serendah yang menghubungkan landasan kereta api semasa KTM Laluan Pantai Barat ke Bentong dan Mentakab dan pasti akan melibatkan pembinaan terowong bawah tanah di Banjaran Titiwangsa. 70 km landasan kereta api tunggal untuk Laluan Kereta Api Kerteh-Pelabuhan Kuantan bagi infrastruktur logistik penapisan minyak Petronas akan dihubungkan dan dinaik taraf ke dalam projek ini.[4][5]

ECRL akan dimiliki dan dikendalikan oleh Malaysia Rail Link (MRL), sebuah entiti baru yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan (MoF).[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]