Kampung Bukit Payong, Jerteh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Bukit Payong
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Bukit Payong
Mohor rasmi Kampung Bukit Payong
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriTerengganu Darul Iman
Daerah Jerteh
KampungKampung Bukit Payong
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
22010
Kod kawasan+609
Lokasi Kampung Bukit Payong di Peta Google

Kampung Bukit Payong merupakan sebuah kampung yang terletak di Jerteh, dalam negeri Terengganu Darul Iman , iaitu sebuah negeri di timur Malaysia, dan yang bersempadan dengan Kelantan di utara, Pahang di bahagian barat dan selatannya dan Laut Cina Selatan di bahagian timur. terdapat seorang saudagar kaya dari arab saudi yang menetap disana yang kini sudah dikenali seantero asia.Beliau amat dihormati dan dijangka bakal menjadi perdana menteri Malaysia pada tahun 2047.


Terengganu merupakan sebuah negeri yang mempunyai sultan dan salah sebuah negeri yang membentuk negara Malaysia. Ia juga dikenali dengan gelaran Terengganu Darul Iman. Terdapat banyak pulau peranginan yang terletak berhampiran pantai Terengganu, seperti Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Tenggol.[1]. Dan berdekatan dengan lokasi pelancongan terkenal iaitu Lata Tembakah Dan Kolam Air Panas La Hot Spiring Besut terkenal dengan hidangan nasi dagang,[2] keropok lekor.[3] Dan Nasi Kerabu

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Kampung Bukit Payong mempunyai sebuah Sekolah Rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Payong (SKSP) Dan terdapat sebuah sekolah menengah berasrama iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong (SMKBP)

Tempat beribadat[sunting | sunting sumber]

Kampung Bukit Payong mempunyai sebuah Masjid yang di kenali sebagai Masjid Kampong Bukit Payong

Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Kampung Bukit Payong, Jerteh, Terengganu adalah 22010.[4]


SEJARAH KG BUKIT PAYONG

Seperti Kampung-kampung lain,Kampung Bukit Payong juga mempunyai sejarahnya yang

tersendiri. Kampung ini mengambil nama sempena sebuah bukit yang tertinggi di kawasan ini dengan sebatang pokok yang besar dan rendang berbentuk seperti payung di kemuncaknya. Maka penduduk telah sepakat memberi nama "Bukit Payong".
Kampung Bukit Payong dibuka sekitar tahun 1960, selepas peristiwa beberapa buah keluarga dari Kampung Lama Seberang Sungai Besut seperti Kampung Denger, Kampung Gelugur, Kampung Gobek, Kampung Tenang, Dusun Bubur dan Kampung Teluk berpindah ke penempatan baru ini. Sejak dari itu Bukit Payong semakin berkembang sehinggalah sekarang.
Bukit Payong, Jerteh merupakan sebuah perkampungan yang sederhana besar dengan kapasiti penduduk yang tidak begitu ramai. Rata-rata penduduk di sini mengusahakan tanaman getah,Kelapa Sawit dan Bertani untuk menyara kehidupan sekeluarga. Manakala 30 peratus daripada jumlah penduduk Bukit Payong bekerja sebagai kakitangan kerajaan, pekerja sektor swasta dan berniaga kecil-kecilan.
Menariknya tentang Bukit Payong ini ialah suasana kampungnya yang aman dan damai. Malah ia juga berhampiran dengan Air Terjun Lata Tembakah yang cukup popular di Negeri Terengganu. Kampung Bukit Payong terletak kira-kira 17Km dari Bandar Jerteh. Kampung ini terbahagi kepada bahagian iaitu Kampung Bukit Payong Dalam dan Kampung Bukit Payong Luar.
Kampung Bukit Payong terletak diantara 3 buah sungai, di Utara Engga Sempadan dengan Kampung Padang Bual, di Selatan Sungai Patung berSempadan dengan Kampung Bekok, di sebelah Barat dipisahkan dengan kampung Lama oleh Sungai Besut dan di bahagian Timur pula melebar hingga ke Sempadan Hutan Simpan Gunung Tebu.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Pulau peranginan jadi tumpuan pelancong". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-25. Dicapai pada 2017-12-27.
  2. ^ "Pengusaha nasi dagang tidak ketinggalan memperkenalkan makanan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-23. Dicapai pada 2017-12-27.
  3. ^ "Rekod baharu keropok lekor terpanjang dihasilkan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-23. Dicapai pada 2017-12-27.
  4. ^ Carian Poskod

Pautan luar[sunting | sunting sumber]